Saturday, 23 September 2017

Destinasi..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Rasa macam dah lama tak update blog. Rindu plak nk share story kt blog sendiri. 😅 (over plak sis rasa). hehehe..

   Alhamdulillah.. hari ni sis berkesempatan menghadiri walimatulurus anak sedara sis, Azizul dan pasangannya iaitu Adibah. Barakallah both of you.. Sis happy tengok orang dah selamat sempurnakan sebahagian fitrah hidup manusia iaitu sebuah perkahwinan & mahligai yang terbina. Menangis syaitan bila cucu Adam bersatu/terikat dengan perhubungan yang halal.







   Jangan tanya sis bila lagi okayyy...!!!

   Sebabnya, sis pun tak ada jawapan untuk itu. Sis pun tak tau siapa jodoh sis, orang mana, umur berapa. Kerana semuanya, kerja Allah. Sis sebagai hamba & manusia hanya mampu berdoa seandainya ada jodoh sis didunia ni, kurniakan sis seorang lelaki & suami yang terbaik untuk sis didunia ini, hinggalah keakhir hayat. Seorang yang dpt terima kekurangan & kelemahan sis, penyabar, setia, bertanggungjawab. Dan yang paling penting is meletakkan Allah nombor satu dalam kehidupannya seharian. Tak perfect takpe coz nobody perfect. But, don"t remove Allah in our life. Coz, without Allah life & relationship is nothing. Kosong.. Seriously..

   Doakan sis ye..!! 💞

  Korang.. sis nak bagitau dalam hidup ni 2 benda yang you perlu pilih betul2 is "kerja & jodoh". Jangan tersalah pilih..!! Mahalkan diri & cinta tu. Beri kepada si pemilik yang berhak & betul2 berhak memilikinya. Biarkan orang kata, "kau ni terlalu memilih sangat lah". Yess.. you should my dear..!! Tegas aku disini kerana pemilihan yang terbaik itulah yang menentukan how your life's become. Don't choose a perfect one. But, choose the one who always being the good one.

   Sebelum berundur diri sis nak share lirik lagu ni. hayati ye..


DESTINASI CINTA - MESTICA

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Saturday, 9 September 2017

Dua Benda Dalam Satu Hari

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Alhamdulillah.. hari ni aku happy sangat2.. guess what..? Petang tadi kak sophie (officemate), dia belikan aku handphone yang dah lama aku suruh dia tolong belikan.

   Actually, aku minta dia belikan Oppo. Coz, you know that Oppo kan smartphone yang untuk selfie. So, i guess dia punya camera okay la kot.. Entahlah.. orang kata macam tu. Tapi, disebabkan Oppo yang dijual melebihi duit yang aku beri kat kak sophie. So, aku accept je dia belikan Vivo..

   Whateverlah... aku bukan jenis cerewet sangat dalam memilih brand ni. And tak memilih sangat pun pada brand2 ni. Asal okay bagi aku, aku on je. That's it.. Tapi, camera tu yang nak tgk jugak.

   Kenapa beli banyak handphone..??

   Hurmm.. demi kerja terpaksa lah beli. Keluar duit untuk sendiri pakai. Beli untuk 'keperluan' tau. Kalau beli kerana 'kehendak' sampai sekarang aku tak beli2 lagi.. haha.. tak caya..! guess what aku plan nk beli handphone pun dari tahun lepas lagi. Sampai sekarang tak beli2.. hari ni baru beli. Terpaksa punya hal. Malas dah nak pinjam orang punya. Jangan korang fikir bukan2 pulak ingat aku ada lelaki lain guna 2 handphone ni pulak. Sekeh kepala kang.. (garang tak kak dayah). huhuhuh...

   Taraaaa.... ini lah Vivo nya yang kak sophie tolog belikan.. Siap dapat dengan botol air uolls.. haha






Beli handphone dapat free
botol air.. first time aku dapat
benda free mcm ni beli h/p. haha


   Opsss.. lupa pulak. Hari ni convocation my bestfriend, Safwan Malik.. Happy pulak tengok orang convo ni. Jadilah aku dapat convo untuk diploma dulu. Itupun dah happy + bangga. Hehehe..

   To Safwan.. Tahniah dari aku. Finally, you did it.. Semoga kejayaan hari ini memberi masa depan yang cerah untuk kau. Ingat, dimana kita berada, setinggi mana pun pelajaran kita, sehebat mana pun kita pada hari ini. Jangan lupa kepada siapa Pemberi nikmat itu semua, jangan lupa pada ibu ayah yang bersusah payah, berhempas pulas mencari duit memberi kita pelajaran, dan ini satu2nya untuk kita semua, 'jangan mudah lupa diri'. Mungkin ye kerana kita disini adalah kerana doa ibu bapa kita, doa orang sekeliling kita. Dan jangan lupa sewaktu kita susah dahulu. Supaya bila kita diatas, kita tak mudah lupa diri. Muhasabah..

   Sekian.. =)
 

Wednesday, 6 September 2017

Farhan a.k.a Student Practical..

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum..


..........................................................................

   Guess what, Si Farhan student practical kat office ni dah habis tempoh dia berkhidmat kat sini tau. Ya Allah... macam mana aku boleh tak tau ni..!! Kak Faizah pun tak inform. ='(      Rasa sedih pula bila orang yang satu office dgn kita (even jarang tegur) dah tak lagi keje kat sini. Heheheh.. overnyer aku.. =p

   Kesian kak faizah.. mesti dia sunyi farhan dah takde.. tak dapat nak g makan sama2 dah. Kongsi2 stok makanan kat dalam laci depaorg. Pssttt... depaorang ni BFF tau..

   Hmmm.. takpelah farhan, even aku jarang nak berbual2 dengan kau tapi kenangan kita bertiga makan spaghetti sama2 kat atas takkan aku lupa. Dah2.. jangan tanya lelebih pulak..!!

   One more thing..  aku tak boleh lupa dgn kau is pasal 'Nabati' yg kau bagi bagi pada kak faizah. Entahlah.. bila aku terfikir Nabati, teringat kau dgn kak faizah.. Ahahahaha.. -_-'

   Okay lahhh... byee..
 

