Sunday 14 July 2019

Idol

Assalamualaikum..


Aku tak tau kenapa sejak kebelakangan ni buka facebook, bila nampak cerita tentang kewangan, hartanah dan takaful aku eksited nak baca. Bagi sesetengah orang diorang tak care pasal benda ni dan agak kurang gemar membaca jika cerita ni keluar. Tapi, bagi aku satu keseronokan dan menjadi inspirasi aku tentang kejayaan mereka dalam bidang ini.

Yang aku selalu baca kisah ni semuanya dari anak muda yang sudah menjadi hebat dan berjaya semua.  Antaranya, Nur Aliah, Khairul Ezuwan, Harith Faisal, Azizul Azli Ahmad, dan Fikri Shazani.




Fikri ni adik kepada Harith Faisal dan dia pun masih baru nak up dalam bidang kewangan ni. Dia pun berbakat dalam sharing tentang ASB Financing. 



Lia Omey ni stokis minyak wangi Dexandra yang berjaya tau. Sebab umur dia baru 27 tahun tapi Asset dia ada sudah mencecah jutaan dinggit. Dah ada buka kedai sendiri pun. Paling aku suka story dia sharing pasal kewangan more to cara nak saving duit. 



Khairul Ezuwan ni pulak aku follow dia sejak kisah dia habis-habisan membanteras "Scammer" hartanah. Suara dia padu bila bersuara. Memang dia bagi kaw2 kalau orang yang terasa tu. Story dia banyak sharing pasal kewangan dan juga hartanah. Cara nak beli rumah.. Ada jugaklah input yang aku dapat setakat ni. 




Harith Faisal ni pun macam Khairul Ezuwan jugak. Kalau menulis, boleh buat orang sentap. Tapi aku baca pun wat lek wat peace setakat ni. haha.. Aku suka perkongsian dia juga pasal kewangan dan hartanah. 



Azizul Azli ni aku baru follow dia. So, bagi aku perkongsian dia pun macam yang mereka di atas tu jugak. Padu dan terbaik.. 



Aku suka baca pasal ASB Financing ni. Sebab, pembacaan aku setakat ni mengatakan menyimpan di Asb Financing ni lebih menguntungkan dari Asb biasa.. Menjadi perbezaan dia is Asb Financing ni lebih kepada saving secara paksa. Sebab apa??  Sebab kau pinjam dengan bank maximum yang aku baca dalam Rm200k. dan minimum dalam rm50k macam tu. Tapi kau boleh decide berapa kau nak pinjam follow kemampuan dan kelulusan pinjaman lah. Yang ni maximum kau boleh join pun only 3 years. After that, if lets say, kau nak terminate pun boleh. Dan sijil Asbf tu kau nak jual pun boleh. So kau akan dapat bayaran lebih lah. Berapa tu aku pun tak sure. Tapi Asbf ni kau dapat pulangan dividen yang menguntungkan. Seperti Asb biasa ni kau boleh simpan setiap bulan ikut suka hati kau. Kau taknak pun tak apa. Sebab kau takde komitmen perjanjian atau hutang dengan bank. So, ikut suka hati kau lah nak menyimpan atau tak. At the end of the day, kau sendiri yang rugi. Betul tak ???
Dan dividen yang dapat every year sedikit.


Pasal hartanah ni pulak, aku suka part beli rumah. Nak cerita lebih pun aku tak berapa pandai sangat.. Tapi, aku seronok baca. Sebab aku pun berkeinginan nak beli rumah sebenarnya. Tapi, bila aku tengok gaji aku yang tak seberapa mampu tu aku jadi down.. Aku tertanya pada diri sendiri. Boleh ke aku beli rumah sedangkan gaji bulanan aku sendiri pun tak seberapa. Tapi, tak mustahil pun kan at least kau menyimpan dulu. Bercakap pasal rumah ni, aku lebih prefer beli dari menyewa. Sebab, harga rumah setiap tahun akan naik. Takkanlah asyik menyewa dan menguntungkan orang lain je. Diri sendiri pulak yang rugi. Dengan gaji kau tak seberapa ni better aku rasa cari rumah lelong lah dulu. Ada pun bawah rm100k macam tu. Pokok pangkalnya kena pandai cari. Serious seronok baca tentang beli rumah ni. I hope one day jika dimurahkan rezeki aku dapat memiliki rumah sendiri. Aamiin...

