Monday 30 September 2019

Resepi Nasi Ayam


Bismillahirrahmanirrahim..


   Semalam, 29-09-2019 celebrate birthday abang yg ketiga. Plan menu tak tau nak buat apa. Mak tanya, nak masak apa. Kalau boleh buat untuk makan malam sekali. Aku nak buat nasi ayam penyet. Tapi, mak suruh buat nasi ayam. Sebabnya, anak buah sorang tu dah pandai makan nasi berlauk. Hmmm.. kuturuti jualah.

   Pastu, aku plan nak buat cocktail buah. Kuih keria tu on the spot dapat idea time beli barang dapur kat pasaraya CS. So, menu petang tu is Nasi ayam,  Kuih keria, Cocktail buah, Buah, & Chocolate cake walnut.

 
Chocolate Cake Walnut (sponsor by mak) 


Cocktail Buah (sponsor by aku) 


Nasi Ayam


Kuih keria & Buah-buahan







   Ni resepi nasi ayam style aku yang aku rasa paling mudah lah ni aku buat. Ni, kalau orang yang malas pun boleh jadi rajin. 


Resepi Nasi Ayam 

Bahan-bahan untuk ayam:

- 1 ekor ayam potong 4 (direbus air banyak) 
- 5 ulas bawang putih (tumbuk) 
- 3 hiris halia (tumbuk) 
- Sos tiram
- Madu

--> Ayam yang telah direbus sekejap, marinate dengan bahan tumbuk tadi, pastu masukkan sos tiram and madu.  Marinate dalam 1/2 jam or lebih pun okay. 
--> Pastu, bakar dalam pembakar yang dialaskan dengan Aluminium foil selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius. 


Bahan-bahan untuk Nasi:

- 4 pot beras (untuk 10 org makan) 
- 2 ulas bawang putih (tumbuk) 
- 2 hiris halia (tumbuk) 
- 1 sudu kecil butter or margarine
- 1 sudu kecil minyak masak
- pewarna kuning
- Air stok ayam
- 1 helai daun pandan
- 1 kiub ayam
- Garam

--> Panaskan minyak and butter/margarine. Kemudian masukkan bahan tumbuk. Dah kuning baru masukkan air stok ayam, pewarna kuning, kiub ayam, dan sedikit garam. (garam jangan letak banyak sebab kiub tadi pun dah rasa masin). Dah menggelegak tu baru masukkan dalam periuk yg berisi beras. Dan masukkan daun pandan untuk mewangikan. Dah masak, boleh hias dengan taburan bawang goreng, bagi menyedapkan lagi rasa nasi ayam tu. 

Bahan untuk Sos cili

- 8 biji cili merah (blend) 
- 5 biji cili api (blend) 
- 4 ulas bawang putih (blend) 
- Cuka
- Garam / gula
- Sos cili

--> Masakkan bahan yang diblend. Masukkan cuka,  garam,  gula n sos cili. Pastu pandai2 adjustlah rasa tu so that ada rasa masam, manis, n masin.. 

Bahan untuk kicap :

- Kicap kipas udang (manis) 
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 
- 2 hiris halia (ditumbuk) 
- air stok ayam
- tepung jagung (untuk memekatkan kuah) 

--> Masakkan air stok ayam, kicap, bahan yang ditumbuk, dan sedikit air tepung jagung. Kacau sehingga kuah kicap pekat. (make sure jangan terlalu pekatlah. Agak2 cair sikit okay dah) 

Bahan untuk sup :

- 2 ulas bawang putih (tumbuk) 
- 2 hiris halia (tumbuk) 
- Daun sup
- bawang goreng
- 1 kiub ayam
- garam

--> Masukkan air stok ayam tadi dan campurkan dengan bahan tumbuk,  kiub ayam, garam. Kalau rasa air stok ayam tu sikit. boleh campur dengan air biasa. Biar menggelegak. Last sekali dah masak, baru letak daun bawang n bawang goreng. (aku buat sup ni tak tumis n tak letak minyak pun. Sebab air ayam tadi dah berminyak lemak dah pun).

   Okay,  pastu hias lah dengan salad, timun,  n tomato.. Pastu, sedia untuk dihidangkan. Kalau korang tengok nasi ayam aku ni setiap bahan masakan tu aku masukkan bawang putih n halia.. itulah, rahdia penyedap rasa nasi ayam.. Simple dan mudah.. Boleh try and error okay. 
Bye.. 


Sekian 

30-09-2019 / 9.26 pm

Saturday 14 September 2019

Resepi Kek Marble


Bismillahirrahmanirrahim..