Monday, 4 September 2017

Holiday at Pantai Bagan Lalang

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


   Alhamdulillah.. cuti hari ni, dapat berholiday dengan mak, abah & abang aku. Memang happening hari ni & seronok..

   Bergerak dari rumah pukul 10, then hantar kakak aku jap di Putrajaya. Then, baru teruskan perjalanan di Pantai Bagan Lalang.

   Ape yang best kat situ..??

   Hmmmm... ape yg best ye ? Entahlah.. bagi aku yang best bila tengok anak ketam berlari berkeliaran dalam berkumpulan kott.. Sebab, first time aku jejak di pantai ni, and tengok anak2 ketam yang separuh dewasa berlari berkeliaran macam tu. Satu perasaan yang i can say that, "wow".

   Bukan aku tak pernah tengok ketam sebanyak tu. Tapi, besar ketam tu tak sama macam kat Port Dickson (PD) yang aku bercuti dulu. Semuanya kecik2.. haha..





Hebat & cukup cantik ciptaan Allah..
sebelah kiri & kanan pantai..
kat tengah ni air laut.. SubhanAllah (Maha Suci Allah)


ketam ni dah macam anak dara,
aku datang je dia malu2 menyorok.
ingat aku nak tackle dia kot.. pleaseee.. T_T


Kawasan laut.. tapi, ni air laut tengah surut.


   Tempat mana yang aku suka pergi..??

   Hmmmm... aku suka pergi tempat yang tenang. Macam laut. Aku impikan aku duduk dipantai pada waktu malam, mendengar deruan ombak.. Melihat keindahan bintang & bulan di langit. Ya Allah.. sungguh mendamaikan. 

   Aku rindu pada percutian kami sefamily pada hujung tahun lepas di 'Chorus Paradise Resort' selama 3 hari 2 malam.. Dimana kat beranda aku duduk melihat matahari yang terbit & terbenam. Pada malamnya pula mendengar deruan ombak yang memukul sambil melihat Air-asia terbang diudara. Damainya.. Aku rindu... ='(

  
Cantikkan.. suasana matahari terbenam.

   Mungkinkah sejarah semalam dapat diulangi semula..?? 

   Tempat mana lagi yang aku suka..?

   Tempat kedua yang aku suka pergi & aku teringin pergi is kat bendang.. Selalunya belah utara, banyak padi2 keliling kiri kanan jalan.. Seronoknya..

   Aku bayangkan yang aku duduk dirumah sebelah bendang. Bila petang bermain layang2 dengan tiupan angin yang sungguh mendamaikan.. Lagi2 pergi kat laluan air kt bendang tu sambil tangkap ikan belut, sepat.. Ya Allah... bestttnyerrr.. Aku teringin sangat nak rasa suasana sebegitu.
Korang boleh rasa tak apa aku rasa..?? Damaikan..?? Terasa bahagia sangat. Jiwa tenang je rasa. ^_^

   Aku pernah impikan nak dapat jodoh orang yang duduk perumahan dikawasan bendang. Bila free boleh ajak dia tangkap ikan kt bendang. Cari belut kat lumpur tu ke.? hahhahaha... tak salahkan aku berangan2.. angan2 je pun. Apapun, Jodohkan rahsia Allah. 

Cantikkkk.... ^_<

   
   Tempat apa yang aku tak suka pergi..??

   Selalunya tempat2 yang ramai orang. Sebab, aku cepat pening bila berada dalam keadaan yang ramai orang. orang yang kenal aku tau lah aku macam mana..! 

   Bila dalam persekitaran macam ni, boleh buat aku nak pengsan adalah. Masalahnya, kalau aku pengsan sape nak angkat..? Kau ingat ini drama ke, ada putera nak angkat2 kau. Pleaseeee laaa...!! 
Hahahhahaha... dah aku malas nak merepek pasal ni.. Solat isyak dulu nah.. k.. Assalamualaikum..

Sekian.. =)
   

   

   
   
   

Sunday, 3 September 2017

Personaliti dari cara berjalan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
   Korang yang mana satu..?? Sis yang number 3 tu. Tapi, bukanlah bermaksud bila berjalan tu sis akan menunduk sentiasa. Takdelah .. cuma cara sis berjalan, kurang nak pandang muka orang ni. Maybe, segan kottt, kot2 terjatuh hati pulak pada seseorang. hahaha.. (sis gurau je).. Tapi, entahlah.. cara sis jalan mmg macam tu dari kecik lagi. No wonder la, makcik2 & kawan2 sis ada tegur pasal ni. Biarlah.. sis tak mampu nak follow style orang. Apepun, style sis memang macam ni. Orang yang faham & dapat terima tu bagus.. Kalau tak faham tu cuba2 lah faham kan.. hehehehe... (peace) ^_^

   Ehhh... membebel pulak sis ni. Korang jemput lah baca. <3
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Sekian..

Saturday, 2 September 2017

Bioglo Product

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


   Hai, korang.. buat ape tu..? Dah solat..? Dah makan..? Tonight, sis nak sembang santai pasal product.

   Product ape...??

   Nun kat atas tu sis dah bagitau. Bioglo's product.

   Actually, sis tak pernah guna pun product ni. Kebetulan kawan sis ahli member untuk Cosway. Every month dia akan dapat catalogue. So, bila sis belek2 catalogue. Sis teringin nak cuba guna product bioglo ni.

   Sis sebenarnya just nak beli dia punya brightener je. Tetiba, kawan sis kata 'better you beli sekali face moisturizer & facial cleanser". Ini untuk kulit muka kering.

   Hmmm... okay, kulit muka sis memang kering setakat ni. So, sis cuba okay..!!

 
Facial Cleanser

Face Moisturizer 


  Okay.. dua product kat atas ni kegunaan dia untuk menjadikan kulit muka lembab. Means sape yang kulit muka kering boleh guna dua benda diatas. But, make sure guna facial cleanser dulu baru guna face moisturizer.


