Thursday, 11 January 2018

Bukan Aku


Bismillahirrahmanirrahim.. 



Dalam hidup ini, 
Seringkali aku berbicara pada 
hati dan diri. 
Jangan TERLALU MENGHARAP, 
dan
Jangan MEMBERI HARAPAN. 
kerana
Dua benda ini seiring dengan kehidupan
kita. 
Terlalu mengharap akan membuat kau
kecewa. 
Disaat sesuatu yang kau
inginkan, tidak kau temukan, tidak kau
dapatkan.. 
Akhirnya, kau menangis, kau berduka, 
kau kecewa.. 
Hati remuk melihat insan yang kau suka,
Akhirnya dia bukan pilihan kau. 
Dikala, kesedihan,  kekecewaan belum 
dapat kau terima, 
Akhirnya, ada insan yang ingin menjadikan
kau bidadari buatnya. 
Beriya-iya dia mahu memilikikan kau,
Dari dulu berhajat mahu menjadikan 
kau sebahagian dari dirinya. 
Bekerja semata-mata mahu
membelikan kau emas permata, 
Sebagai TANDA buat kau dan dirinya. 
Tetapi, 
Disaat itu kau sedang ada yang punya, 
ALLAH.. 
Bantulah hamba-Mu..
Bukan niatku untuk memiliki kamu,
Bukan niatku untuk memberikan kecewa, 
Bukan niatku, berkawan denganmu,
untuk kau merasa aku ini berlebih-lebih.. 
Bukan niatku, memberi harapan padamu. 
TIDAK SAMA SEKALI.. 
Aku terima kamu hanya untuk sebagai seorang 
kawan.. 
Aku terima kamu hanya kerana aku ingin 
berkawan.. 
Aku terima kamu kerana tidak mahu disalah
tafsir orang kerana sombong. 
FAHAMILAH AKU.. 
AKU KELIRU.. 
Aku tidak mahu terima kamu kerna simpati, 
Aku tidak mahu terima kamu kerana
usikan orang, 
Aku tidak mahu terima kamu kerana
terpaksa, 
dan.. 
Aku tidak mahu memaksa hati jika
aku tidak berkehendak padamu. 
Aku tahu niat baikmu, 
Aku tahu kau memang terbaik.. 
Tapi, itu bukan buatku. 
Mungkin kau adalah buat seseorang
yang menjadi terbaik buat dirimu. 


Luahan rasa

11.06 p. m







Saturday, 6 January 2018

Happy New Year 2018


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. sudah masuk ke tahun 2018 kita semua. Cepatnya masa berlalu kan..??
Tahun ni sudah menjangkau usia 25 tahun (tak muda dah)  😂
.
Nak fikir soal ape..?
.
Soal Kahwin?? (ada jodoh, ada lah)
.
Sekarang ni nak fikir kerjaya aku, nak habiskan bayar PTPTN, nak fikir ape yang aku perlu dapatkan untuk hidup aku. like orang lain. Dapat beli Asset masing-masing, travel sana sini. (bestkan)
.
Aku pun teringin nak merasa semua tu...
.
Teringat masa aku belajar dulu. Ape yang aku nak is aku ada kerjaya, gaji yang aku dapat bgi kat mak abah sebagai belanja mereka, duit untuk dapur.
.
Tapi, yang aku ingat apa yang aku dah dapat sekarang ni is aku dah penuhi impian aku untuk belanja mak abah aku makan. even takdelah tempat mewah kan. Itu pun dah berpuas hati.. Alhamdulillah.. 💗
.
Dan tahun ni.. yang paling aku tunggu2 kan is ketibaan my junior a. k. a anak buah.
Then,  i become Maksu to be..yeayyyy.. happy wehhhh..
.
Tak sabar nak dakap dia. Jadikan dia as my adik,  anak (pon boleh). kahkahkah.. 😂
.
As you know, aku takde adik sebab aku yang last, bongsu. So, tak pernah merasa ada adik, bermain dengan adik. Nak jugaklah macam kakak2 sikit perangai kan. Tapi,  aku ni dah jadi "makcik" ok for my junior.. huhu.. 😏
.
Dijangka end of this month my sister in law bersalin. InsyaAllah, doakan yang baik2.. Semoga ibu dan baby sihat2 sahaja. Luv both of you.
.
hmmm.. itu je nak citer untuk tahun baru ni. first story for 2018.
.
Sekian..      
.
4.31 pma

Friday, 5 January 2018

Quote "Hati"

Bismillahirrahmanirrahim..


Kalau hati ada berkata "elehh"
itu tandanya anda mula beraksi RIAK
.
Kalau hati ada berkata "biarlah"
itu tandanya anda mula beraksi TIDAK MEMPEDULI
.
kalau hati ada berkata "menyampah aku"
itu tandanya anda mula beraksi CEMBURU
.
Kalau hati ada berkata "lantaklah"
itu tandanya anda mula beraksi SOMBONG
.
Kalau hati ada berkata "malas campurlah"
itu tandanya anda mula beraksi MEMULAU
.
Kalau hati ada berkata "aku kaya"
itu tandanya anda mula beraksi BONGKAK
.
Kalau hati ada berkata "aku lebih hebat"
itu tandanya anda mula beraksi EGOIS
.
Kalau hati ada berkata "aku sayang kepada semuanya"
itu tandanya anda mula kembali kepada FITRAH yang mengatasi segala aksi di atas
.
.
.
Tanyalah diri .. Siapa aku sebenarnya..?
.
.
.
Siapa kata USTAZ tak pernah buat DOSA
.
Siapa kata PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH
.
Siapa kata CHEF tak pernah masak NASI MENTAH
.
Siapa kata DOKTOR tak pernah SAKIT
.
Siapa kata PROFESOR tak pernah KENA TIPU (walaupun dia serba tahu)
.
INGATLAH bahawa semua Manusia yang hidup di dunia ini
.
.
.
Allah berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing-masing
.
Allah berikan Kelebihan,  Bukanlah 100%
.
Diberinya semua Pengetahuan
.
Allah berikan Kekurangan,  Bukanlah sehingga ia Menghinakan
.
Terkadang sengaja Allah menyulitkan perkara yang kita PAKAR
agar kita tidak perlu SOMBONG
 .
Agar kita sentiasa menjadi HAMBA yang BERSYUKUR kepada-NYA
.
Jika SEDIH, Jangan pendam dalam hati,  Ada Allah tempat BERBAGI
.
Jika MARAH, Jaga fikiran & hati, Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI
.
Jika SUSAH, Jangan merasa pilu, Ada Allah tempat MENGADU
.
Jika GAGAL, Jangan berputus asa, Ada Allah tempat MEMINTA
.
.
.
Moga 2018 bermakna untuk aku, kau,  dan kita semua..
.
(C&P)


Sekian...        3.56 pm

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...