   Malam ni, ter extra rajin nak masak itu ini. Extra rajin tu sampai nak buat dua resepi kuih dan kek. Mula2 cakap dengan mak nak buat rempeyek. Tapi, bila fikir balik rempeyek ni lambat nau siapnya. So, aku decide untuk buat kek marble. For your information, aku tak pernah buat kek ni selama aku hidup 26 tahun ni. Chewah.. haha.. Tapi, disebabkan dulu pernah kak Siti (kakak kat tempat kerja aku), dia bagi kek marble ni. Terusss fuhhhhh satu bekas tu habis.😂 Serius aku cakap memang rasa dia sedap sangat. Btw, aku bukan peminat kek kering ni sangat. Sebab aku punya cita rasa adalah kek yang ada cream. Tak kisahlah kek coklat ke kek cheese ke, make sure mesti ada topping kat atas kek tu.

   Then, salah satu aku buat kek ni pun sebab dari facebook Azlina Ina Bakery. Aku suka part dia buat kek and tak lokek ilmu  share resepi kat orang ramai. That's why banyak yang dia post aku like. Sampai dapat anugerah "top fans" ko...!! hahahhaha.. ko hadooo ??? 😜

   Okaylah, resepi dan gambar dekat bawah ni ha.

Macam ni selang selikan adunan A and B


Pastu lorekkan buat corak supaya dekat kek dalam tu kelihatan cantik.


Dah siap bakar pun


Tadaaaaaa.... 


Cantik tak kejadiannya.. Macam versi baju Harimau Malaya kan??? hahahahaha... 



Resepi Kek Marble

- 220 gram Margerin 
- 180 gram Gula Aising
- 1 penutup Esen Vanilla
- 6 biji telur gred B
- 200 gram Tepung Gandum
- 20 gram Susu Tepung
- 1 sudu Baking Powder
- 1/4 Susu Pekat Manis
- 3/4 Serbuk Koko/Emulco Coklat
- Esen Pewarna (colour ape2 pun boleh) 


Cara Membuat:

- Mix kan Margerin dan gula aising
- Masukkan esen vanila dan telur satu persatu serta susu pekat manis. 
- Kemudian masukkan tepung, susu tepung, dan baking powder. Putar sehingga sebati. 
- Adunan yang telah sebati asingkan kepada 2 bahagian. 
- 1 bahagian masukkan serbuk koko. Kalau nak guna emulco coklat pun okay. Cuma aku takde benda alah tu so ganti dengan serbuk koko jah.
- 1 bahagian masukkan Esen pewarna. Ape2 warna yang ko rasa menarik tertarik kau memang da bomb pun boleh. Macam aku letak pewarna oren. 
- Dah settle this part, barulah sediakan loyang yang dilapik dengan kertas kek. 
- 1 layer adunan masukkan warna koko, kemudian atas adunan koko tadi letakkan adunan pewarna lain. Bergilir2 lah buat sampai kedua2 adunan habis. 
- So, boleh bakar selama 45 minit dengan suhu 170 or 180 darjah celcius.. 

Selamat Mencuba



15/09/2019
12.20 a.m

Sunday 14 July 2019

Idol

Assalamualaikum..


Aku tak tau kenapa sejak kebelakangan ni buka facebook, bila nampak cerita tentang kewangan, hartanah dan takaful aku eksited nak baca. Bagi sesetengah orang diorang tak care pasal benda ni dan agak kurang gemar membaca jika cerita ni keluar. Tapi, bagi aku satu keseronokan dan menjadi inspirasi aku tentang kejayaan mereka dalam bidang ini.

Yang aku selalu baca kisah ni semuanya dari anak muda yang sudah menjadi hebat dan berjaya semua.  Antaranya, Nur Aliah, Khairul Ezuwan, Harith Faisal, Azizul Azli Ahmad, dan Fikri Shazani.




Fikri ni adik kepada Harith Faisal dan dia pun masih baru nak up dalam bidang kewangan ni. Dia pun berbakat dalam sharing tentang ASB Financing. 



Lia Omey ni stokis minyak wangi Dexandra yang berjaya tau. Sebab umur dia baru 27 tahun tapi Asset dia ada sudah mencecah jutaan dinggit. Dah ada buka kedai sendiri pun. Paling aku suka story dia sharing pasal kewangan more to cara nak saving duit. 



Khairul Ezuwan ni pulak aku follow dia sejak kisah dia habis-habisan membanteras "Scammer" hartanah. Suara dia padu bila bersuara. Memang dia bagi kaw2 kalau orang yang terasa tu. Story dia banyak sharing pasal kewangan dan juga hartanah. Cara nak beli rumah.. Ada jugaklah input yang aku dapat setakat ni. 




Harith Faisal ni pun macam Khairul Ezuwan jugak. Kalau menulis, boleh buat orang sentap. Tapi aku baca pun wat lek wat peace setakat ni. haha.. Aku suka perkongsian dia juga pasal kewangan dan hartanah. 



Azizul Azli ni aku baru follow dia. So, bagi aku perkongsian dia pun macam yang mereka di atas tu jugak. Padu dan terbaik.. 