Brightener

   Ini adalah pencerah muka.. melindungi muka dari terkena sinaran UV, melembabkan kulit muka, boleh dijadikan sebagai bedak asas, dan semestinya tidak berminyak, kalis air & peluh.

   Oppsss.. sis nak bagitau tau. This brightener, it was expensive. Actual price is RM 66. Tapi, kalau beli barang Cosway yang lain above RM35 something, ada discount untuk ini only RM30. 

   So, korang boleh cuba.. sekian..             10.49 p.m



Friday, 1 September 2017

Pesanan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Sahabat yg dikasihi ♥️
Jom kita hayati pesanan hebat ini 😊👍

Salah satu tulisan yang sangat mengesankan ditulis oleh Syekh Thanthawi (Grand Syeikh Al Azhar Assyarif):

كُلُّنَا اَشْخَاصٌ عَادِيٌّ فِى نَظْرِ مَنْ لاَ يَعْرِفُنَا
Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yg tidak mengenal kita..

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ رَائِعُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَفْهَمُنَا
Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita..

، وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مُمَيِّزُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يُحِبُّنَا
Kita istimewa dalam penglihatan orang - orang yang mencintai kita..

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مَغْرُوْرُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْسُدُنَا
Kita adalah pribadi yg menjengkelkan bagi orang yang penuh kedengkian..

، وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ سَيِّئُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْقِدُ عَلَيْنَا
Kita adalah orang-orang jahat di dalam tatapan orang - orang yang iri...

، لِكُلِّ شَخْصٍ نَظْرَتُهُ، فَلاَ تَتْعَبْ نَفْسَكَ لِتُحْسِنَ عِنْدَ الآخَرِيْنَ
Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing masing, maka tak usah berlelah lelah agar tampak baik di mata orang lain..

، يَكْفِيْكَ رِضَا اللّٰهُ عَنْكَ ، رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لاَ تُدْرَك
Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tak kan pernah tercapai..

، وَرِضَا اللّٰهُ غَايَةٌ لاَ تُتْرَك ، فَاتْرُكْ مَا لاَ يُدْرَكْ ، وَاَدْرِكْ مَا لاَ يُتْرَكْ
Sedangkan Redha Allah, destinasi yang pasti sampai,

Maka tinggalkan segala upaya mencari keredhaan manusia, dan tumpukan saja pada redha Allah...

p/s : jadi diri sendiri. kita bukan dilahirkan untuk memuaskan hati orang. biarlah berjuta orang membenci kita. jangan sedih..!! kita ada DIA. penguat kita untuk meneruskan kehidupan.

Thursday, 31 August 2017

I Love Cooking

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Jam sekarang menunjukkan pukul 12.52 a.m . Dan aku baru lepas habis membaking cake indulgence. Tau tak cake indulgence tu cemane ?? Tau ke tak tau ni..?? Tak tau..!!! Okay xpe.. sis tunjuk gmbr kt bwh ni...


   Taraa... nampak ada terliur tak..? *_* Actually, this is my favourite cake tau. Tadi sis try buat. Tak tau nak beritau macam mana rupa dia. Tapi, agak comot jugak lh. Biasa.. sis kn baru first time buat. Tapi, banyak2 cake yg sis buat yg ni paling lama nak siap. Makan masa berjam2 tau. Start dri kol 9. Habis baking kol 12.30.

   Sis akui buat cake ni paling leceh sket. Sebab, ape ? Sebab, nak kena masak kek lagi. Pastu nak buat 2 adunan filing dia. Dark and white. Pastu nak kena buat chocolate ganachi. Toping atas kek tu. Penat la jugak.. tapi, gagah kan diri utk buat.

   Okay you alls... jam menunjukkan pukul 1.04 a.m dh ni. Sis betul2 mengantuk. -_-  zZzZ     Sis mengundur diri dulu ye. Okay bye korang.. Esok sis continue cter okay..!!

#####################################

   Alhamdulillah.. dah berkurun nak buat. Inilah jadinya. Even, you will say 'kenapa jadi cacar merba cake ni'. Look..

Cake Choc Indulgence



   Tak kisah la ape orang nak cakap. One important thing 'is aku mencuba'. Yess.. i try. Fyi, this is my first time..! Aku takde bakat pun nak baking macam ni. But, whatever it is i'm satisfied with i'm doing this. 

   Ouh.. ya, lupa plak nak cakap cake ni aku buat sempena my sister's birthday (Nurul Bariah) yang ke 26 y/o pada 29/8 hari tu. Selain tu, my brother & his wife balik. So, kiranya complete la my happy family. 

   Lagi satu, semalam my brother ada beli daging buat bakso kt kg.baru. So, kebetulan pulak mmg aku nak cuba buat resepi Bakso ni. So, hari ni terjadilah Bakso aku even rasa dia tak sama mcm yg aku makan. I don't know ape yg terkurang disitu. 

Bakso


   Korang kalau rasa dalam hati tu nak buat something resepi yang lain, pesanan aku buat korang, just do it. jadi tak jadi belakang kira. At least you try..! Daripada cakap nak buat, tapi tak buat2 tak de maknanya. "You word must have together with an action". That's will completed your mission. Tak perlu takut mencuba..! If you afraid to do something news, you will not be able to know that your skill. Dan kau hanya berada pada kedudukan yang sama.  

   Okay korang.. selamat mencuba. 

Tuesday, 29 August 2017

Our holiday 27-09-2017

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Ini kisah kami tentang semalam. Berkelah, bermandi manda, & berbbq bersama..

   Actually, we made a plan last 2 week. Then, Last week tak dapat nak buat sebab Tasya dia tak sihat. Demam & batuk still tak baik. So, kami decide buat this week. Alhamdulillah.. plans everything berjalan dgn lancar.

   Kami berlima je.. Fatin Syafirah takdpt nk joint cOz tak sihat, Afifah Manan pulak pegi Perak, Rina & Hajar terpaksa keje (nurse).

 
List barang yang kami kena bawak

   Aktiviti starting dari pukul 10 a.m - 3 p.m. Tapi, kami balik awal dalam kul 2 p.m mcm tu. 

   Menu...??

