Saturday 12 September 2020

Dari Kawan Menjadi Teman

 Bismillahirrahmanirrahim..


Okay tajuk kali ni aku nak cerita kisah perkenalan aku dengan Mr Tunang dari awal kenal sampai dah bertunang ni. Ada orang ingat relationship kami ni bermula dari study. No..No..No.. Sini aku cerita.


Ni time first sem 2011. Class Financial Accounting 1. Kebetulan lelaki dalam kelas tu diorang berdua je. HAHA.. Maknanya dialah kawan lelaki yang aku kenal first. Tapi aku tak rapat sangat dengan dia. Aku dengan member2 aku ja.. Kalau nak ajak sembang tu takdelah rancak sangat. Sepatah tanya sepatah jawab. Gittew..


Time ni ambil gambar dengan Farahin. Class Intermidiate English 1. Tak sedar pun dia ada dok masuk dalam frame sekali. HAHA.. Dulu tengok gambar ni biasa2 ja. Tak rasa apa pun. Bila dah jadi Tunang. Eh tak sangka berjodoh pula 2 orang ni. HAHA



Time ni sama usrah. Apa tajuk aku dah lupa dah. Tapi, usrah ni kena buat aktiviti kemasyarakatan. So, group aku berkumpulan dengan group Safwan. Setiap group kena lantik seorang Presiden. Dialah yang kena lantik dengan our group. HAHA





                                                       

Waktu ni lepas habis Rehearsal Convocation 2015. Kita orang amik gambar sama2 dengan Farha a.k.a Kak Long. Kalau ditanya time ni kitaorang ada apa2 ke amik gambar sama2..?? Of course lah TAK. Amik gambar berdua pun sebagai kenangan je lepas habis belajar kan dah tak dapat jumpa dah. (KONONnya) lah kan.. HAHAHA.. Time ni pun kitaorang dh jadi kawan rapat gitu (kawan baik). Kalau tanya aku pasal perasaan kat dia. Seriously aku kata aku langsung takde perasaan kat dia dulu2. Dari mula belajar sampailah dah habis belajar. Bagi aku dia hanyalah kawan lelaki yang aku kenal dan aku selesa dan boleh masuk (berkawan) dengan dia. 



Ni time aku takde hp canggih lagi. Whatsapp pun takde. So, dia nak chat tanya pasal Assignment ke wish birthday ke semua kt FB. HAHA.. Start dari sinilah aku rasa kitaorang dah mula nak rapat. Dah habis belajar baru rapat eh. Baru nak HUA HUA kt FB. Time belajar langsung takde gitu. Tapi aku still anggap dia kawan baik aku. Time ni beberapa bulan baru habis belajar. Dia chat tetiba. Sebelum2 ni takde plak nak wish birthday aku pun. HAHA.. Tapi, tak sangka eh dia still ingat dan wish birthday aku. Siap bagitau aku lagi yg dia nak masuk belajar IUKL. HEHE




Time ni pun still anggap dia kawan lagi. Ni first time dia datang beraya rumah aku time 2016. Seingat aku time dia datang. Kak Ina seberang dulu datang beraya. Dengan tak pakai tudung tetiba kawan aku datang. Kelam kabut Kak Ina cari tudung. HAHAHA.. Tak boleh lupa aku kes ni.




Ni time Raya tahun 2017. Eh bawak kawan plk dia ye. Yg si Pali ni sampai rumah aku segak berbaju Melayu. Amik gambar kat luar buang terus baju melayu dia tu. Panas agaknya pakai baju double. HAHA.. Ha, time ni lah aku kenal Pali. Sebelum ni dah kenal dh time study dulu. Tapi kenal2 camtu jelah. Balik je diorang , malam tu si Pali add friend aku kt FB. Baru aku tau perangai dia ni suka buat lawak loyar buruk.. HAHA.. Tapi dia baik je. Perangai dia je cmtu. 


Ha time ni lah aku baru mula nak ada perasaan kt dia. Tapi time tu dia tak tau lagi. bila fikir balik hmm kawan jelah.. Dia pun takde pape, aku yg syok sendiri plk. Ntah dia pun ada someone lain ke. Kita mana nak tau hati dan perasaan seseorang kan. Cumanya bagi aku jangan letak harapan terlalu tinggi kat seseorang. Takut at last kita sendiri yg kecewa.

Tapi bijaknya aku ni aku minta tolong kawan aku dan juga kawan dia juga (IKA), tolong risik2 kan. HAHA.. Many thanks juga kat ika sebab tolong kitaorang. Ni conversation ika dengan si dia.




PART 1




PART 2


PART 3




PART 4




Raya tahun 2018.. Ni officially kitaorang dah dalam relationship. 



Yang ni Raya tahun 2019. Time ni lah dia kata dengan aku hujung bulan 12 lepas balik dari travel dia nak datang meminang tahun depan (2020). 




Ha gambar raya tahun 2020 ja takde. Asalnya dia nak datang time raya bincang utk tanya pasal nak masuk meminang. Sebabnya musim covid19. So tak boleh nak rentas negeri. Cancel plan disitu. Ni time bulan 7 hari tu dia baru dtg minta izin mak abah nak meminang anak orang. HAHA




Taraa... Alhamdulillah, selamat juga bertunang. Even lagi beberapa minggu nak raya haji, Menteri kata  buat kenduri tak boleh ramai. maksimum 20 orang sahaja. HAHA.. Kau rasa ??? Benda dah plan lama. Tetiba kata gitu pulak. Nasib rumah aku ni tersorok sikit. Berjalan lancar jugaklah majlis. Btw, kitaorang follow SOP ye. Kerusi dijarakkan, pakai mask of course.


Itu jelah kisah kitaorang. Alhamdulillah, Semoga dipermudahkan urusan next step kitaorang seterusnya. InsyaAllah.. Semoga perhubungan ini berkekalan sehingga ke pengakhiran hidup kami & Jannah. Amiin.. 



Sekian..
13/09/2020 - 12.35 am


Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...