Sekian..

Ahad 14/07/2019 - 9.57 pm

Wednesday 10 July 2019

Cerita Santai

Assalamualaikum..


Setiap orang kalau buat sesuatu benda mesti ada target to be achieve right?? Same goes with me. Almost 2 weeks aku duduk kat belakang tempat Purchasing (Shirley) semata2 nak siapkan kerja Kastam untuk Exemption SST. Awal dapat kerja ni disebabkan Boss minta aku tolong Mr Tee buat.

Aku pun okaylah. Maybe kerja biasa2 lah kot. Starting before Raya pengakhiran Ramadhan baru start buat. Serious aku okay je. Kerja tu macam kerja Account. Pengiraan stock mesti ada 'Opening Stock', 'Out of Stock', 'Closing Stock'. Tapi bagi aku yang susahnya, bila melibatkan every 'Raw Material Code Stock'. Guess what, aku ni bukannya Purchasing. Tapi aku kena amik tau sebab aku kena buat kerja tu semua.

Setiap stock berbeza unit price every month. So, kena tengok system lah jawabnya. Tapi, aku kadang-kadang termissed jugak benda tu. Malas nak perfect sangat buat. Sebab, Mr Tee ada kata. Benda ni tak semuanya everthing is perfect. Macam kitalah study dulu buat Account. Balance dah balance dah. Tapi, isi kandungan yang kita masukkan belum tentu betul right? Macam tu lah kerja aku.

Berbalik cerita aku tadi pasal 'target'. Before raya buat kerja ni until after raya dah settle yang bulan Sept - Nov. Sebabnya SST kan start berkuasa bulan 9 kan. So, berehat sekejap, aku duduklah tempat sendiri. Then,  last week. Mr Tee kata kalau aku free dah boleh buat benda tu dah. Aku pun okaylah. Lagi 4 bulan je lagi nak settle kan. Siap bagitau Manager semua dia kata okay. Aku pun berpindah kebelakang balik bawak laptop office aku.

Terkadang tu aku rasa aku ni macam 'bandaraya'.  Faham tak apa maksud bandaraya tu??  Maksudnya kerja kau tak setempat. Terkadang kehulu terkadang  kehilir. Frust gila rasa. Stressss!!! Aku tak suka kerja macam ni. Dah duduk kebelakang tu satu kira. Pastu, nak kena angkut bawak laptop, peralatan tulis tu rasa annoying gila. Entahlah aku nak cerita lebih pun orang lain tak dapat rasa. Aku je rasa sendiri.

Ha berbalik pasal 'target' tadi. (Psstttt..aku ni tak habis2 ulang ayat yang sama. Tapi tak masuk point pun lagi). Hahahahaha..  Rileks2.. Bawak bertenang. Nak baca ni perlukan kasabaronnn.. 😂😆 Okay continue. Aku start last week continue untuk bulan Dec-Mac. Then, minggu ni aku target nak settle kan kerja. Memang betul hari ni aku dah settle kan semuanya. Happy weyyyy rasaaaa... Aku dah boleh balik tempat aku sendiri. Syukur Alhamdulillah.. Dannn... sangkaan aku meleset sama sekali. Dahhhh pulak, Mr Tee & Shirley suruh aku continue untuk bulan April & May pulak. Padahal ka TV report sampai bulan 3 je. Dan aku punya Manager pun dah bertanya dah time lunch tadi.

"Dayah, dah siap dah kerja"

Aku menggeleng je. Tapi, memang aku nekad hari ni 10/07/2019 (Rabu), aku boleh settle kan semuanya. Tapi, inilah hakikat yang aku harus terima. Sakit hati + stress + rasa kerja part aku ni macam bandaraya tak macam orang lain. Duduk setempat je..

Orang lain pun ada bagitau aku, yang kerja ni sepatutnya bukan kerja yang perlu aku buat. Sebab, aku walaupun taklah sebusy mana. Tapi, aku banyak buat kerja Manager. Buat Quotation. Layan customer kalau call office. Pastu ganti Sales yang kat depan tu kalau salah sorang tak masuk. Semua kerja aku. Then nak buat kerja kat belakang tu pulak.!!! Padahal kerja tu Purchasing punya kerja.