   Menunya, Ain bwk coleslaw, agar2 laici. Tasya bwk meehun goreng, nasi putih, Mayonis buah. Ilas, bawak kuih muih.. Dan.. aku just bawak ayam, sosej & dgg burger utk dibakar. Bella xde bwk makanan ape2. Just, diamanahkan utk bwk tikar dan sos..

   Nampak macam sket tapi tak mampu nk mkn banyak dah. Cepat kenyang..!!

   Bersyukur, sebab cuaca hari tu sgt baik. So, sampai je kwsn perkelahan. Aku dgn Tasya terus bakar arang. 


   Disebabkan bakar arang ni lah, jari telunjuk melecur kena api.. pedihh kena air..  ='(





   Bella cakap aku mcm dah 'mak orang' dari pagi membakar bbq tak henti2.. hahaha... Mcm 'mak org' kau gelarkn aku..?? Daebakkk.  =[

   


   Menu kami.. haha.. seriuos aku tak sentuh pun nasi @ meehun tu. Aku kenyang sangat. Just mkn ayam, & daging burger tu je. Tak boleh nak masuk dh.. Yang aku kelakar tengok Tasya, Bella, & Ain.. Mulut diorang kata kenyang, tapi still lagi menyuap mknn ke mulut. Apakah..?? Hahahahahah.. hadoiiii... T_T

   Rindu korang weyyyy... Aku ingat adalah 6 tahun lepas kita buat bbq dengan budak kelas. Itu pun lepas habis Form 5. 

   Aku harap.. ada lagi aktiviti mcm ni or lain2 aktiviti yg dapat kita isi bersama before korang dh   berkeluarga one day.. Kenangan dengan korang tak dapat dilupakan sampai bila2.. =)

Ukhwahfillah.. 

   

Sunday, 27 August 2017

Missing One

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Pernah tak rasa bila duduk sesorang, then tetiba hati tu 'dijentik' dengan rasa 'kerinduan' pada seseorang..

   Honestly, i feel that. ;(

 

   Aku miss kita yang dulu.. Sentiasa ada cerita yang membuatkan bibir ni tak lekang mengukir senyuman.. 

   Kau anggap aku kawan baik kau. 

   Pernah suatu hari, kau wish birthday aku, and kita cerita macam2.. and that time, kau beritahu aku yang kau dapat sambung belajar. Kau minta aku doakan kau agar segala pembelajaran kau kat sana membawa kepada kejayaan masa depan kau. 

   Now, kau dah berjaya pun.. kau dah tamat belajar dah pun. Aku happy.. Tunggu nak convo je. Btw, aku sebagai kawan kau sejujurnya aku happy. :)

   Seriously, aku rindu kita yang dulu.. ='(


You're My Bestfriend until now..   6.43 p.m
   

Friday, 25 August 2017

Berat Oh Berat

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum..


   Alright.. malam ni baru je timbang berat. Rasa macam makan banyak & berat tentu naik mendadak punya lah. Last2, timbang still the same as before, 53 kg..


   Ohh.. nak tau tak, semenjak bekerja ni Alhamdulillah berat aku dah turun sikit dalam 6 kg macam tu. ^_-' Dulu time2 study berisi sikit. Ingat lagi kat rumah takde penimbang. Nak timbang time2 derma darah. Kat situ lah aku tau berat aku dalam 59 kg.. hehe..


   Selalunyalah kan kalau berjauhan dengan family ni berat turun.. Tapi, aku tak.. berat naik dengan jayanya. -_-'  hahaha.. Thanks my housemate.. kerana sudi mengajar aku cara mengawal berat dengan makan 24 jam tanpa henti.. huhu.. sabor je lerr..^_^ .Tapi, takpe lah, BMI okay.. Tinggi aku pun 160 ke atas.. okay la tu kan ??


   So, ni nak kurangkan until 50 kg. Cemane tu..? Anyone knows what tips i can try..?


Wednesday, 23 August 2017

Korean's Actors

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hai korang buat ape tu..?? Watching sukan sea ke..?
Hehehe..

Kita tak tengok pun sukan sea. Just open fb if anything they're post about that, kat situ je aku baca. Nampak tak kurangnya semangat kesukanan tu..

Btw, bukan ni yg aku nak cter.. hehehe.. ni tak masuk isi penceritaan pun. Only mukaddimah je ni.

Korang minat korea tak ? If minat, siapa actors yang korang minat tu..? Share with me. Aku suka dengar cter orang, dan aku akan jdi pendengar setia untuk korang.

Aku baru je tengok youtube about Song Jihyo.. Dia dengan Lee Kwang Soo memang suka fighting betul. Kelakar.. Aku terhibur dengan telatah diorang. Tak boleh bersama diorang ni. Ada je nak cari pasal. hehehe..

Aku suka Song Jihyo. Dia natural beauty. Pastu, aku suka cara dia yang macam gangster2 tapi cute. Running Man if takde dia memang tak sah. Perangai pun dh macam tomboy2 gittew..

Ni aku attach pic dia. Cantik kan ?





Okayy.. dah.. korang jangan terpikat lelebih tau denga dia, esp lelaki. Please okayyy..!!


Sunday, 20 August 2017

Sebuah Penulisan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Aku suka sebuah penulisan yang maksudnya boleh menyentuh hati aku, yang boleh membuatkan jiwa aku rasa tenteram apabila membacanya.

Aku suka sebuah penulisan dimana ayat2nya lebih banyak 'isi' berbanding omongan kosong.

Aku suka sebuah penulisan yang apabila penceritaannya berkai dengan 'Pencipta'. Kerana ia membuatkan hati aku, bertaut pada-Nya..

Dan... ini adalah penulisan yang aku ambil dari Facebook salah seorang yang tidak aku kenali. Tetapi, perkenalian dia itu cukup mengatakan dia adalah seorang Hamba Allah yang ingin bermujahadah dijalan-Nya..
.
.
.

Semalam menerima satu private mesej dari seorang 'stranger'

Dia pernah mesej aku beberapa kali sebelum ini. Biasanya untuk mengucapkan terima kasih dan memberi kata sokongan utk aku menulis.

