Saturday 23 September 2017

Destinasi..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Rasa macam dah lama tak update blog. Rindu plak nk share story kt blog sendiri. 😅 (over plak sis rasa). hehehe..

   Alhamdulillah.. hari ni sis berkesempatan menghadiri walimatulurus anak sedara sis, Azizul dan pasangannya iaitu Adibah. Barakallah both of you.. Sis happy tengok orang dah selamat sempurnakan sebahagian fitrah hidup manusia iaitu sebuah perkahwinan & mahligai yang terbina. Menangis syaitan bila cucu Adam bersatu/terikat dengan perhubungan yang halal.







   Jangan tanya sis bila lagi okayyy...!!!

   Sebabnya, sis pun tak ada jawapan untuk itu. Sis pun tak tau siapa jodoh sis, orang mana, umur berapa. Kerana semuanya, kerja Allah. Sis sebagai hamba & manusia hanya mampu berdoa seandainya ada jodoh sis didunia ni, kurniakan sis seorang lelaki & suami yang terbaik untuk sis didunia ini, hinggalah keakhir hayat. Seorang yang dpt terima kekurangan & kelemahan sis, penyabar, setia, bertanggungjawab. Dan yang paling penting is meletakkan Allah nombor satu dalam kehidupannya seharian. Tak perfect takpe coz nobody perfect. But, don"t remove Allah in our life. Coz, without Allah life & relationship is nothing. Kosong.. Seriously..

   Doakan sis ye..!! 💞

  Korang.. sis nak bagitau dalam hidup ni 2 benda yang you perlu pilih betul2 is "kerja & jodoh". Jangan tersalah pilih..!! Mahalkan diri & cinta tu. Beri kepada si pemilik yang berhak & betul2 berhak memilikinya. Biarkan orang kata, "kau ni terlalu memilih sangat lah". Yess.. you should my dear..!! Tegas aku disini kerana pemilihan yang terbaik itulah yang menentukan how your life's become. Don't choose a perfect one. But, choose the one who always being the good one.

   Sebelum berundur diri sis nak share lirik lagu ni. hayati ye..


DESTINASI CINTA - MESTICA

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Saturday 9 September 2017

Dua Benda Dalam Satu Hari

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Alhamdulillah.. hari ni aku happy sangat2.. guess what..? Petang tadi kak sophie (officemate), dia belikan aku handphone yang dah lama aku suruh dia tolong belikan.

   Actually, aku minta dia belikan Oppo. Coz, you know that Oppo kan smartphone yang untuk selfie. So, i guess dia punya camera okay la kot.. Entahlah.. orang kata macam tu. Tapi, disebabkan Oppo yang dijual melebihi duit yang aku beri kat kak sophie. So, aku accept je dia belikan Vivo..

   Whateverlah... aku bukan jenis cerewet sangat dalam memilih brand ni. And tak memilih sangat pun pada brand2 ni. Asal okay bagi aku, aku on je. That's it.. Tapi, camera tu yang nak tgk jugak.

   Kenapa beli banyak handphone..??

   Hurmm.. demi kerja terpaksa lah beli. Keluar duit untuk sendiri pakai. Beli untuk 'keperluan' tau. Kalau beli kerana 'kehendak' sampai sekarang aku tak beli2 lagi.. haha.. tak caya..! guess what aku plan nk beli handphone pun dari tahun lepas lagi. Sampai sekarang tak beli2.. hari ni baru beli. Terpaksa punya hal. Malas dah nak pinjam orang punya. Jangan korang fikir bukan2 pulak ingat aku ada lelaki lain guna 2 handphone ni pulak. Sekeh kepala kang.. (garang tak kak dayah). huhuhuh...

   Taraaaa.... ini lah Vivo nya yang kak sophie tolog belikan.. Siap dapat dengan botol air uolls.. haha






Beli handphone dapat free
botol air.. first time aku dapat
benda free mcm ni beli h/p. haha


   Opsss.. lupa pulak. Hari ni convocation my bestfriend, Safwan Malik.. Happy pulak tengok orang convo ni. Jadilah aku dapat convo untuk diploma dulu. Itupun dah happy + bangga. Hehehe..

