Friday 15 February 2019

Angpow CNY


Assalamualaikum






Minggu ni sempena Chinese New Year memang musim orang bagi Angpow. Terkadang tu rasa macam malu pun ada. Yelah, dah besar pun dapat Angpow. Bagi aku sebagai seorang Malay memang agak malu lah, sebab perayaan kita pun yang dah besar dan sudah bekerja ni bukan lagi boleh dikategorikan boleh dapat duit raya dah melainkan Boss yang bagi pada semua staff tu yelah.


Tapi, bagi Chinese memang diorang punya adat or style akan beri pada sesiapa sahaja. Tak kira pada yang kecik masih bersekolah atau yang besar dah bekerja. Melainkan, mereka itu 'single' lagi. I means mereka2 yang 'belum berkahwin'. Yess... itu adalah adat diorang. That's why lah aku dapat. 😅


Whatever it is aku ucapkan berbanyak terima kasih pada Boss, Charmaine (HR), Mr Tee (Purchasing Manager), Chen (Sales Executive), Jolene (Account), Darren (Sales Executive), Rachel (Sales Executive), Shirley (Purchasing), Sk Tan (Sales Manager).


Ehhh guess what, hari ni aku tak sangka dapat Angpow dari aku punya Manager seyhh.. 😂  Citer dia macam ni. Tadi, aku tengah print out email enquiry dari customer. Ya Allah, giler lembab paper tu nak keluar. Aku menunggu macam apa dah kat Machine Printer tu. Pastu, si SK Tan ni panggil lah aku. "Dayah mari sini kejap". Aku yang dengar sambil menunggu beberapa helai kertas print out ni keluar pun buat pekak dulu. Tak berganjak lagi. Pastu dia datang tgk kiri kanan pass Angpow kat aku. Kah.. aku pun macam 'krik3'.. Serius lah SK bagi aku Angpow. Mana pernah lagi kot. Yup, kau tanyalah staff kat situ yang Manager aku ni macam mana. Diorang akan kata sejenis yang 'kedekut'. But please aku tak kata dia tak bagi Angpow sebelum2 ni dia orang yang kedekut. Takkk sama sekali !! Aku pun tak kisah nak bagi or tak. Tapi, still rasa tak percaya tengok SK tu pun ada. Tetiba je baik bagi kan. huhuhu.. Btw, thanks to All. Terasa diri macam budak kecik pulak dapat Angpow.


Wishing to All of you Happy Chinese New Year, Gong Xi Fa Chai and Xin Nian Kuaile.
xiexie ni..! 😘


Sekian..
15-02-2019
11:57 pm

Sunday 10 February 2019

Lunch ShellOut


Assalamualaikum


Semalam 09-02-2019 (Sabtu) ai try buat shellout you all.. plan memang dah lama dah nak try buat. dari tahun lepas lgi. Cuma kufikirkan duit nak beli brg seafood je. Yelah ketam, udang,  sotong kan mahal.! Tapi, rezeki lebih dan murah aku try jgk lah. Dari dok fikir2 nak buat nak buat tapi tak terbuat2 jgk last2 fikiran tu asyik fikir benda tu jgk. 


Resepi ni aku amik dari IG 'Yatiekitchen'. Dia ni bekerja sbg chef kat Hospital Gleanegles. Dan dia ni dah buat buku resepi sendiri tau starting tahun lepas (2018). Bila korang tgk IG dia mmg penuh dgn masakan. Tapi yg aku suka ttg dia ni tak lokek ilmu share ttg resepi yg dia buat. 


Bercerita ttg resepi shellout ni, gigih aku cari ketam kat Pasaraya CS. Siap pesan kat mak lagi suruh amik ketam, udang, sotong, kerang sementara aku cari barang dapur yg lain. Last2 mak ckp ketam dgn kerang takde. 😑 Pastu, settle semua bayar, singgah jap pgi cari kat Mydin. Pun mcm tu jgk lah. keluar dgn perasaan 'Hampa'. Ehh mmg time skrg bukan musim ketam and kerang ke cmne ni.?? Time taknak ada je melambak kt pasaraya tu. haishhh... 😩


Last2 pegi cari kat Kedai runcit Acheh baru lah ada dua2 ni. Harga pun boleh tahan. 3 ekor ketam je dah RM35. huhu.. tak boleh makan selalu ni. Habis rabak duit pocket kau. 😅 Total semua termasuk kerang dah sampai RM50. Takpelah aku tak kesah. Bukan selalu pun nak makan mewah mcm ni.


