Sunday 28 May 2017

Menu Puasa 28-05-17

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t ....

   Petang tadi aku kata nak buat nasi kerabu kan..?? Okay.. ini lah hasilnya..






   Rupa tak cantik.. tapi, rasa boleh lah masuk dengan tekak aku.. adalah rasa dia sama dengan yang beli even not 100% .. hehehe.. Aku puas hati mencuba resepi dari "Azie Kitchen". Terima kasih kepada empunya blog.. At least, aku mencuba & aku tau bila aku rasa nak makan aku dah boleh buat sendiri, air tangan aku sendiri..

TERIMA KASIH YANG EMPUNYA RESEPI, TERIMA KASIH YANG MERASAI NASI KERABU AIR TANGAN AKU..

Saturday 27 May 2017

Menu for Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t ..

   Apa khabar anda semua..? Bagaimana dengan puasa untuk hari yang kedua ini..? Baik ataupun Lebih Baik..? Alhamdulillah.. semoga puasa ini menjadikn kita lebih baik insyaAllah..

   Baiklah, puasa ni kadang-kadang takde idea nak masak & nak makan apa kan..? Patut lah orang kata soalan sebegini is complicated question.. hehehe.. Tapi, hari ini aku nak try buat nasi kerabu lah pulak.. Maybe, sebab aku search tengok bahan-bahannya is simple. So, i decide to make this menu for today. Tetapi, i need to inform my mother first. Okay ke tak menu untuk berbuka ni..? Karang aku buat, depa kata takdak org makan lah, dah ada menu lain lah. Ceq mana nak tau kan..! huhu..

   Okay, actually this recipe for nasi kerabu aku amik dari "Azie Kitchen". Aku suka bab search resepi ni tengok pada her blog. Sebab, cara kak azie ni share recipe dari blog dia, dia show step by step tau. Siap ada gambar masakan yang dia buat lagi. (Terliur ceq tengok) and that's why lah aku cepat faham..

   Aku selalu dengar orang kata budu..budu..budu.. Tapi, aku tak tahu apa rasa budu..? Aku pernah je beli & makan nasi kerabu yang orang kelantan buat. Tapi, aku makan takde rasa lain pon.. Biasa je.. Siap aku tanya kak faizah lagi (staff in my office) macam mana rupa budu. Katanya, yang warna coklat2 tu, itu lah budu. Ouhh.. but, i don't really know it. So, hari ni nasi kerabu aku try buat letak budu (kalau ada dalam peti sejuk lagi).

   So, korang yang tak tahu menu berbuka apa nak buat boleh la search tengok menu yang simple & sedap2 yang boleh korang buat ok..!! Tak salah mencuba something news. But make sure, if you're first time buat resepi baru. Elakkan buat terlampau banyak. Karang tak pasal2 membuang ke dalam tong sampah.. Jangan Membazir yee...!! Amalkan hidup bersederhana, jangan tamak.. Okay, akhir kata ... Selamat Berpuasa..

Wednesday 24 May 2017

Wanita Dambaan Syurga

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Hai.! Dah lama tak update blog (lama lah sangat). hehehe.. okay, korang tau kan aku nak citer pasal ape ni..? Tu tajuk kat atas tu ade. "Bidadari Syurga". 

   Baiklah, siapakah bidadari syurga yang aku maksudkan ni ialah Ainul Mardhiah yang bermaksud "Mata yang Diredhai". Bilamana dikatakan dengan word of 'bidadari'. Akan ada yang terfikir, 'kecantikan'. Am i right..?? Ye.. sebab wanita dan kecantikan berpisah tiada. Wanita bila nak nampak cantik, akan ada yang bermake up, pergi salon buat rambut bagi nampak cantik. Kerana apa..? Kerana ia adalah FITRAH bagi insan yang bergelar wanita. Tetap, bagi kisah Ainul Mardhiah ini dia bukan cantik kerana bermake-up, atau pergi salon bagi nampak cantik.. Tidak sama sekali..!! Kecantikan yang dia perolehi adalah kecantikan natural. Dan kecantikan dia melebihi kecantikan Neelofa, Siti Nurhaliza. (mereka pon cantik juga)

   Bidadari syurga ini bukan sebarang-barang orang boleh dapat. Tetapi, Nabi kata "sesiapa yang keluar dijalan Allah, tiba-tiba dia mati syahid akan dianugerahkan dengan bidadari yang cantik daripada dikalangan bidadari syurga". Indah bukan..?? (Aku pulak yang rasa teringin). hehehe..
Jadi apabila, ada seorang pemuda yang mendengar kata-kata Nabi, dia berasa teringin nak tahu macam mana lah kecantikan bidadari syurga yang Nabi perkatakan ini. Tetapi, pemuda ini berasa malu nak bertanya pada Nabi & sahabat-sahabat yang lain. Biarpun malu, dia tetap mendaftar dirinya keluar berjihad di jalan Allah bersama-sama Nabi & para sahabatnya.