Aku suka baca pasal ASB Financing ni. Sebab, pembacaan aku setakat ni mengatakan menyimpan di Asb Financing ni lebih menguntungkan dari Asb biasa.. Menjadi perbezaan dia is Asb Financing ni lebih kepada saving secara paksa. Sebab apa??  Sebab kau pinjam dengan bank maximum yang aku baca dalam Rm200k. dan minimum dalam rm50k macam tu. Tapi kau boleh decide berapa kau nak pinjam follow kemampuan dan kelulusan pinjaman lah. Yang ni maximum kau boleh join pun only 3 years. After that, if lets say, kau nak terminate pun boleh. Dan sijil Asbf tu kau nak jual pun boleh. So kau akan dapat bayaran lebih lah. Berapa tu aku pun tak sure. Tapi Asbf ni kau dapat pulangan dividen yang menguntungkan. Seperti Asb biasa ni kau boleh simpan setiap bulan ikut suka hati kau. Kau taknak pun tak apa. Sebab kau takde komitmen perjanjian atau hutang dengan bank. So, ikut suka hati kau lah nak menyimpan atau tak. At the end of the day, kau sendiri yang rugi. Betul tak ???
Dan dividen yang dapat every year sedikit.


Pasal hartanah ni pulak, aku suka part beli rumah. Nak cerita lebih pun aku tak berapa pandai sangat.. Tapi, aku seronok baca. Sebab aku pun berkeinginan nak beli rumah sebenarnya. Tapi, bila aku tengok gaji aku yang tak seberapa mampu tu aku jadi down.. Aku tertanya pada diri sendiri. Boleh ke aku beli rumah sedangkan gaji bulanan aku sendiri pun tak seberapa. Tapi, tak mustahil pun kan at least kau menyimpan dulu. Bercakap pasal rumah ni, aku lebih prefer beli dari menyewa. Sebab, harga rumah setiap tahun akan naik. Takkanlah asyik menyewa dan menguntungkan orang lain je. Diri sendiri pulak yang rugi. Dengan gaji kau tak seberapa ni better aku rasa cari rumah lelong lah dulu. Ada pun bawah rm100k macam tu. Pokok pangkalnya kena pandai cari. Serious seronok baca tentang beli rumah ni. I hope one day jika dimurahkan rezeki aku dapat memiliki rumah sendiri. Aamiin...

Sekian..

Ahad 14/07/2019 - 9.57 pm

Wednesday 10 July 2019

Cerita Santai

Assalamualaikum..


Setiap orang kalau buat sesuatu benda mesti ada target to be achieve right?? Same goes with me. Almost 2 weeks aku duduk kat belakang tempat Purchasing (Shirley) semata2 nak siapkan kerja Kastam untuk Exemption SST. Awal dapat kerja ni disebabkan Boss minta aku tolong Mr Tee buat.

Aku pun okaylah. Maybe kerja biasa2 lah kot. Starting before Raya pengakhiran Ramadhan baru start buat. Serious aku okay je. Kerja tu macam kerja Account. Pengiraan stock mesti ada 'Opening Stock', 'Out of Stock', 'Closing Stock'. Tapi bagi aku yang susahnya, bila melibatkan every 'Raw Material Code Stock'. Guess what, aku ni bukannya Purchasing. Tapi aku kena amik tau sebab aku kena buat kerja tu semua.

Setiap stock berbeza unit price every month. So, kena tengok system lah jawabnya. Tapi, aku kadang-kadang termissed jugak benda tu. Malas nak perfect sangat buat. Sebab, Mr Tee ada kata. Benda ni tak semuanya everthing is perfect. Macam kitalah study dulu buat Account. Balance dah balance dah. Tapi, isi kandungan yang kita masukkan belum tentu betul right? Macam tu lah kerja aku.

Berbalik cerita aku tadi pasal 'target'. Before raya buat kerja ni until after raya dah settle yang bulan Sept - Nov. Sebabnya SST kan start berkuasa bulan 9 kan. So, berehat sekejap, aku duduklah tempat sendiri. Then,  last week. Mr Tee kata kalau aku free dah boleh buat benda tu dah. Aku pun okaylah. Lagi 4 bulan je lagi nak settle kan. Siap bagitau Manager semua dia kata okay. Aku pun berpindah kebelakang balik bawak laptop office aku.

Terkadang tu aku rasa aku ni macam 'bandaraya'.  Faham tak apa maksud bandaraya tu??  Maksudnya kerja kau tak setempat. Terkadang kehulu terkadang  kehilir. Frust gila rasa. Stressss!!! Aku tak suka kerja macam ni. Dah duduk kebelakang tu satu kira. Pastu, nak kena angkut bawak laptop, peralatan tulis tu rasa annoying gila. Entahlah aku nak cerita lebih pun orang lain tak dapat rasa. Aku je rasa sendiri.

