Saturday 30 January 2021

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku boleh terjebak untuk bercucuk tanam ni. Sebenarnya aku tengok kakak tempat aku bekerja ni (indonesian) update kat FB dia yg dia tanam sawi pakchoy, cili api, terung putih bulat & ungu, terung ungu panjang. Dari situ aku rasa wahhh interesting ni kalau aku cuba bercucuk tanam sayur ni. Dari situlah aku beli barang nak bertanam ni semua.


Ni permulaan cerita aku berdasarkan gambar ye. Korang tengok ni.


Ni barang aku beli kat kedai Cheap & Shop RM2.10.
Pasu panjang, cocopeat, tanah hitam, baja tahi ayam, botol semburan. 



Mula tanam kangkung bayam brazil & kangkung



satu lagi pasu tu start tanam sawi pakchoy



yang ini tanam tomato. Malangnya, pokok tomato semua mati.



pokok petola







Ni batas aku tanam pokok sawi. Mula2 cantik je aku tanam. Last2, jahanam tanaman aku bila pokok dari hari ke hari berkurangan pokoknya. Ada yg tinggal batang pun ada. Daun semua dia sapu. Haha.. Korang tau ke sape aku maksudkan tu. Itulah Cik Put & Cik Tah a.k.a Siput & Lintah. Haishh.. geram je aku tau. Down tau tanam asyik kena makan je. Biasalah permulaan penanaman kan. Tak bijak lagi time tu.












Ni tanaman berasaskan botol. Ada panggil tanaman "Hidroponik" dan "Aquaponik".
Mana2 pun boleh guna. Bagi aku Hidroponik tu lebih kepada tanaman yg tidak menggunakan tanah & cuma air sahaja. Aquaponik tu pun sama mcm hidroponik. Tapi dia menggunakan gelas Aqua pakai buang tu. Itu yg dipanggil Aquaponik. 





Sawi bunga yang dah besar daun dia. Yg atas tu aku bagi maktua aku. Minggu depannya baru aku panen semua untuk rencah dalam meehun goreng makan breakfast. 

Mak aku kata, pokok sawi ni kalau dah amik pucuk & keluar bunga ni mana nak tumbuh lagi dah. Setakat itu je keluar daun. TAKK OKAYY !!!!!!  Hasil aku belajar dari Youtube ni, kalau kita nak hasil panen kita berkali2 kita amik yg daun tu dari bawah. Sebab daun tu dah tua. Tapi, kesan dari ambil daun tu pokok sawi ni akan keluar tunas baru. Tak caya tengok dan cuba buat.  


Cili Besar mak tanam



Sawi Pakchoy (pokok ni dah mati dah sebab aku tabur garam) Haha..



Hasil Panen Kangkung


Tanam sawi kat meja komputer abang aku yg dia taknak dah.. Last2 tempat buat alas pokok sayur aku ni rebah ke bumi. (meja dah reput)








Tanam timun jepun. Alhamdulillah, dah banyak kali makan hasil. 
Bagi aku tanam timun jepun ni paling mudah aku rasa. Lagi2 timun jepun sekarang ni mahal yg amat.


Panjang kan ? Lebih sejengkal tapak tangan. Alhamdulillah..


Hasil panen pertama kali

Panen kali kedua

Buah ketiga kat pokok lagi.



Pasal pokok petola ni aku tanam dah lama tau pada awal2 aku start mencebur diri dalam bertani ni seawal bulan 10/2020 tahun lepas. Masa mula2 pokok ni membesar meriah dengan bunganya. Pokok mak yg tanam lewat dari aku pun dah berbuah dulu. Tapi, tak sepanjang petola aku tanam ni lah. Jadi mak buat benih pokok petola tu. Tapi tulah, aku kecewa jugalah sebab pokok petola aku ni lambat keluar hasil. Bila keluar je buah mesti buah tu kekuningan. Memang tak dapat hasil kot. Aku jaga memang dah tiptop dah. Bagi baja, siram setiap pagi dan petang. Tapi hasil takde.. Boleh rasa tak perasaan seorang yg bercucuk tanam ni. HUHU.. Jadi, aku tak meletak harapan yg tinggi dah kt pokok petola ni. Aku jarang siram, bagi aku nak berbuah ke tak aku malas nak tau dah. Tinggal masa aku nak buang pokok ni tetiba dia berbuah pula sampailh kebesar ini rupanya. Alhamdulillah.. Syukur..


Tadaaa... buah petola aku tanam dah memberi hasil dan timun jepun yg kali keempat aku panen.





Kangkung, sawi bayam, timun jepun kali kelima dan cendawan tiram. Semua hasil tangan aku.





Salad Romaine nama dia. Baru pertama kali kutip hasil

Yang ini salad Italian..





Sawi Batang putih (Choy Sum)


Keledek (batang tu minta kat kakak office aku kak sopia (indonesian). Tak tau keledek warna apa. Hari tu, kak ni dia campur2 batang tu. Hmmm tanam jelah, dah keluar hasil baru tau. Ada 2 tempat lagi aku tanam kat plastic beras satu & dalam guni satu. Puasa atau raya nanti bolehlah kutip hasil.


Kailan.. Sedap buat kailan ikan masin kan. 


Buah tembikai yg pertama.


Buah tembikai yg kedua.

Untuk buah tembikai ni aku bungkus dengan kain. Sebab dah berapa kali asyik busuk je. Ntah kena makan dengan siput atau cacing macam gitulah.



Pokok kubis.. Belum cukup besar lagi. Panjang lagi perjalanan dia nak membesar & berbuah.

Pokok aku yg terkini.. Daun sup pun ada.

Pokok Bendi. Baru pertama kali panen. Adalah 3 buah lagi kt pokok tu.


Aku ada lagi pokok yg aku tanam. Tapi aku tak amik gambar je. Antaranya, pokok Cili Kampung, Cili yg Warna purple tu (minta anak benih dari kak sopia), Terung Ungu panjang (baru berbunga), Terung Bulat, Daun Kemangi, Tomato Cherry.. Ada aku try tanam Labu Air awal2 hari tu dah berbuah kecik tapi pokok mati pula. Kalau ada biji benih tu aku dh semai balik dh. Sekarang aku try semai biji Anggur. Kalau menjadi, jadilah.



Nak cerita ni tempat letak sayur aku mak dan abg first aku yg buatkan. Sebab diorang tau aku dah mula start bertanam. Jadi tempat takde. So jadilah begini.. Combination kayu dan buluh. Kreatifkan..



Ha, rupa dia begini. Tapi, itulah kusangka kan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Tempat letak sayur ni rebah kebumi.. HUHU..


Jadi inilah tempat letak sayur yg mak buatkan yg terbaru ni, Dari buluh.. Hari tu dengan emak pergi mencari buluh kat atas. Emak yg potong sampailah siap jadi begini. Terima kasih emak.. 



Anyway, pokok yg aku tanam ni semua saja2 buat makan je.. Boleh jaga time belum berkahwin ni lah. Routine setiap hari pagi sebelum keje siram, Balik keje siram.. Dah berkahwin nanti tak taulah macam mana. Hmmm.. kena serah kat mak aku lah jaga. Tak tau kejadiannya macam mana nanti. HEHE.. 
Mana tahu duduk rumah sendiri nanti, aku tanam untuk family kecil aku pula ke kan.
Jimat tak payah beli sayur dah. Nak petik je.. Angan2 je dulu ye dak..HUHU..



Okay, Sekian..
31/01/2021- 11:24 am

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...