Ni penuh satu bekas besar dgn udang, sotong, ketam, lala, n kerang. rebus dulu ye.!


Ni gmbar yg dh masak. 


Haha.. yg lawaknya Abah try makan ni sampai mengalir hingus kt hidung. Pedasss weyyyy..!! Asalnya, aku nak letak serbuk cili sikit je. Aku takde sukat eh main letak je. Pastu, tgk mcm sikit mesti tak pedas ni. Letak lah lagi. Dgn lada putih n lada hitam nya kau letak mmg berdesing lah telinga bila makan.. Sorry to my family. Next time cuba improve lagi. 😂😂😂


Nak resepi ke??? Nah amik ni. 


Resepi ShellOut

- udang /ketam /sotong /kerang /lala (depands pada korang nak letak seafood yg lain pon boleh. no hal). Rebus sekejap ye. Jgn lama, nanti hilang manis seafood korang tu. Dan air rebusan tadi jangan buang.!! Ada gunanya nanti. 
- brokoli /jagung (tak letak sbb takde ganti bunga kubis je) (direbus sekejap) 
- bawang besar 2 biji (blend) 
- bawang putih 1 labu (blend) 
- udang kering 1 genggam (blend) 
- rempah kari ikan (kecik) 
- rempah kari daging (kecik) 
- rempah kari udang (kecik) 
- serbuk cili (1 sudu kecil)
- serbuk lada hitam (1 sudu kecil) 
- serbuk lada putih (1 sudu kecil)  
- garam / bahan perasa / gula
- air stok seafood

Cara Membuatnya :-

- Panaskan sedikit minyak dan butter
- Masukkan bawang besar, bawang putih, dan udang kering yg telah diblend tadi. Masak sehingga naik bau. 
- Kemudian, masukkan 3 rempah tadi semuanya, serbuk cili, lada hitam dan lada putih (ni kalau masak bnyk. kalau korang masak sikit kurangkanlah rempah tersebut. Senang kata 'agak2') 
- Masukkan air stok seafood tadi. Kacau sehingga pecah minyak. 
- Pastu, masukkan garam, bahan perasa, gula. Kacau2 baru masukkan bahan seafood tadi. 
- Done. sedia untuk dihidang

#Make sure Sambal shellout tu jangan lah masak bagi kering sangat. Bagilah berair sikit. Kalau boleh masukkan air stok seafood tu. Bagi rasa aura manisan seafood tu). Okayy you alls resepi dah bagi. Nanti try lah buat kat rumah.


Sekian

10-02-2019
9:19 pm

Saturday 9 February 2019

Event Sempena Chinese New Year 2019


Assalamualaikum


05-02-2019 bersamaan dengan hari Selasa hari tu Abg aku yg kedua (Wafi) ada whatsapp aku untuk joint dia, Kak Ifa and Dhia g suatu tempat ni. Then, aku tanya nk g mana. Dia kata 'adalah'. Hmm.. i guess mesti nak g shopping mall ke atau g kuala selangor tgk monyet ke kan. Takpelah aku pun kata yg aku on. Pastu suruh bersiap2 dulu. 


Tibanya, pusing kemain pusing jalan rupanya pgi Zoo kat area Seri Kembangan. 'Farm in the City'. My god, you know what. Aku tgk harga masuk kt kaunter mcm mau patah balik taknak masuk je. Mahal kot..!! Normal price pun dah rm58. Inikan pulak discount Rm39. Boleh kenyang makan KFC 2 box. Haishh.. bagi aku sgt mahal. Tapi, disebabkan abg aku sponsor bayarkan. Kita pun masuk jelah. 😂



Mahal kan? 