Ha berbalik pasal 'target' tadi. (Psstttt..aku ni tak habis2 ulang ayat yang sama. Tapi tak masuk point pun lagi). Hahahahaha..  Rileks2.. Bawak bertenang. Nak baca ni perlukan kasabaronnn.. 😂😆 Okay continue. Aku start last week continue untuk bulan Dec-Mac. Then, minggu ni aku target nak settle kan kerja. Memang betul hari ni aku dah settle kan semuanya. Happy weyyyy rasaaaa... Aku dah boleh balik tempat aku sendiri. Syukur Alhamdulillah.. Dannn... sangkaan aku meleset sama sekali. Dahhhh pulak, Mr Tee & Shirley suruh aku continue untuk bulan April & May pulak. Padahal ka TV report sampai bulan 3 je. Dan aku punya Manager pun dah bertanya dah time lunch tadi.

"Dayah, dah siap dah kerja"

Aku menggeleng je. Tapi, memang aku nekad hari ni 10/07/2019 (Rabu), aku boleh settle kan semuanya. Tapi, inilah hakikat yang aku harus terima. Sakit hati + stress + rasa kerja part aku ni macam bandaraya tak macam orang lain. Duduk setempat je..

Orang lain pun ada bagitau aku, yang kerja ni sepatutnya bukan kerja yang perlu aku buat. Sebab, aku walaupun taklah sebusy mana. Tapi, aku banyak buat kerja Manager. Buat Quotation. Layan customer kalau call office. Pastu ganti Sales yang kat depan tu kalau salah sorang tak masuk. Semua kerja aku. Then nak buat kerja kat belakang tu pulak.!!! Padahal kerja tu Purchasing punya kerja.

Aku cuma terfikir. If one day, aku tak lagi bekerja kat situ. Aku rasa mesti kelam kabut jadinya. Dengan kerja Kastam tu aku kena buat. Dengan Manager, yang mengharapkan aku tolong dia buat kerja jika ada customer minta quotekan harga. Lagikan pulak, Salesman yang kerja kat luar selalu minta tolong aku buatkan quotation, check itu ini dalam system, Sampaikan si Rachel kata kat aku. "Dayah bila kerja you nak siap. Saya sudah rindu sama you tau. You tak ada saya susah hati dengan Quotation banyak nak kena buat". itu ayat dia haritu cakap dengan aku. Pastu nak ganti pulak Sales yang salah sorang tak datang. For sure, mesti kelam kabut punya.

Hmmm.. ada staff yang dah lama bekerja pun langsung tak diberi tunjuk ajar menggunakan system. telefon tak boleh diangkat. Entahlah... bagi akulah kan jujur aku cakap. Company sebesar mana pun, jika management low rating tak kemana aku rasa. Dengan sekarang ni Sales dah berkurang. Entahlahh.... Aku just doakan untuk diri aku sendiri semoga ada sinar baru untuk mendapat pekerjaan yang baru ditempat yang baru one day, InsyaAllah.. Dan aku bersyukur bila peluang diberikan disini benda yang aku tak tau serta merta banyak yang aku dah belajar dan aku tau. Even time mula masuk kerja dulu aku sering dipandang rendah oleh orang yang dah lama bekerja dari aku. Ayat2 sinis pun dah pernah kena. Dimalukan pun sudah. Apa lagi?? Semua kerana aku budak baru dan tak tau apa2.. But, itu semua dulu not now.

Hmmm.. okaylah dah macam panjang lebar pulak karangan ni. Entahlah, just tetiba je rasa nak bercerita kat blog. Cerita santai2 je..

Sekian...

10/07/2019 - 10.35 pm

Sunday 7 July 2019

Weekend time to hang out with Family

Assalamualaikum..

Hari ni weekend 07/07/2019 (Ahad)  plan duduk rumah nak buat nasi ayam penyet. Tapi tak kesampaian sebab keluar tadi balik dah nak maghrib.

Pagi tadi aku tanya kat abang aku.

"semalam kak ifa kata nak pergi Eco Rm2 tak pergi ke?".

Tujuan aku bertanya sebab sebelum2 ni kak ifa ada sebut pasal nak pergi Eco ni. Semalam, sabtu pun ada kak ipar ajak pergi. Tapi, disebabkan aku pun nak keluar beli barang dapur sikit. So, aku tak ikutlah.
Tetiba tadi abang aku tanya.

"kau nak pergi, jom lah"

Hohoho.. dah orang pelawa, aku on je.. sebab tempat itulah "syurga shopping" bagi aku. 😂 Murah pun murah.. So, ada banyak barang yang aku beli. Tapi ini adalah antaranya.















Aku suka corak dia. Banyak lagi corak sebenarnya. Tapi aku lebih interested dengan corak ni. Sebenarnya, aku terimpikan benda ni sebenarnya. Jika one day aku ada and duduk rumah sendiri. Aku nak perkakas pinggan mangkuk aku berasas "Aluminium/Metal". Tapi bukan kaca berat tu tau.! Sebab aku tak suka beli benda seperti kaca yang berat. Fobia takut terjatuh.. Yelah, kalau pecah siapa nak ganti?