Kali ini dia memberitahu bahawa dia ingin benar berjumpa dengan aku.

Aku diam, biasanya aku meletakkan rezeki Allah untuk menjumpakan aku dengan sesiapa pun.

Bukan sekali dua aku menerima mesej seperti ini.. banyak, dan terlalu banyak.

Membuatkan aku bertambah takut..
Kerana aku barangkali jauh dari apa yang manusia sangka.

Sedangkan aku menulis adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri pertama-tamanya.

Berkali-kali aku mengatakan, aku hanyalah manusia yang penuh cacat cela, malah lebih banyak dosanya dari yang membaca.

.

Penulis bukan malaikat.

Aku menulis bukan kerana aku ada sesuatu yang lebih untuk diberi,  

Namun aku cuma hanya ada cebis-cebis kekurangan yang mampu dikongsi,

Yg dengannya aku berharap manusia akan melihat kebesaran, keagungan dan kasih sayang Allah buat penduduk bumi.

.

Ini hanyalah kisah pendosa dan kisah rendah dan kerdilnya seorang hamba
Yg memiliki Tuhan yg sempurna dan tinggi dari segala-galanya

.

Maka janganlah menganggap yg menulis itu sempurna,
Barangkali merekalah yang paling tidak memiliki apa-apa.

.

Kerana jujur aku telah serik 'dibuang' oleh manusia yg selama ini mendekati aku hanya kerana aku adalah 'anonymous' yg menulis di sini,
Namun berlalu pergi kerana barangkali tidak ada satu pun yang dimahunya yang aku miliki.

.

Ketahuilah jika aku disanjung kerana sesuatu yg bukan milik aku,
Aku pasti akan ditinggalkan kerana hakikatnya aku langsung tak punya sesuatu..

.

Aku fakir, segala-galanya.

Maka jika mahu, cintailah aku kerana parut yang aku miliki,
Jangan disanjungi aku kerana berlian yg tak pernah aku dapati.

.
Sekian...

Tuesday, 15 August 2017

My Annoying's Manager

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Sekarang jam menunjukkan pukul 4.53 p.m . Keje semua dah settle. Filing dah settle, quote untuk customer dah settle, lazada dh settle (aku handle skrg ni). Jemput la shopping di Lazada. But, only 'whiteboard' je tau..! Kain baju kami tak deal dgn lazada.. hehehehehe.. Ouh one more thing i want to inform you guys make sure brg yg korang nak beli tu ada brands 'Writebest' ye.. (dh mcm promote je ni).

   Aku boring sebenarnyaa niii.. my Manager a.k.a Mr.SK Tan tah mana menghilang petang2 gini.. Selalu kalau ada kat office ni tak lain tak bukan the word 'dayah' akan bergema di telinga aku & juga office ni (serious talk).

Tapi, serious la ape yg aku ckp ni. Dia tak boleh je nampak aku, mesti nama aku yg kena panggil. Kalau aku xde 'prayer's time' mesti bergema office ni dia panggil. Haishh sabor je la with my annoying manager ni. Ade je keje nak bagi. Tapi, serious kott kalau dia takde seharian kt office terasa mcm boringg giloss. Terasa mcm ini bukan dunia kau yang sebenar (okay ayat aku over). huhuhuhu..

   Aku ingat masa awal aku masuk. Staff kata SK ni suka marah2 orang, annoying, bla..bla..bla..

Yelah kn bila dh dengar org ckp pasal 'negative' ni kau rasa2 kau gerun tak ?

Of course, aku pun gerun jugak masa tu. Tapi, itu dulu..!! manager yang aku kenal dulu tak sama macam yang orang cakap kn.

Dia bagi aku yang sekarang ni cuma annoying je.. yang terasa annoyingnyer bila nama aku 'dayah' je asyik dia panggil, pastu aku buat salah quote kemain la ayat dia kata dgn aku mcm ni  'buat macam ni tak professional you tau'.
Tetapiiiiiii... hakikatnyaaaa kalau dia buat salah, dia cuma gelak kambing pulak bila aku tegur dia. Menyampah pulak tengok.. Layankn aje lah perangai annoying dia tu.

Kadang2 terasa geram tau, kadang2 tu terasa kelakar pun ada.. hadoiiii...

Ape yang aku nampak sikap dia ni tak macam dulu la kot.. I mean, kalau dulu orang kata dia suka marah2 tu maybe dia penat dgn keje, dgn customer yg annoying, dgn nak buat quotation lagi2 bila sales went out. Serious.. aku memahami keje dia. Lagi2 pangkat besar, as a MANAGER. Sekarang ni, aku dah jadi assistant dia. Ape2 berkaitan customer nk quote barang, aku akan handle, about payment (jarang), buat surat rasmi (sakit otak nk memikir ayat). If let's say dia going out @pun sales takde kt office, aku akan handle buat quote.. Nampak mudah keje aku. Tapi, bila keje nak on time, diberi plak terus dpt bnyk, mmg kau tak menang tangan. Lagi2, dgn ragam customer lagi (kalau ada masalah). Menguji kesabaran jugak lah.. uhuhuhu..

Takpelah.. at least aku rasa ape yg orang lain rasa  before i judge org lain. hek3..

Okayyy.. aku dh takde mende nak ckp lgi dh.. Bye..



Sunday, 6 August 2017

Kosongnya Jiwa

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Pernah tak rasa kosongnya jiwa..? I mean if you get something, but for you it's was nothing. Nak kata suka, pun tak.. Nak kata tak suka pun tak.

Mesti tertanya2 kan ape lah yang "dayah katakan ni"..?

Korang pernah bercinta or minat kat seseorang..?
Don't cheat me okay..! Be honest..

Baiklah, korang rasa2 bila korang bercouple ape yang korang rasa..? your feeling..?

Rasa bahagia.. rasa dihargai.. rasa dilindungi..
rasa sweet2 gittew.. are you feel about this..?

Don't cheat me..!! Because i feel like this too, and i know you also too..

Honestly, i never couple with someone. Tak pernah langsung..!! Dari sekolah, kolej and until now.

I tak pandai nak bercouple seperti some of guy.. Yang i tau, i just ada rasa minat pada someone but they do not know..