Aku cuma terfikir. If one day, aku tak lagi bekerja kat situ. Aku rasa mesti kelam kabut jadinya. Dengan kerja Kastam tu aku kena buat. Dengan Manager, yang mengharapkan aku tolong dia buat kerja jika ada customer minta quotekan harga. Lagikan pulak, Salesman yang kerja kat luar selalu minta tolong aku buatkan quotation, check itu ini dalam system, Sampaikan si Rachel kata kat aku. "Dayah bila kerja you nak siap. Saya sudah rindu sama you tau. You tak ada saya susah hati dengan Quotation banyak nak kena buat". itu ayat dia haritu cakap dengan aku. Pastu nak ganti pulak Sales yang salah sorang tak datang. For sure, mesti kelam kabut punya.

Hmmm.. ada staff yang dah lama bekerja pun langsung tak diberi tunjuk ajar menggunakan system. telefon tak boleh diangkat. Entahlah... bagi akulah kan jujur aku cakap. Company sebesar mana pun, jika management low rating tak kemana aku rasa. Dengan sekarang ni Sales dah berkurang. Entahlahh.... Aku just doakan untuk diri aku sendiri semoga ada sinar baru untuk mendapat pekerjaan yang baru ditempat yang baru one day, InsyaAllah.. Dan aku bersyukur bila peluang diberikan disini benda yang aku tak tau serta merta banyak yang aku dah belajar dan aku tau. Even time mula masuk kerja dulu aku sering dipandang rendah oleh orang yang dah lama bekerja dari aku. Ayat2 sinis pun dah pernah kena. Dimalukan pun sudah. Apa lagi?? Semua kerana aku budak baru dan tak tau apa2.. But, itu semua dulu not now.

Hmmm.. okaylah dah macam panjang lebar pulak karangan ni. Entahlah, just tetiba je rasa nak bercerita kat blog. Cerita santai2 je..

Sekian...

10/07/2019 - 10.35 pm

Sunday 7 July 2019

Weekend time to hang out with Family

Assalamualaikum..

Hari ni weekend 07/07/2019 (Ahad)  plan duduk rumah nak buat nasi ayam penyet. Tapi tak kesampaian sebab keluar tadi balik dah nak maghrib.

Pagi tadi aku tanya kat abang aku.

"semalam kak ifa kata nak pergi Eco Rm2 tak pergi ke?".

Tujuan aku bertanya sebab sebelum2 ni kak ifa ada sebut pasal nak pergi Eco ni. Semalam, sabtu pun ada kak ipar ajak pergi. Tapi, disebabkan aku pun nak keluar beli barang dapur sikit. So, aku tak ikutlah.
Tetiba tadi abang aku tanya.

"kau nak pergi, jom lah"

Hohoho.. dah orang pelawa, aku on je.. sebab tempat itulah "syurga shopping" bagi aku. 😂 Murah pun murah.. So, ada banyak barang yang aku beli. Tapi ini adalah antaranya.















Aku suka corak dia. Banyak lagi corak sebenarnya. Tapi aku lebih interested dengan corak ni. Sebenarnya, aku terimpikan benda ni sebenarnya. Jika one day aku ada and duduk rumah sendiri. Aku nak perkakas pinggan mangkuk aku berasas "Aluminium/Metal". Tapi bukan kaca berat tu tau.! Sebab aku tak suka beli benda seperti kaca yang berat. Fobia takut terjatuh.. Yelah, kalau pecah siapa nak ganti?

Pastu, aku suka pinggan mangkuk tu 1 set kalau boleh sama corak. Macam kat atas tu lah. Sangat cantik kan?? Tadi ada lagi mangkuk dan gelas yang sama corak. Cuma aku tak ambik je. Mak aku siap cakap lagi,

"kamu kalau nak beli perkakas pinggan mangkuk 1 set sekarang ni pun boleh. Beli dalam 10 set macam tu buat simpan dulu. kalau dah duduk rumah sendiri nanti senang. Barang dah siap ada."

Kan..??  nanti nak borong pinggan mangkuk yang murah2 boleh je pergi Eco shop Rm2.10 kat mana2 branch yang ada jual eh..

Sekian

08/07/19 - 12.30 am

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...