Pastu, aku suka pinggan mangkuk tu 1 set kalau boleh sama corak. Macam kat atas tu lah. Sangat cantik kan?? Tadi ada lagi mangkuk dan gelas yang sama corak. Cuma aku tak ambik je. Mak aku siap cakap lagi,

"kamu kalau nak beli perkakas pinggan mangkuk 1 set sekarang ni pun boleh. Beli dalam 10 set macam tu buat simpan dulu. kalau dah duduk rumah sendiri nanti senang. Barang dah siap ada."

Kan..??  nanti nak borong pinggan mangkuk yang murah2 boleh je pergi Eco shop Rm2.10 kat mana2 branch yang ada jual eh..

Sekian

08/07/19 - 12.30 am

Friday 26 April 2019

Someone Special Coming At Home 14-04-2019


Assalamualaikum..


   Malam ni terajin update cerita pulak. So, kisah dah lama cuma nak cita santai2 ja... Nak baca dipersilakan. Taknak pun takpa. Sebab aku jenis tak kesah. Nak stalker baca pun boleh no hal. HAHAH 😂

   Okaylah, hari ahad yang lepas Si Dia datang ke rumah. Katanya nak bagi barang. Pastu, siap kata lagi kol 3 dia datang. Aku ni bila orang kata kol 3 nak datang. Otak aku fikir, kol 3 tu kuar rumah. Then, time tu baru balik beli barang dapur kat pasaraya CS, aku rehat lama sikitlah. Kol 1 baru aku masak makanan untuk hidangan. Dan aku fikir masak ni dalam 1 jam macam tu dah siap dah. Huh, salah tekaan aku. Nak dekat 2 jam baru settle. 🤗

   Tepat kol 3 after aku siap2 masuk bilik tengok ada satu whatsapp. Buka2 rupanya dari dia yang tertulis

"dah sampai dayah"

Aku punnn.. what ?? cepatnya sampai. Ingat kol 3 baru gerak. Sambil tu reply lah suruh org masuk dulu. Kesian kot, beberapa minit duduk tunggu kat luar tu. Adoiii.. 😂

"jemputlah masuk"

Guess what, apa dia reply.

"Segan.. balik jelah"

HAHAHAHA!!! aku gelak je baca. Tapi, dia bagus. Segan2 pun sampai gak kat rumah. Dan aku time tu dah kelam kabut. Satu benda pun tak siap lagi. Nasib ada abah aku. Borak2 lah dulu jadi teman dia. 😂

   Makanan hidangan simple je mee kari. Sebab,  aku fikir dia datang pun asyik hidang mee goreng,  kue tiaw goreng. Hahaha.. so try hidang lain dari yang lain.

Mee kari airtangan aku.. Fuhhh.. 


   Settle semua, Teman dia dok makan sambil berborak. Pastu tanyalah dia barang apa kata nak bagi. Sekali tengok Abah aku dah keluarkan dulu dah barang tu dari plastic. So cita dia tak jadilah surprise kan. 😂 Takpe2, aku okay je. Ce teka apa dia bagi ???



Taraaa... Kopi Habbatus Sauda. Campuran susu kambing sekali. Sangat sedapp serious i talk. Lagi2 aku penggemar kopi. 😋



See..  siap bawak bekal roti dengan air kopi ni untuk lunch lagi. 


   Kopi ni ada 20 sachet dalam kotak. Dia belikan kat tempat kerja lama dia. "Kilang Tok Ali". Harga sebenar Tak silap Rm30 kot. Sebab dia kerja kat situ dapatlah murah Rm15. Tapi, kopi ni tak tahan sampai sebulan pun. Buktinya, hari ni dah habis sekotak tu. 😂😂 Ha kau.. bukan besher-besher tu. Sekali yang join melantak sama mak abah aku. 😄 Lagi satu dia ada bagi keychain from Thailand. Rajin betul travelnya. And akuu.. seorang kaki duk rumah. Haha.. 

   Berbalik pada cerita tadi. After makan, dok lah suruh dia bercerita. Disebabkan dia pun tak selesa bila Abah aku ada kat situ dengar cerita dia. Ajaklah duduk kat pangkin bawah khemah kt luar tu. Suruh dia continue bercerita. Sebab aku takde cerita yg nak diborakkan. 😂 Dekat whatsapp je gempak bercerita. Bila face to face hilang semua memory. haha.. 

   Lama jugak lah duduk kat luar sambil berborak ni. Mau sejam lebih jugak kot. Then.. dia bagitau hujung tahun ni dia nak g travel kt Japan dgn kawan2 dia. Guess what, tambang pergi balik dalam RM 4k something. Fuhh.. better aku simpan duit kt ASB camtu. Bertambah gak duit aku.! Tapi, takpelah nak feel experience kat tempat orang kan. okay je. kira reward diri jugaklah kan. 

   Anddd... after 2 or 3 month after he come back from travel. He wants to ......... (isi tempat kosong) . tetttttt.. Dia nak dtg rumah laaaa...! Sambut beraya Gong Xi Fa Cai kt rumah kot.! 🙊 Aisehh.. hahahahhh.. 😂 Okay lah done story... Malas cter lebih2.. Bye



Sekian.. 
26-04-2019 / 11.02 pm

  

   

Saturday 2 March 2019

Birthday Bapak 02/03/2019


Assalamualaikum.. 