Minat itu FITRAH.. kan ?

Dulu masa sekolah suka dengan ayat ni "kejar cita2, baru kejar cinta". Bak kata UNIC..

Masa sekolah/belajar dulu yelah ayat mcm ni. Tapi, bila dah bekerjaya baru terfikir soal ini.

But, what should i do ?

Where i want to starting now ?

I also want a partner like you guys.. orang kata peneman hidup. But, i don't like couple..!

Orang kata, ada yang nak tapi kau jual mahal..!

Bukan jual mahal, tapi lebih kepada menjaga harga diri bagi seorang wanita.. Bukan senang2 untuk memberi hati kepada lelaki.. That's me..

I berfikir & tertanya2, bilamana if one day i couple with someone.. then, sampai kemana hala tujunya..?

Adakah i blh yakin he will be my future partner dunya akhirat if couple 10 years ?

Jika couple then bawa kepada ikatan yang halal.. Itu adalah jodoh kamu. But, one more thing, is it Allah redha with this relationship..?

I have no answer for this..

Bila bercouple, ada yang panggilan dh lain.. calling with 'ma', 'pa', 'hubby'.. Astaghfirullah..

Babe, i want to tell you that i hate with this calling. Pernah tau, one guy call me like this 'ayang'. Ohoo.. do you think that i feel like this calling..? Boleh buat i melting..? Oh noo.. you're wrong..!! i tell you, panggilan itu sungguh murah untuk i & i hate this calling..

I tak begitu murah untuk panggil dengan panggilan ni.. You make disappointed with you.. for you it's a joke.. but, not me.. !! Stop it to calling me like this..

Lumrah.. tak couple pun banyak ujian & dugaannya.. am i'm right ?

So, my advice 'jagalah hati'.. hati inilah tempatnya pandangan ilahi.. don't easy to give to somebody yang tidak berhak untuk memiliki.. Izinkan supaya Allah menjaga untuk yang berhak memiliki.

Iaitu yang halal buat kamu..

Cari cinta matlamat.. Semoga Allah redha..

Sorry if my writing make you hurt.. i don't mean it.. i writes more about me..

Cari cinta yang agung, cinta ilahi.. jaga hati.. semoga one day, yang hadir menjaga hati untuk diri ini..

Saya menunggu awak.. saya harap awak juga begitu..

'Awak' yang saya pun tak tahu siapa..

Jaga hati awak untuk saya..

Ini bukan cerita jiwang.. lebih kepada menguatkan hati ini, memotivasikan diri..

Selamat Malam.. 11.28 p.m




Saturday, 5 August 2017

Kenangan Kita 05-08-17

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Semalam aku update pasal teringin nak makan bakso.. Tetiba, Tasya whatsapp kata "jom". So, hari ni time utk lepak2 & makan2 dengan kawan aku Tasya, Ain, & Ilas.. Thanks weyy sanggup berlapar sebab tunggu nak makan bakso dengan aku. Hehehhe.. ^_^

Bakso Biasa

Lepas je makan, dorang plan nak g jalan2.. Dah takde tempat lain dah nak round. Sungai Congkak je jadi destinasi. Dok lepak kat sungai, rendam kaki.. Seriusly sejuk gila air dia. Nasib, kaki aku tak cramps.. 


Air Sungai Congkak..


Then, aku ingat dah nak balik dah.. sebab jam time tu menunjukkan pukul 6 pm.. Dorang ajak selfie pulak dah.. Terpaksa pergi cari tempat nak selfie. Jawapannya kesini lah kami selfie..







That's all.. aku harap lepas ni kita ada masa bersama2 mcm ni lagi babe, before we're getting married. Miss this moment with korang babe. Byee... 

Wednesday, 2 August 2017

Lunch Time

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Alhamdulillah.. baru je lepas lunch. Tak sangkanya, almost 3 years aku selalu mkn sorang2 kat pantry. Takpun kak Faizah akan teman sekaki makan di pantry.. Tapi, hari ni sis Siew Chu pun joint sekali..

   Siew Chu ni korang pun tau dia bangsa apa kn ? Dgn nama dia pun dh tau bangsa chinese. Tapi kan, even dia berbangsa chinese, mak dia chinese. Tpi, mak dia pandai masakan melayu tau..!

Cuba teka dia bawak bekal ape hari ni..???

.....................................

.....................................

.....................................

Tettttttt... SALAH jawapan & sangkaan korang tu.

   Lunch ni dia bawak bekal nasi dengan rendang ayam.. percaya tak ? Mak dia pun pandai masak masakan melayu iaitu RENDANG.. i'm shocked you alls.. Yelah kan, selalunya chinese yg kita tau makan masakan mcm berair2 like mee soup, etc..
Tapi, ni rendang ayam kott.. Satu Malaysia gitu.. Tapi, memang tabik org yg pelbagai kaum ni pandai msk something yg kaum lain masak.. Seriously, from my heart aku tabik her mum.. ^_^

   Sambil tu, tadi sambil makan2 kami bersembang lah macam2.. Jenis aku, even berhari2 aku jumpa orang tu, if cakap2 bergurau2 kt telefon tu okay lagi. Tapi, bila dah duduk makan berdua aku rasa lain. Macam mana nak cakap eh.. ?? Rasa mcm janggal, rasa malu, nak cakap pun taktau benda apa yg nak cakap.. Even aku dengan dia sama2 je perempuan.. HAHAHAHA.. Peliklah aku ni. Tapi, itulah aku.. But, when aku dh kenal sangat2, aku dh betul2 ngam dgn orang tu. Aku blh je masuk.. Silap2 orang pun tak percaya "itu hidayah ke ?" HAKHAKHAK..

   Takpe.. aku cuba jadi lain sket, bercerita macam dia adalah kawan rapat aku.. Kami berborak lah cerita pasal "adik beradik berapa orang", "kakak @ abang dh kawin ke belum", "mak ayah keje mana".. Macam2.. But aku, aku jenis suka dengar orang bercerita daripada aku bercerita.. Entahlah.. memang aku gemar mcm tu. Korang citer lah ape2, aku dengar je.. if aku rasa aku perlu cakap, aku cakap..

