Wednesday 2 August 2017

Lunch Time

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Alhamdulillah.. baru je lepas lunch. Tak sangkanya, almost 3 years aku selalu mkn sorang2 kat pantry. Takpun kak Faizah akan teman sekaki makan di pantry.. Tapi, hari ni sis Siew Chu pun joint sekali..

   Siew Chu ni korang pun tau dia bangsa apa kn ? Dgn nama dia pun dh tau bangsa chinese. Tapi kan, even dia berbangsa chinese, mak dia chinese. Tpi, mak dia pandai masakan melayu tau..!

Cuba teka dia bawak bekal ape hari ni..???

.....................................

.....................................

.....................................

Tettttttt... SALAH jawapan & sangkaan korang tu.

   Lunch ni dia bawak bekal nasi dengan rendang ayam.. percaya tak ? Mak dia pun pandai masak masakan melayu iaitu RENDANG.. i'm shocked you alls.. Yelah kan, selalunya chinese yg kita tau makan masakan mcm berair2 like mee soup, etc..
Tapi, ni rendang ayam kott.. Satu Malaysia gitu.. Tapi, memang tabik org yg pelbagai kaum ni pandai msk something yg kaum lain masak.. Seriously, from my heart aku tabik her mum.. ^_^

   Sambil tu, tadi sambil makan2 kami bersembang lah macam2.. Jenis aku, even berhari2 aku jumpa orang tu, if cakap2 bergurau2 kt telefon tu okay lagi. Tapi, bila dah duduk makan berdua aku rasa lain. Macam mana nak cakap eh.. ?? Rasa mcm janggal, rasa malu, nak cakap pun taktau benda apa yg nak cakap.. Even aku dengan dia sama2 je perempuan.. HAHAHAHA.. Peliklah aku ni. Tapi, itulah aku.. But, when aku dh kenal sangat2, aku dh betul2 ngam dgn orang tu. Aku blh je masuk.. Silap2 orang pun tak percaya "itu hidayah ke ?" HAKHAKHAK..

   Takpe.. aku cuba jadi lain sket, bercerita macam dia adalah kawan rapat aku.. Kami berborak lah cerita pasal "adik beradik berapa orang", "kakak @ abang dh kawin ke belum", "mak ayah keje mana".. Macam2.. But aku, aku jenis suka dengar orang bercerita daripada aku bercerita.. Entahlah.. memang aku gemar mcm tu. Korang citer lah ape2, aku dengar je.. if aku rasa aku perlu cakap, aku cakap..

   Yang ni pulak dia soal aku dh berapa tahun kerja kat sini, macam mana boleh dapat kerja sini..??

   Okay lah.. aku dah bekerja sini (Writebest Manufacturing Sdn Bhd) dah 3 tahun lebih pun.. Starting 03-06-14 - 02-08-17.. Lama tak lama lah.. Tapi, aku still disini.

Macam mana aku boleh dapat bekerja disini..??

   Aku, habis belajar awal bulan 4, 2016 .. Aku duduk menganggur pun 2 bulan sahaja. Aku tak pernah bekerja actually.. tapi, teringin nak bekerja masa tu after habis sekolah.. Even teringin sangat nak keje. Masa pertengahan bulan 5, 2016. Kawan aku Ilas ajak cari kerja. Aku kata kat mana nak cari ? Masa tu dia dah dapat kat kedai Motor Kawasaki kat batu 9 sini. Dia suruh aku try2 kat situ kot2 aku dapat kerani kat situ. Kami berdua pergi kedai tu, dan aku keluar tanya kepada owner kedai tu ada seorang aunty ni. Dia kata kat situ dah full.. takpelah.. takde rezeki.. Masa tu aku pergi minta keje petang. Balik dari sana pun dalam kol 5. Nak cari tempat lain office semua dah tutup. Kol 5 kan ?? ^-^

   Keesokannya, kami try cari di tekali.. Aku tak tau pun tekali ni banyak kilang. Seriusly, aku jarang sangat masuk kat kawasan ni. Pastu, aku try minta kat kilang jubin. Staff tu kata dah takde kosong. Aku try plak minta kat kilang proguard, isi borang then boss sana interview aku. Tanya lah macam2 based on course yg aku study. After that, dia kata kalau ape2 nanti dia call aku.

   Selepas je interview kat kilang proguard, aku try kat kilang Writebest. Kilang aku keje sekarang ni. First sampai sana, kami jumpa guard dulu. Tanya pakcik tu ada keje kosong tak. Pakcik tu kata dah full. Tapi, tulis je nama & no h/p kat buku yg dia sediakan dulu. Nanti, kalau ada kosong baru dia call aku. Seminggu selepas tu.. aku tak terima apa2 feedback pun dari mana2 kilang yg aku apply.

   Seingat aku time hari khamis tu, aku keluar teman ilas pegi beli kek kawen abang dia. Balik tu aku dapat call dari pakcik guard kilang aku keje sekarang ni dia bgitau ada staff office sorang ni dah berhenti. So, dia suruh aku datang esok utk interview.. Sebelum aku dapat call pakcik tu aku dah dapat keje sementara kat taska along aku bekerja. Kiranya next week monday dah masuk bekerja laa.. Kebetulan, masa nak dapat job sekarang ni sama pulak timing dia. Aku pun antara serba salah + confuse nak decide macam mana. Lalu aku kata kat pakcik guard tu.. tengok dulu macam mana. Aku perlukan masa utk buat keputusan..

   Sampai kat rumah, jiwa tak tenang.. confuse untuk aku decide. berfikir2 samaada aku nak terima keje tempat sekarang ni atau keje dengan taska (keje sementara je). Aku tanya mak & kwn aku ilas macam mana.. aku buntu.. Lama berfikir baru aku decide untuk terima bekerja kat Writebest.. Alhamdulillah.. still kekal hingga kini..

Aku dah penat nak menaip niii...!! Bayangkan aku type ni dari 12.30 waktu lunch tdi. Tpi, tak habis2 sampai sekarang. So, sekarang dah pukul 6.06 pm.. aku pun tak tau nak cerita apa dah.. aku mengundur diri dulu. Bye.. selamat membaca.. !
 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...