Sunday 20 August 2017

Sebuah Penulisan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Aku suka sebuah penulisan yang maksudnya boleh menyentuh hati aku, yang boleh membuatkan jiwa aku rasa tenteram apabila membacanya.

Aku suka sebuah penulisan dimana ayat2nya lebih banyak 'isi' berbanding omongan kosong.

Aku suka sebuah penulisan yang apabila penceritaannya berkai dengan 'Pencipta'. Kerana ia membuatkan hati aku, bertaut pada-Nya..

Dan... ini adalah penulisan yang aku ambil dari Facebook salah seorang yang tidak aku kenali. Tetapi, perkenalian dia itu cukup mengatakan dia adalah seorang Hamba Allah yang ingin bermujahadah dijalan-Nya..
.
.
.

Semalam menerima satu private mesej dari seorang 'stranger'

Dia pernah mesej aku beberapa kali sebelum ini. Biasanya untuk mengucapkan terima kasih dan memberi kata sokongan utk aku menulis.

Kali ini dia memberitahu bahawa dia ingin benar berjumpa dengan aku.

Aku diam, biasanya aku meletakkan rezeki Allah untuk menjumpakan aku dengan sesiapa pun.

Bukan sekali dua aku menerima mesej seperti ini.. banyak, dan terlalu banyak.

Membuatkan aku bertambah takut..
Kerana aku barangkali jauh dari apa yang manusia sangka.

Sedangkan aku menulis adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri pertama-tamanya.

Berkali-kali aku mengatakan, aku hanyalah manusia yang penuh cacat cela, malah lebih banyak dosanya dari yang membaca.

.

Penulis bukan malaikat.

Aku menulis bukan kerana aku ada sesuatu yang lebih untuk diberi,  

Namun aku cuma hanya ada cebis-cebis kekurangan yang mampu dikongsi,

Yg dengannya aku berharap manusia akan melihat kebesaran, keagungan dan kasih sayang Allah buat penduduk bumi.

.

Ini hanyalah kisah pendosa dan kisah rendah dan kerdilnya seorang hamba
Yg memiliki Tuhan yg sempurna dan tinggi dari segala-galanya

.

Maka janganlah menganggap yg menulis itu sempurna,
Barangkali merekalah yang paling tidak memiliki apa-apa.

.

Kerana jujur aku telah serik 'dibuang' oleh manusia yg selama ini mendekati aku hanya kerana aku adalah 'anonymous' yg menulis di sini,
Namun berlalu pergi kerana barangkali tidak ada satu pun yang dimahunya yang aku miliki.

.

Ketahuilah jika aku disanjung kerana sesuatu yg bukan milik aku,
Aku pasti akan ditinggalkan kerana hakikatnya aku langsung tak punya sesuatu..

.

Aku fakir, segala-galanya.

Maka jika mahu, cintailah aku kerana parut yang aku miliki,
Jangan disanjungi aku kerana berlian yg tak pernah aku dapati.

.
Sekian...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...