Monday 8 June 2020

Berita Tergempar Untuk Aku

Bismillahirrahmanirrahim.. 


Assalamualaikum.. 


   Hari ni aku masih terfikir akan sesuatu. Benda yang aku tak pernah sangka2. Jika selama ini aku hanya melihat bahagia orang meraikan nya. Tak mustahil benda tu akan terjadi pada aku. 

   Tanggal 07/06/2020 (Ahad), seseorang yang aku rapat telah menyatakan hasrat hatinya untuk merisik & meminang aku. (kenapa aku rasa macam jiwang je dengan penulisan aku ni. haha). Tapi, serious talk bila dapat massage dari dia. Aku pun macam terkejut + berdebar hati. Dan aku pun terus cerita kat mak & abah. 

   Dalam ayat dia tu kata nak datang meminang. So, dia suruh set masa yang sesuai bila aku dah betul2 bersedia. Guess what, aku fikir dia nak terus buat majlis. Dan aku pun cakap lah pada mak & abah. Last2, dia kata nak datang jumpa mak abah untuk nyatakan hasrat tu. Aku pun fikir time tu kalau buat majlis terus better bulan 7 cuma aku tak bagitau details tarikh sepatutnya la. Yelah, semalam baru bagitau takkan aku nak tergesa2 pulak. At least bagilah aku masa. 😅 Tetiba dia kata nak dtg untuk jumpa mak abah, aku punnn.. hmm.. kan bagus ayat tu bagi terang terangan. janganlah kata nak masuk meminang. Katalah nak datang rumah nak jumpa mak abah. Haishhh lah dia ni..  Confuse aku tau.  😌 Hmmm.. aku pun dah terlepas bagitau dia. aku cakaplah buat bulan 7. So, bulan 7 tu nantilah datang ye. 😂 majlisnya pun buat bulan 7 jugak. 

   Perasaan aku time tu bila orang kata nak meminang, first of course lah terkejut beruk. Kedua happy + gementar. And the last aku rasa sedih pulak. Yelah, dalam fasa bertunang tu orang kata jangan ikat lama sangat. Tapi, aku rasa 6 bulan (standard bagi orang lain) tu mcm awal kot. Ko boleh rasa tak yang life ko dah lain. Sebelum ni ko single. Duduk dengan mak ayah. Bermanja2 dengan diorang. Aktiviti harian ko semua dengan diorang. Then, bila kau terpaksa lalui satu kehidupan yang berbeza, status ko dah berubah, ko pun dah jadi milik orang lain. Cuba ko ghasee??  Sedih kott... Lagi2 berjauhan dengan family. 😢 Ya Allah.. aku tak boleh nak fikir dah. Sebak je aku rasa. 

   Cuma aku harapkan semoga urusan kami dipermudahkan dengan izin-Nya.. InsyaAllah, Aamiin.. 


Sekian..  08/06/2020 - 08:18pm


Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...