   To Safwan.. Tahniah dari aku. Finally, you did it.. Semoga kejayaan hari ini memberi masa depan yang cerah untuk kau. Ingat, dimana kita berada, setinggi mana pun pelajaran kita, sehebat mana pun kita pada hari ini. Jangan lupa kepada siapa Pemberi nikmat itu semua, jangan lupa pada ibu ayah yang bersusah payah, berhempas pulas mencari duit memberi kita pelajaran, dan ini satu2nya untuk kita semua, 'jangan mudah lupa diri'. Mungkin ye kerana kita disini adalah kerana doa ibu bapa kita, doa orang sekeliling kita. Dan jangan lupa sewaktu kita susah dahulu. Supaya bila kita diatas, kita tak mudah lupa diri. Muhasabah..

   Sekian.. =)
 

Wednesday 6 September 2017

Farhan a.k.a Student Practical..

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum..


..........................................................................

   Guess what, Si Farhan student practical kat office ni dah habis tempoh dia berkhidmat kat sini tau. Ya Allah... macam mana aku boleh tak tau ni..!! Kak Faizah pun tak inform. ='(      Rasa sedih pula bila orang yang satu office dgn kita (even jarang tegur) dah tak lagi keje kat sini. Heheheh.. overnyer aku.. =p

   Kesian kak faizah.. mesti dia sunyi farhan dah takde.. tak dapat nak g makan sama2 dah. Kongsi2 stok makanan kat dalam laci depaorg. Pssttt... depaorang ni BFF tau..

   Hmmm.. takpelah farhan, even aku jarang nak berbual2 dengan kau tapi kenangan kita bertiga makan spaghetti sama2 kat atas takkan aku lupa. Dah2.. jangan tanya lelebih pulak..!!

   One more thing..  aku tak boleh lupa dgn kau is pasal 'Nabati' yg kau bagi bagi pada kak faizah. Entahlah.. bila aku terfikir Nabati, teringat kau dgn kak faizah.. Ahahahaha.. -_-'

   Okay lahhh... byee..
 

Monday 4 September 2017

Holiday at Pantai Bagan Lalang

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


   Alhamdulillah.. cuti hari ni, dapat berholiday dengan mak, abah & abang aku. Memang happening hari ni & seronok..

   Bergerak dari rumah pukul 10, then hantar kakak aku jap di Putrajaya. Then, baru teruskan perjalanan di Pantai Bagan Lalang.

   Ape yang best kat situ..??

   Hmmmm... ape yg best ye ? Entahlah.. bagi aku yang best bila tengok anak ketam berlari berkeliaran dalam berkumpulan kott.. Sebab, first time aku jejak di pantai ni, and tengok anak2 ketam yang separuh dewasa berlari berkeliaran macam tu. Satu perasaan yang i can say that, "wow".

   Bukan aku tak pernah tengok ketam sebanyak tu. Tapi, besar ketam tu tak sama macam kat Port Dickson (PD) yang aku bercuti dulu. Semuanya kecik2.. haha..





Hebat & cukup cantik ciptaan Allah..
sebelah kiri & kanan pantai..
kat tengah ni air laut.. SubhanAllah (Maha Suci Allah)


ketam ni dah macam anak dara,
aku datang je dia malu2 menyorok.
ingat aku nak tackle dia kot.. pleaseee.. T_T


Kawasan laut.. tapi, ni air laut tengah surut.


   Tempat mana yang aku suka pergi..??

   Hmmmm... aku suka pergi tempat yang tenang. Macam laut. Aku impikan aku duduk dipantai pada waktu malam, mendengar deruan ombak.. Melihat keindahan bintang & bulan di langit. Ya Allah.. sungguh mendamaikan. 

   Aku rindu pada percutian kami sefamily pada hujung tahun lepas di 'Chorus Paradise Resort' selama 3 hari 2 malam.. Dimana kat beranda aku duduk melihat matahari yang terbit & terbenam. Pada malamnya pula mendengar deruan ombak yang memukul sambil melihat Air-asia terbang diudara. Damainya.. Aku rindu... ='(

  
Cantikkan.. suasana matahari terbenam.

   Mungkinkah sejarah semalam dapat diulangi semula..?? 

   Tempat mana lagi yang aku suka..?

   Tempat kedua yang aku suka pergi & aku teringin pergi is kat bendang.. Selalunya belah utara, banyak padi2 keliling kiri kanan jalan.. Seronoknya..