Itik yg aku sgt terkejut coz muka dia mcm hantu jepun mcm cter p.ramlee.😂












Aku suka gmbar ni. Apa nama ntah pakcik ni. Serius kalau pgg bulu dia mcm pgg baju panas tu versi bulu kambing. lembut mcm tulah dia. 


And the last trip, aku hanya mampu belanja Ice Cream Magnum. Teringin nk mkn kot. First & Last aku makan. Rasa dia takdelah mengagumkan mana pun. Lagi sedap ice cream yg aku mkn perisa kacang vanilla mcm cornetto tu. Lagi sedap. Tapi, okaylah nak try kan. 


Pastu, nak dekat kol 4.30 pm baru sampai rumah untuk rehat2 dulu sebab malam tu ada makan besar kat luar. (sekali sekala belanja family. rezeki cny) 😁


First plan nak g 'Ana Ikan Bakar Petai'. Sebab aku mmg request dgn abg aku ptg tu nak mkn kt kedai yg ada ikan bakar. Itu yg dia google cari tempat ni. So, sampai2 tgk tmpt full glerr.. (penangan petai maybe) 😂. Terpaksa lah beralih plan seterusnya g 'Restoran Tasik Idaman'. Jauh sikit la area nya. Nak dkt kol 10 mcm tu bru sampai kot. 


Menu mcm biasa, tak lain tak bukan :-
 1) Ikan Siakap 3 Rasa
2) Ikan Bawal & Tilapia Bakar
3) Tom Yam Seafood & Ayam
4) Telur Dadar
5) Kailan Ikan Masin (yg ni sayur dh habis katanya) 
6) Jus Tembikai & Air Kosong
7) Nasi Kosong


Restoran Tasik Idaman


Our Menu

Otak-otak sebelum tunggu menu sampai


Okay, ni aku tgh pilih ikan & menu apa yg nak buat. So, korang yg baru sampai pintu masuk terus pilih ikan dulu ye. Takut habis plk nanti and apa menu korg nak masak. Kat sini banyak jenis ikan & seafood. Selebihnya order selain dri ikan ni korg boleh order kt meja tmpt korang duduk tu. Nanti waiter dtg meja & akan serve korang.


Permandangan kt Tasik Idaman. Tak dpt mkn situ coz sudah full. 




Amik gambar dulu buat kenangan dgn family. 😘😘😘


Overall aku sgt berpuas hati bila tgk emak, abah n yg lain kenyang. siap bertambah bnyk kali lgi. especially my abah. nak tau makanan tu sedap or tak tgk pada berkali dia makan. kalau tambah bnyk kali tu kiranya sedaplah tu. haha 😂 . Harga sangat berpatutan n murah3 sgt. Aku sgt suggest kalau nak g makan tmpt murah2 boleh dtg kt sini. Serius lebih murah dari yg aku makan kt Restoran Terapong tu. Aku budget dlm Rm300 sahaja. Tapi, kira2 bwh Rm300. So murahlah kan. Alhamdulillah, berkongsi rezeki. Next year, kalau dpt bonus lgi. Belanja tmpt lain plk ye.  😉


Sekian.. 


09-02-2019
10:06 pm


Friday 8 February 2019

Birthday's Celebration Opah & Dhia


Assalamualaikum

Event dah lepas pada 03-02-2019 (Ahad) tapi still nak update jugak. Bukan tak ingat nak update tapi MALAS!! 😂


Yang ni first time aku jadi 'Birthday's Planner' untuk anak buah aku yg first. Sambil tu buat sekali birthday Mak pada 02-02 yang berbeza cuma satu hari. Gigih no aku hias tau. Sampaikan boleh kena 'high blood pressure' rasanya. Dengan tali yg dh bersangkut asyik jatuh je. Belon plk dah stick kt kain lagi buat hal asyik jatuh memanjang. Tapi, nk buat guana. Sabor je hati.. 😇

Event malam tu menu simple je.
1) Kek Chocolate Walnut
2) Pizza
3) Cream Puff
4) Koktail
5) Nasi Goreng
6) Air Sirap


Aku hias sendiri..