Semalam Celebrate birthday abah Jamaluddin Bin Hj. Sapie yang ke-65 tahun.. Before orang lain plan nak mkn ape memang aku dah plan semuanya sebelum tu lagi. Tapi 80/100 je terlaksana. 


So antara menu yang buat semalam is -
1) Mee Bandung
2) Nasi Goreng
3) Ayamas Goreng
4) Cocktail 
5) Kuih Keria Gula Melaka
6) Kek Indulgence (Secret Recipe)
7) Air Tembikai




Mee Bandung



Antara ini resepi malam tadi. Btw, Mee Bandung ni aku follow resepi dari facebook Chef Fazly. Before this memang ada buat mee bandung tapi buat letak keledek. But this time ada sikit kelainan sikit. Apa yang lain is ada letak 'udang kerang'. Then, ada yang letak kacang tanah. Ntahlah kat resepi ni takde pula letak. 


Nak resepi ??


Click ja link ni..
👇👇👇👇👇👇


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2004090162946003&id=1971292206225799

Resepinya, lebih kurang ja rasa macam aku buat. Ouh ya, kalau nak lagi sedap kulit udang tu korang rebus sekejap. dah sejuk airnya korang blend sekali dengan kulit udang. Kuah tu kalau boleh agak2 lah. Jangan terlalu cair sangat n jangan terlalu pekat sampai takde kuah langsung. Boleh cuba. 


Sekian..
03/03/2019
10.17 a.m


Friday 15 February 2019

Angpow CNY


Assalamualaikum






Minggu ni sempena Chinese New Year memang musim orang bagi Angpow. Terkadang tu rasa macam malu pun ada. Yelah, dah besar pun dapat Angpow. Bagi aku sebagai seorang Malay memang agak malu lah, sebab perayaan kita pun yang dah besar dan sudah bekerja ni bukan lagi boleh dikategorikan boleh dapat duit raya dah melainkan Boss yang bagi pada semua staff tu yelah.


Tapi, bagi Chinese memang diorang punya adat or style akan beri pada sesiapa sahaja. Tak kira pada yang kecik masih bersekolah atau yang besar dah bekerja. Melainkan, mereka itu 'single' lagi. I means mereka2 yang 'belum berkahwin'. Yess... itu adalah adat diorang. That's why lah aku dapat. 😅


Whatever it is aku ucapkan berbanyak terima kasih pada Boss, Charmaine (HR), Mr Tee (Purchasing Manager), Chen (Sales Executive), Jolene (Account), Darren (Sales Executive), Rachel (Sales Executive), Shirley (Purchasing), Sk Tan (Sales Manager).


Ehhh guess what, hari ni aku tak sangka dapat Angpow dari aku punya Manager seyhh.. 😂  Citer dia macam ni. Tadi, aku tengah print out email enquiry dari customer. Ya Allah, giler lembab paper tu nak keluar. Aku menunggu macam apa dah kat Machine Printer tu. Pastu, si SK Tan ni panggil lah aku. "Dayah mari sini kejap". Aku yang dengar sambil menunggu beberapa helai kertas print out ni keluar pun buat pekak dulu. Tak berganjak lagi. Pastu dia datang tgk kiri kanan pass Angpow kat aku. Kah.. aku pun macam 'krik3'.. Serius lah SK bagi aku Angpow. Mana pernah lagi kot. Yup, kau tanyalah staff kat situ yang Manager aku ni macam mana. Diorang akan kata sejenis yang 'kedekut'. But please aku tak kata dia tak bagi Angpow sebelum2 ni dia orang yang kedekut. Takkk sama sekali !! Aku pun tak kisah nak bagi or tak. Tapi, still rasa tak percaya tengok SK tu pun ada. Tetiba je baik bagi kan. huhuhu.. Btw, thanks to All. Terasa diri macam budak kecik pulak dapat Angpow.


Wishing to All of you Happy Chinese New Year, Gong Xi Fa Chai and Xin Nian Kuaile.
xiexie ni..! 😘


Sekian..
15-02-2019
11:57 pm

Sunday 10 February 2019

Lunch ShellOut


Assalamualaikum


Semalam 09-02-2019 (Sabtu) ai try buat shellout you all.. plan memang dah lama dah nak try buat. dari tahun lepas lgi. Cuma kufikirkan duit nak beli brg seafood je. Yelah ketam, udang,  sotong kan mahal.! Tapi, rezeki lebih dan murah aku try jgk lah. Dari dok fikir2 nak buat nak buat tapi tak terbuat2 jgk last2 fikiran tu asyik fikir benda tu jgk. 