   Aku bayangkan yang aku duduk dirumah sebelah bendang. Bila petang bermain layang2 dengan tiupan angin yang sungguh mendamaikan.. Lagi2 pergi kat laluan air kt bendang tu sambil tangkap ikan belut, sepat.. Ya Allah... bestttnyerrr.. Aku teringin sangat nak rasa suasana sebegitu.
Korang boleh rasa tak apa aku rasa..?? Damaikan..?? Terasa bahagia sangat. Jiwa tenang je rasa. ^_^

   Aku pernah impikan nak dapat jodoh orang yang duduk perumahan dikawasan bendang. Bila free boleh ajak dia tangkap ikan kt bendang. Cari belut kat lumpur tu ke.? hahhahaha... tak salahkan aku berangan2.. angan2 je pun. Apapun, Jodohkan rahsia Allah. 

Cantikkkk.... ^_<

   
   Tempat apa yang aku tak suka pergi..??

   Selalunya tempat2 yang ramai orang. Sebab, aku cepat pening bila berada dalam keadaan yang ramai orang. orang yang kenal aku tau lah aku macam mana..! 

   Bila dalam persekitaran macam ni, boleh buat aku nak pengsan adalah. Masalahnya, kalau aku pengsan sape nak angkat..? Kau ingat ini drama ke, ada putera nak angkat2 kau. Pleaseeee laaa...!! 
Hahahhahaha... dah aku malas nak merepek pasal ni.. Solat isyak dulu nah.. k.. Assalamualaikum..

Sekian.. =)
   

   

   
   
   

Sunday 3 September 2017

Personaliti dari cara berjalan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
   Korang yang mana satu..?? Sis yang number 3 tu. Tapi, bukanlah bermaksud bila berjalan tu sis akan menunduk sentiasa. Takdelah .. cuma cara sis berjalan, kurang nak pandang muka orang ni. Maybe, segan kottt, kot2 terjatuh hati pulak pada seseorang. hahaha.. (sis gurau je).. Tapi, entahlah.. cara sis jalan mmg macam tu dari kecik lagi. No wonder la, makcik2 & kawan2 sis ada tegur pasal ni. Biarlah.. sis tak mampu nak follow style orang. Apepun, style sis memang macam ni. Orang yang faham & dapat terima tu bagus.. Kalau tak faham tu cuba2 lah faham kan.. hehehehe... (peace) ^_^

   Ehhh... membebel pulak sis ni. Korang jemput lah baca. <3
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Sekian..

Friday 1 September 2017

Pesanan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Sahabat yg dikasihi ♥️
Jom kita hayati pesanan hebat ini 😊👍

Salah satu tulisan yang sangat mengesankan ditulis oleh Syekh Thanthawi (Grand Syeikh Al Azhar Assyarif):

كُلُّنَا اَشْخَاصٌ عَادِيٌّ فِى نَظْرِ مَنْ لاَ يَعْرِفُنَا
Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yg tidak mengenal kita..

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ رَائِعُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَفْهَمُنَا
Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita..

، وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مُمَيِّزُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يُحِبُّنَا
Kita istimewa dalam penglihatan orang - orang yang mencintai kita..

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مَغْرُوْرُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْسُدُنَا
Kita adalah pribadi yg menjengkelkan bagi orang yang penuh kedengkian..

، وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ سَيِّئُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْقِدُ عَلَيْنَا
Kita adalah orang-orang jahat di dalam tatapan orang - orang yang iri...

، لِكُلِّ شَخْصٍ نَظْرَتُهُ، فَلاَ تَتْعَبْ نَفْسَكَ لِتُحْسِنَ عِنْدَ الآخَرِيْنَ
Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing masing, maka tak usah berlelah lelah agar tampak baik di mata orang lain..

، يَكْفِيْكَ رِضَا اللّٰهُ عَنْكَ ، رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لاَ تُدْرَك
Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tak kan pernah tercapai..

، وَرِضَا اللّٰهُ غَايَةٌ لاَ تُتْرَك ، فَاتْرُكْ مَا لاَ يُدْرَكْ ، وَاَدْرِكْ مَا لاَ يُتْرَكْ
Sedangkan Redha Allah, destinasi yang pasti sampai,

Maka tinggalkan segala upaya mencari keredhaan manusia, dan tumpukan saja pada redha Allah...

p/s : jadi diri sendiri. kita bukan dilahirkan untuk memuaskan hati orang. biarlah berjuta orang membenci kita. jangan sedih..!! kita ada DIA. penguat kita untuk meneruskan kehidupan.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...