Pizza sponsored by Along


Cream Puff sponsored by Kak Nurul


Happy birthday my love, Opah & Dhia
😘😘😘


Kek sponsored by Abg aku (Wafi) 


Ouh ye, Koktail tu (sorry takde gambar satu2) sponsored by Mak. Dan aku tukang buat je. Aku sponsor Box pizza yg ada ayam, roti cheese, nugget dlm tu. Tak tau nak panggil apa nama ntah. 

Overall, mmg kenyang kot time tu. Semua aku nak rasa. Semua aku nak bedal rasa. 

InsyaAllah, next celebration Abah & Abg aku yg first akan buat lain menu plk. Pssttt.. abg aku ni tak berapa nak suka kek coklat yg bnyk cream coklat tu sgt. Tapi, hri tu dia ada request kek black forest yg aku buat (aku ada posted kt blog b4) versi aku sendiri yg letak jem strawberry tu. 🍓 Okay, nanti aku buat. InsyaAllah..

Sekian


08-02-2019
10:55 pm

Sunday 3 February 2019

Saguhati CNY


Assalamualaikum.

Now, February time.. So, Chinese New Year is around the corner. Tak prepare ape2 ke. kuih raya, baju raya, persiapan raya? Ehh of course la takkk..!! 😅 Aku tunggu Angpow dari boss je. (jgn cakap aku materialistik ok!) haha.. Aku gurau je. Angpow tu of course tiap2 tahun boss bagi. Bonus pun aku dah dpt hari khamis tu. Alhamdulillah, taklah banyak dan jga taklah sikit. Sebulan gaji. 

Kalau dapat bonus mesti orang kata 'KAYA'. Mana taknya duit gaji lagi, pastu bonus lagi. Guys, aku dapat tu Alhamdulillah sangat2.. Tapi, want say something. Dapat bonus tu kau kena pandai buat kira2. Jangan kau bedal habiskan semuanya. Macam aku. Ha akulah nak cter pasal sape plk.! Macam yg aku dapat ni. Aku terhadkan perbelanjaan aku sendiri. Contohnya untuk gaji aku dah siap2 tolak benda yg wajib contohnya, keperluan dapur, belanja mak ayah, hutang ptptn (mostly, part ni org akan hilang ingatan terus. tak caya kau tgk si peminjam luar sana), family saving, Asb saving, Yang ni aku nak bagitau ini adalah benda wajib aku akan tolak untuk gaji. pastu, tahun ni baru aku create sendiri iaitu simpanan sendiri. tak banyak pun dalam RM50 sebulan. And total perbelanjaan aku untuk setiap bulan aku bagitau hanya Rm200 sahaja. Ni belum masuk tolak duit minyak motor or keperluan motor lagi tau. Tapi, style aku kalau bulan ni aku dah terpakai duit untuk simpanan Asb or simpanan sendiri aku akan gantikan balik untuk bulan seterusnya. Mampu ke ??? haha
Ha, cter part bonus plk, aku tak habiskan semuanya. Aku terhadkan amount tertentu untuk aku belanja. Selebihnya aku simpan untuk kegunaan aku nanti. Lagi2 raya ni nak guna bnyk duit kan. So, disitulah kau amik utk kegunaan. Faham ke faham..?? Penat aku cter n explain panjang2. 😂 

Huishh panjang giler perenggan kedua ni. haha.. Okay, continue. Dari bonus tu juga aku mmg dah berniat nak belanja family makan kat luar. Cuma aku nak ingatkan korang. Bila ada rezeki lebih, seelok2nya share sedikit dgn family or kawan2 korang. Mudah mudahan, bertambah rezeki tu ye. Okay esok aku sambung cerita celebrate birthday Dhia & Opah ye.  Sebab, aku sekarang nak tido dah.  Jam pun lagi 1 minit nak dekat kol 12. okay bye2. 



03-02-2019
11.59 pm

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...