   Yang ni pulak dia soal aku dh berapa tahun kerja kat sini, macam mana boleh dapat kerja sini..??

   Okay lah.. aku dah bekerja sini (Writebest Manufacturing Sdn Bhd) dah 3 tahun lebih pun.. Starting 03-06-14 - 02-08-17.. Lama tak lama lah.. Tapi, aku still disini.

Macam mana aku boleh dapat bekerja disini..??

   Aku, habis belajar awal bulan 4, 2016 .. Aku duduk menganggur pun 2 bulan sahaja. Aku tak pernah bekerja actually.. tapi, teringin nak bekerja masa tu after habis sekolah.. Even teringin sangat nak keje. Masa pertengahan bulan 5, 2016. Kawan aku Ilas ajak cari kerja. Aku kata kat mana nak cari ? Masa tu dia dah dapat kat kedai Motor Kawasaki kat batu 9 sini. Dia suruh aku try2 kat situ kot2 aku dapat kerani kat situ. Kami berdua pergi kedai tu, dan aku keluar tanya kepada owner kedai tu ada seorang aunty ni. Dia kata kat situ dah full.. takpelah.. takde rezeki.. Masa tu aku pergi minta keje petang. Balik dari sana pun dalam kol 5. Nak cari tempat lain office semua dah tutup. Kol 5 kan ?? ^-^

   Keesokannya, kami try cari di tekali.. Aku tak tau pun tekali ni banyak kilang. Seriusly, aku jarang sangat masuk kat kawasan ni. Pastu, aku try minta kat kilang jubin. Staff tu kata dah takde kosong. Aku try plak minta kat kilang proguard, isi borang then boss sana interview aku. Tanya lah macam2 based on course yg aku study. After that, dia kata kalau ape2 nanti dia call aku.

   Selepas je interview kat kilang proguard, aku try kat kilang Writebest. Kilang aku keje sekarang ni. First sampai sana, kami jumpa guard dulu. Tanya pakcik tu ada keje kosong tak. Pakcik tu kata dah full. Tapi, tulis je nama & no h/p kat buku yg dia sediakan dulu. Nanti, kalau ada kosong baru dia call aku. Seminggu selepas tu.. aku tak terima apa2 feedback pun dari mana2 kilang yg aku apply.

   Seingat aku time hari khamis tu, aku keluar teman ilas pegi beli kek kawen abang dia. Balik tu aku dapat call dari pakcik guard kilang aku keje sekarang ni dia bgitau ada staff office sorang ni dah berhenti. So, dia suruh aku datang esok utk interview.. Sebelum aku dapat call pakcik tu aku dah dapat keje sementara kat taska along aku bekerja. Kiranya next week monday dah masuk bekerja laa.. Kebetulan, masa nak dapat job sekarang ni sama pulak timing dia. Aku pun antara serba salah + confuse nak decide macam mana. Lalu aku kata kat pakcik guard tu.. tengok dulu macam mana. Aku perlukan masa utk buat keputusan..

   Sampai kat rumah, jiwa tak tenang.. confuse untuk aku decide. berfikir2 samaada aku nak terima keje tempat sekarang ni atau keje dengan taska (keje sementara je). Aku tanya mak & kwn aku ilas macam mana.. aku buntu.. Lama berfikir baru aku decide untuk terima bekerja kat Writebest.. Alhamdulillah.. still kekal hingga kini..

Aku dah penat nak menaip niii...!! Bayangkan aku type ni dari 12.30 waktu lunch tdi. Tpi, tak habis2 sampai sekarang. So, sekarang dah pukul 6.06 pm.. aku pun tak tau nak cerita apa dah.. aku mengundur diri dulu. Bye.. selamat membaca.. !
 

Sunday, 30 July 2017

Wedding's Najeha & Syarafi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Hari ni 30-07-2017 ramai pulak orang yang kawen. Open facebook ramai post pasal pergi kenduri kawen kawan dia la, sedara dia la.. Tapi, hari ni wedding kawan aku sejak dari form 4 & 5 Ehsan lagi.. Mereka la, kawan aku yg aku rapat mula2 masuk kelas dulu..

   Lama rasanya kot depaorg punya relationship. Dari form 4 (2009) kot.. Dari Syarafi yang jenis suka menyakat Najeha terus melekat korang sebagai Bf/Gf sampai la sekarang. Hinggakan satu kelas, cikgu2 semua dah tau tentang korang berdua. Tetapi, hari ni termeterailah sebuah ikatan suci antara korang. Mahu 9 tahun kot hubungan korang.. Hari ni aku happy sangat tengok korang berdua dh jadi pasangan suami isteri yang sah. Aku je yg single lagi.. huhuhuhu.. It's okay, aku tak frust ke ape ke.. Aku yakin, jodoh aku ada. Cuma belum masanya lagi. Kita yg belum lagi ni pun kena prepare diri dengan ilmu rumahtangga.

   Okayy.. ni aku attach picture kami dengan pengantin untuk hari ni..


Ni gambar aku dengan ilas dan pengantin


Ni gambar ain, fatin syafirah & pengantin

   Lagi 2 orang takde.. iaitu, afifah manan & nabilah. Ada lagi gambar kami semua kat pelamin dengan pengantin. Tapi, gambar tu kat fatin. Dia pun tak bagi lagi. So, aku letak gambar yang ada je kat sini ye.. Ouhh.. ada lagi gambar kitaorang bersama. Ha, ni dia..

Ini gambar kami bersama2.. snap kat luar rumah pengantin.

   Okayy.. ni je gambar yang aku boleh masukkn dalam blog. Apepun, aku berdoa semoga Najeha & Syarafi kekal bahagia hingga ke syurga. Cuma nak pesan pada koranv berdua yang dah bergelar suami isteri ni belajar terima kekurangan & kelemahan pasangan masing2.. kalau lihat dia punya kekurangan sama2 perbaiki, sama2 menyempurnakan. Tolongg.. pesan aku jangan pernah tinggalkan pasangan anda. Jangan pernah membenci pasangan anda.. Bertolak ansur & sabar tu kena ada. Kalau pasangan kita kuat ego. Salah sorang kena mengalah.. Mengalah bukan bererti kalah. Tapi, lebih kepada untuk menyelamatkan keadaan, taknak bagi keadaan lebih ditahap kritikal.. 