Resepi ni aku amik dari IG 'Yatiekitchen'. Dia ni bekerja sbg chef kat Hospital Gleanegles. Dan dia ni dah buat buku resepi sendiri tau starting tahun lepas (2018). Bila korang tgk IG dia mmg penuh dgn masakan. Tapi yg aku suka ttg dia ni tak lokek ilmu share ttg resepi yg dia buat. 


Bercerita ttg resepi shellout ni, gigih aku cari ketam kat Pasaraya CS. Siap pesan kat mak lagi suruh amik ketam, udang, sotong, kerang sementara aku cari barang dapur yg lain. Last2 mak ckp ketam dgn kerang takde. 😑 Pastu, settle semua bayar, singgah jap pgi cari kat Mydin. Pun mcm tu jgk lah. keluar dgn perasaan 'Hampa'. Ehh mmg time skrg bukan musim ketam and kerang ke cmne ni.?? Time taknak ada je melambak kt pasaraya tu. haishhh... 😩


Last2 pegi cari kat Kedai runcit Acheh baru lah ada dua2 ni. Harga pun boleh tahan. 3 ekor ketam je dah RM35. huhu.. tak boleh makan selalu ni. Habis rabak duit pocket kau. 😅 Total semua termasuk kerang dah sampai RM50. Takpelah aku tak kesah. Bukan selalu pun nak makan mewah mcm ni.


Ni penuh satu bekas besar dgn udang, sotong, ketam, lala, n kerang. rebus dulu ye.!


Ni gmbar yg dh masak. 


Haha.. yg lawaknya Abah try makan ni sampai mengalir hingus kt hidung. Pedasss weyyyy..!! Asalnya, aku nak letak serbuk cili sikit je. Aku takde sukat eh main letak je. Pastu, tgk mcm sikit mesti tak pedas ni. Letak lah lagi. Dgn lada putih n lada hitam nya kau letak mmg berdesing lah telinga bila makan.. Sorry to my family. Next time cuba improve lagi. 😂😂😂


Nak resepi ke??? Nah amik ni. 


Resepi ShellOut

- udang /ketam /sotong /kerang /lala (depands pada korang nak letak seafood yg lain pon boleh. no hal). Rebus sekejap ye. Jgn lama, nanti hilang manis seafood korang tu. Dan air rebusan tadi jangan buang.!! Ada gunanya nanti. 
- brokoli /jagung (tak letak sbb takde ganti bunga kubis je) (direbus sekejap) 
- bawang besar 2 biji (blend) 
- bawang putih 1 labu (blend) 
- udang kering 1 genggam (blend) 
- rempah kari ikan (kecik) 
- rempah kari daging (kecik) 
- rempah kari udang (kecik) 
- serbuk cili (1 sudu kecil)
- serbuk lada hitam (1 sudu kecil) 
- serbuk lada putih (1 sudu kecil)  
- garam / bahan perasa / gula
- air stok seafood

Cara Membuatnya :-

- Panaskan sedikit minyak dan butter
- Masukkan bawang besar, bawang putih, dan udang kering yg telah diblend tadi. Masak sehingga naik bau. 
- Kemudian, masukkan 3 rempah tadi semuanya, serbuk cili, lada hitam dan lada putih (ni kalau masak bnyk. kalau korang masak sikit kurangkanlah rempah tersebut. Senang kata 'agak2') 
- Masukkan air stok seafood tadi. Kacau sehingga pecah minyak. 
- Pastu, masukkan garam, bahan perasa, gula. Kacau2 baru masukkan bahan seafood tadi. 
- Done. sedia untuk dihidang

#Make sure Sambal shellout tu jangan lah masak bagi kering sangat. Bagilah berair sikit. Kalau boleh masukkan air stok seafood tu. Bagi rasa aura manisan seafood tu). Okayy you alls resepi dah bagi. Nanti try lah buat kat rumah.


Sekian

10-02-2019
9:19 pm

Saturday 9 February 2019

Event Sempena Chinese New Year 2019


Assalamualaikum


05-02-2019 bersamaan dengan hari Selasa hari tu Abg aku yg kedua (Wafi) ada whatsapp aku untuk joint dia, Kak Ifa and Dhia g suatu tempat ni. Then, aku tanya nk g mana. Dia kata 'adalah'. Hmm.. i guess mesti nak g shopping mall ke atau g kuala selangor tgk monyet ke kan. Takpelah aku pun kata yg aku on. Pastu suruh bersiap2 dulu. 


Tibanya, pusing kemain pusing jalan rupanya pgi Zoo kat area Seri Kembangan. 'Farm in the City'. My god, you know what. Aku tgk harga masuk kt kaunter mcm mau patah balik taknak masuk je. Mahal kot..!! Normal price pun dah rm58. Inikan pulak discount Rm39. Boleh kenyang makan KFC 2 box. Haishh.. bagi aku sgt mahal. Tapi, disebabkan abg aku sponsor bayarkan. Kita pun masuk jelah. 😂



Mahal kan? 


