Monday 31 August 2020

MAJLIS PERTUNANGAN 02/08/2020 - AHAD

 Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, lagi 2 hari genaplah sebulan aku jadi tunangan orang. Macam tak percaya pula. 

Okay persiapan pertunangan kami actually aku nak yg low budget & simple je. Aku budget dalam bawah RM1200. Tapi ada yg sponsor dari segi goodies (Air kotak), pelamin & makanan. Alhamdulillah, Terima kasih.. Yang aku guna duit aku ialah; 

MAKEUP  x RM 180

KARIPAP 100 PCS  x  RM 40

KEK SECRET RECIPE  x  RM 100

COKLAT  x  RM 50

BUAH  x  RM 100

DODOL  100 PCS  x  RM 80

WAJIK  x  RM 40

BARANG HANTARAN & BAJU TUNANG  x (estimated RM300) 

CROWN & TUDUNG  x  RM 25

TOTAL : RM 915


Abang Sponsor Pelamin  x RM 200

Mak sponsor air kotak 5 box  x  RM 80

Abah sponsor makanan

Kak ipar tolong gubah hantaran & buat cookies yg abang kedua aku sponsor, kakak kedua aku buatkan popia cheese & kek pisang, along aku sediakan keropok ikan bagi kat tetamu makan. Abg aku yg ketiga tukang tolong2 time kenduri. 

Menu hari tu family & sedara terdekat masakkan gulai lemak daging, ayam goreng berempah, sambal ikan bilis tempoyak, sambal belacan, sayur campur goreng, sayur pucuk ubi rebus, ulam2 & buah tembikai. Air pula air sarsi. Alhamdulillah, paksu tunang kata makanan semuanya sedap. Syukur.. Hasil tangan family & sedara yg masak of course lah sedap. HAHAHA..

Nak citer lah sikit masa hari kejadian. Kakak aku kata MUA yg akan makeup kan aku tu dia datang awal dalam 10.30am mcm tu. Aku macam... Eh awalnya sampai. Majlis pun start pukul 2.00pm kot. Pastu, aku siap2 dulu mandi. Takut dia sampai nanti takde lah aku kelam kabut time tu lah nak siap2 nak mandi lah apa lah. Tepat kol 11.00am dia sampai terus setting barang & terus makeup. I thought MUA tu sebaya aku sbb sebiji macam umur 20 an. Sekali dia cakap umur dia 32 tahun & dah ada anak 2 pun. HAHAHA... okay.. Sambil makeup tu kitaorg berbual2.. Aku tanya dia kenapa awal sangat makeup. Then dia kata, pukul 1.30 pm tu dia ada nak pegi tempat lain nak makeup kan orang nikah pula. Lagipun, makeup ni ambil masa 1 jam hokayyy !!! Aku pun pernah jgk makeup utk diri sendiri tapi mindset aku tak expect pula makeup ni amik masa sampai 1 jam. Pastu MUA tu kata kalau nikah lagi lama dalam 2 jam gitu. Fuhhhh.... thats why kalau time booking tu kena inform awal2 pukul berapa event so that diorang boleh ready awal2.. hokayy aku faham. Lepas makeup, muka of course jadi lain. Sampaikan anak buah aku sorang ni pandang lain macam, Terkejut kot tgk muka Maksyu dia lain. HAHAHA.. Dhia oh Dhia..


Ni muka lepas makeup.. Cantik tu sebab makeup ja.


pelamin ni my brother yg sponsor



baju tunang ni aku yg pilih dan beli. Lace tu mak aku yg pilih. Matching dgn baju tu. 
Cumanya aku nak bagitau maybe silap aku sebab tak tanya dulu worker kedai (even worker tu mcm tak jaga kedai pun hado) lace ni berapa harga semeter. Dah bayar baru dia bagitau AND HARGA yg I UNEXPECTED semeter RM 25 hengget.. Minimum kena amik 3 meter. So korang darablah RM25 X 3 ..??? Menangis WOOO... Ini sajadah mahal. Tapi takpelah sbb aku sendiri yg pakai.


Goodies untuk tetamu. Air Kotak, Cookies (kak ipar yg buat), Dodol (order kat mak kak ipar)



Majlis start pukul 2.00 pm hingga petang. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.. Jemputan untuk orang kampung tak ramai pun. Sebabnya as you know musim Covid ni kan tak boleh jemput ramai orang. Lagi2 aku memang klu boleh bertunang ni taknak lah panggil ramai orang macam nak kahwin je. Sedikit orang sudah memadai kan ??


Ni hantaran dari belah aku.. Semua aku yg beli dan kak ipar tolong gubahkan.


Kek hantaran dari belah lelaki


Pulut Kuning dari belah lelaki


Cincin Tunang 


3 Hantaran dari belah lelaki berbalas 5 Hantaran dari belah perempuan







Kedua-dua belah tengah berbincang. 

Amik gambar bersama belah lelaki sebelum semua bersurai balik


So far kt office aku selain kawan yg aku ajak ada lah beberapa org yg tau terutamanya Nancy. Dia ingat aku bertunang dengan Lan a.k.a kawan 1 kerja. Haishhh.. tak habis2 diorang ni. Dari aku start kerja hinggalah sebelum aku bertunang diorang selalu match kan aku dengan dia tu. Aku kawan je kot (tepuk dahi).. Takpelah, aku doakan dia pun akan bertemu jodoh juga suatu hari nanti. InsyaAllah.. 😊

Okay next tajuk aku cerita macam mana aku boleh jumpa tunang & berapa lama relationship kitaorang.
Ewahh, dah macam apa dah aku ni. Syok sendiri je ni. HAHAHA.. Takpe, cerita untuk kenangan aku suatu hari nanti ja ni. 


Sekian..   

31/08/2020 / Isnin / 3:54 PM



Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...