   Okayy korang.. aku sayang korang kerana Allah.. Ukhwahfillah.. Aku berharap semoga perahabatan kita hingga ke akhir hayat. Doakan aku bertemu jodoh dengan orang yang dapat terima kekurangan & kelemahan aku, orang yang dapat guide aku hingga ke syurga. Aku pun mendoakan korang yang single akan bertemu jodoh dengan orang yang baik2.. k.. Assalamualaikum.. ^_^

Thursday, 27 July 2017

Hari Raya 02-07-2017

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Woaahhh.. dah lama tak update blog. I think adalah sebelum raya hari tu aku tak pernah update. Well..

Maybe, korang akan cakap "hidayah busy".
Noo laaa... i'm not busy pun. I just malas nak type guna phone ni je.. hahaha

   Memang niat dihati nak update macam-macam.. Lagi-lagi, kisah tentang raya hari tu. Tapi, everytime aku dah niat nak update, tak jalan pun.. Niat tu biar macam tu je. Hehehe...

   Okayy.. ni kisah tentang kawan baik aku kat IIC datang beraya last 2 week.. Well.. nama dia Safwan Malik. Korang nak kenal boleh pm..! Hahahaha.. takde lah aku gurau je. Last year 2016, ada dia datang beraya kat rumah & that is the first time dia datang you alls.. Dan.. this year is second time dia datang and dia bukan berseorangan k.. dia ajak kawan dia ex-student IIC jugak. The same place kitaorg study juga. Cuma dia lain kos dengan kami.. Fadhli namanya.. pun nak kenal boleh pm tepi. (sis joke k..).

   Ini je gambar yg kami snap.. kenangan aku dgn korang Raya 2017 ni..


 

   Let me introduce themselves ye.. yg kat belakang tu Fadhli.. dan yang kat depan tu Safwan. segak2 noh depaorang.. tapi, cantik lagi aku..!! hahaha.. sis gurau je.. sis kan suka syok sendiri. Muahahaha..


Disebabkan gambar ni, si Debab ni panggil aku Jembalang, hantu kain hijau. (Kuajaqqqq).. Tapi, sekarang melekat panggilan Langsuir. (Lagi kuajaqqq). Cili nak..??? hahaha.. Haishh.. Disebabkan dia gelarkan aku macam tu, aku pun nak jadi jahat gelarkan dia "Si Debab". Jahatkan aku.. (sekali sekala jadi jahat). Hehehe..

   By the way, thanks korang datang beraya rumah aku.. Ada rezeki ke sana, aku datang pulak beraya rumah korang.. InsyaAllah.. ^_^ 
Okayy.. penat dah aku menaip panjang2 ni. Aku mengundur diri dulu ye.. Kalau rajin aku update cter yang terbaru pulak. Bye2.. ^^


 

Saturday, 15 July 2017

Atas Nama Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

   Sekarang jam menunjukkan pukul 12.55 a.m .. Wahhhh... gigih ape pulak aku update blog pepagi ni..!! HAHAHAHA...

   Entahlahh tetiba baru terjaga dari tidur terasa nak update. Takde benda merepek pun aku nk update, just one song lyric only yg dari dulu aku suka lagu ni.. tajuk dia yang kat atas tu.. "Atas Nama Cinta by UNIC".. you know what..? Macam mana aku blh terminat lagu ni..! Semuanya ketika zaman study dulu. Dulu kat hostel (rumah kami 34-2-2 je) ada buat Usrah.. So, kak Aisyah (a.k.a Murabbiah) kalau ape2 aktiviti luar mesti dia ajak pergi.

   Kebetulan ada program (aku dh tak berapa ingat). But, most to ke arah perkahwinan lah tajuknya gittew. Dan.. dibuat di dlm UKM. So, macam biasalah kan, bila ada ceramah mesti ada persembahan lagu dari peserta. So, bila depaorg menyanyi lagu ni. Aku pun dh mula terminat. Dalam hati aku tika tu "woahhh.. lagu best, orang yg buat persembahan pun best. Tak mengecewakan.."

   Cinta tu maksud dia luas.. Cinta yg aku ingin perkatakan disini bukan cinta menjurus kepada manusia, tapi cinta yg menjurus kepada Cinta Ilahi.. Yang kadang2 kita terlupa, kita terlalai dengan semua ni.. Malas nk explain panjang2.. korang hayati bait2 kata lagu ni ye.. Rajinkan diri dengan membaca ye.. okay, bye.. <3

               




 

Friday, 16 June 2017

Yang Terindah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog. Tetiba malam ni terasa nak update. Tapi, tak ada mood nak type panjang2..

Korang, pernah rasa sedih & kecewa..?

Of course pernah..! Jadi, apa yang korang buat untuk hilangkan perasaan tu..? Apa ubat & penyelesaiannya..? Tell me..! Kita sharing together.

For me, kalau aku sedih & kecewa atas sesuatu yang berlaku, pertama yang aku fikir is "aku diuji". Yes.. kita semua diuji dengan pelbagai bentuk. Ada orang yang diuji dengan kemewahan, ada orang diuji dengan kemiskinan, sakit, kecewa, sedih. Happy pon adakalanya ia suatu ujian. Why..? Sebab, orang mudah lupa Tuhan bila datangnya pada dia sikap terlalu gembira sampai lupa Dia. Sebab itu Allah datangkan kesedihan pada diri kita agar kita sentiasa mengharap & meminta pertolongannya.

Kemudian, bila aku sedih & kecewa aku akan katakan pada diriku, "seandainya ini yang KAU datangkan kepadaku, aku redha. kerana aku tahu KAU akan memberi sesuatu yang terbaik untuk diriku."






Destinasi..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum..    Rasa macam dah lama tak update blog. Rindu plak nk share story kt blog sendiri. 😅 (over...