Itik yg aku sgt terkejut coz muka dia mcm hantu jepun mcm cter p.ramlee.😂












Aku suka gmbar ni. Apa nama ntah pakcik ni. Serius kalau pgg bulu dia mcm pgg baju panas tu versi bulu kambing. lembut mcm tulah dia. 


And the last trip, aku hanya mampu belanja Ice Cream Magnum. Teringin nk mkn kot. First & Last aku makan. Rasa dia takdelah mengagumkan mana pun. Lagi sedap ice cream yg aku mkn perisa kacang vanilla mcm cornetto tu. Lagi sedap. Tapi, okaylah nak try kan. 


Pastu, nak dekat kol 4.30 pm baru sampai rumah untuk rehat2 dulu sebab malam tu ada makan besar kat luar. (sekali sekala belanja family. rezeki cny) 😁


First plan nak g 'Ana Ikan Bakar Petai'. Sebab aku mmg request dgn abg aku ptg tu nak mkn kt kedai yg ada ikan bakar. Itu yg dia google cari tempat ni. So, sampai2 tgk tmpt full glerr.. (penangan petai maybe) 😂. Terpaksa lah beralih plan seterusnya g 'Restoran Tasik Idaman'. Jauh sikit la area nya. Nak dkt kol 10 mcm tu bru sampai kot. 


Menu mcm biasa, tak lain tak bukan :-
 1) Ikan Siakap 3 Rasa
2) Ikan Bawal & Tilapia Bakar
3) Tom Yam Seafood & Ayam
4) Telur Dadar
5) Kailan Ikan Masin (yg ni sayur dh habis katanya) 
6) Jus Tembikai & Air Kosong
7) Nasi Kosong


Restoran Tasik Idaman


Our Menu

Otak-otak sebelum tunggu menu sampai


Okay, ni aku tgh pilih ikan & menu apa yg nak buat. So, korang yg baru sampai pintu masuk terus pilih ikan dulu ye. Takut habis plk nanti and apa menu korg nak masak. Kat sini banyak jenis ikan & seafood. Selebihnya order selain dri ikan ni korg boleh order kt meja tmpt korang duduk tu. Nanti waiter dtg meja & akan serve korang.


Permandangan kt Tasik Idaman. Tak dpt mkn situ coz sudah full. 




Amik gambar dulu buat kenangan dgn family. 😘😘😘


Overall aku sgt berpuas hati bila tgk emak, abah n yg lain kenyang. siap bertambah bnyk kali lgi. especially my abah. nak tau makanan tu sedap or tak tgk pada berkali dia makan. kalau tambah bnyk kali tu kiranya sedaplah tu. haha 😂 . Harga sangat berpatutan n murah3 sgt. Aku sgt suggest kalau nak g makan tmpt murah2 boleh dtg kt sini. Serius lebih murah dari yg aku makan kt Restoran Terapong tu. Aku budget dlm Rm300 sahaja. Tapi, kira2 bwh Rm300. So murahlah kan. Alhamdulillah, berkongsi rezeki. Next year, kalau dpt bonus lgi. Belanja tmpt lain plk ye.  😉


Sekian.. 


09-02-2019
10:06 pm


Friday 8 February 2019

Birthday's Celebration Opah & Dhia


Assalamualaikum

Event dah lepas pada 03-02-2019 (Ahad) tapi still nak update jugak. Bukan tak ingat nak update tapi MALAS!! 😂


Yang ni first time aku jadi 'Birthday's Planner' untuk anak buah aku yg first. Sambil tu buat sekali birthday Mak pada 02-02 yang berbeza cuma satu hari. Gigih no aku hias tau. Sampaikan boleh kena 'high blood pressure' rasanya. Dengan tali yg dh bersangkut asyik jatuh je. Belon plk dah stick kt kain lagi buat hal asyik jatuh memanjang. Tapi, nk buat guana. Sabor je hati.. 😇

Event malam tu menu simple je.
1) Kek Chocolate Walnut
2) Pizza
3) Cream Puff
4) Koktail
5) Nasi Goreng
6) Air Sirap


Aku hias sendiri..




Pizza sponsored by Along


Cream Puff sponsored by Kak Nurul


Happy birthday my love, Opah & Dhia
😘😘😘


Kek sponsored by Abg aku (Wafi) 


Ouh ye, Koktail tu (sorry takde gambar satu2) sponsored by Mak. Dan aku tukang buat je. Aku sponsor Box pizza yg ada ayam, roti cheese, nugget dlm tu. Tak tau nak panggil apa nama ntah. 

Overall, mmg kenyang kot time tu. Semua aku nak rasa. Semua aku nak bedal rasa. 

InsyaAllah, next celebration Abah & Abg aku yg first akan buat lain menu plk. Pssttt.. abg aku ni tak berapa nak suka kek coklat yg bnyk cream coklat tu sgt. Tapi, hri tu dia ada request kek black forest yg aku buat (aku ada posted kt blog b4) versi aku sendiri yg letak jem strawberry tu. 🍓 Okay, nanti aku buat. InsyaAllah..

Sekian


08-02-2019
10:55 pm

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...