   Baiklah seperti kita tahu, tidur sebelum Zuhur itu Sunnah.. Jadi, cara Nabi sebelum zuhur, baginda akan tidur sekejap didalam masjid. Dan.. sahabat dan pemuda tadi pun bersama-sama tidur juga didalam masjid. Didalam tidur tadi, pemuda ini bermimpi bertemu dengan seorang bidadari yang kecantikannya lebih cantik daripada dikalangan bidadari syurga. Dan.. itulah Ainul Mrdhiah.. Berbalik kepada pemuda tadi, dia bermimpi berada di sebuah tempat yang indah dan bertemu dengan seseorang yang pakaiannya cantik, bersih dan mukanya berseri-seri. Dan pemuda ini bertanya kepada lelaki itu.

"dimanakah aku sekarang".?

Lelaki itu menjawab..
"kamu sekarang berada didalam syurga".

Dan kerana dia berasa ini adalah peluang yang bagus, dia bertanya kepada lelaki itu:

"Tuan, saya berhasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah, bidadari yang paling cantik dan yang paling jelita seperti yang Nabi katakan tadi".

Jawab lelaki itu:
"kamu pergilah dipohon sana. Bidadari yang kamu ingin jumpa ada disana".

   Maka, berjalanlah pemuda itu tadi menghampiri pohon yang lelaki itu katakan tadi. MasyaAllah, SubhanAllah.. bertapa terkejutnya pemuda itu apabila melihat seorang wanita yang cantik jelita yang mana kecantikannya yang belum pernah dia lihat didunia ini dan kecantikannya berkali-kali ganda daripada wanita dunia. Kemudian, pemuda ini merapati dan memberi salam serta bertanya.

 "Adakah kamu ini Ainul Mardhiah..?"

Jawab wanita itu:
"Ohh.. tidak.. saya bukan Ainul Mardhiah. Saya adalah Khadam diluar singgahsana Ainul Mardhiah".

Pemuda itu bertanya keinginannya untuk bertemu Ainul Mardhiah.

Jawab khadam itu tadi:
" Ainul Mardhiah ada didalam singgahsana ini".

   Pemuda ini, berjalan masuk kedalam singgahsana ini dan alangkah terkejut & terpesonanya dia apabila singgahsana ini dihiasi dengan permata-permata yang bersinar. SubhanAllah.. inilah istana didalam syurga yang tersangat indah. Lalu pemuda ini masuk dimahligai itu lalu alangkah terkejutnya dia apabila melihat wanita kedua yang mana kecantikannya berkali-kali ganda cantik daripada wanita yang dia jumpa di pohon itu tadi.

Lalu pemuda ini mendekati, beri salam & bertanya wanita itu:
"Adakah kamu ini Ainul Mardhiah..?"

Wanita itu menjawab:
"Tidak.. saya bukan Ainul Mardhiah. Jika kamu mahu berjumpa dengannya, dia ada di atas singgahsana".

   Dalam tidak sabar untuk bertemu dengan bidadari syurga, pemuda ini berjalan ditangga yang dihiasi dengan permata, lalu berjumpa dengan wanita yang mana kecantikannya ini jauh berkali kali kali ganda daripada yang dia jumpa dipohon & diluar singgahsana itu tadi. (boleh bayangkan bertapa cantiknya Ainul Mardhiah ni). Maka dengan tidak sabar, pemuda ini merapati, beri salam, & bertanya :

"Adakah kamu ini Ainul Mardhiyah..?"

Jawab wanita itu:
"Ya.. saya adalah Ainul Mardhiah".

   Apabila terdengar jawapan wanita itu lalu pemuda ini cuba mendekatinya. Lalu kata Ainul Mardhiah:

"Kamu tidak boleh menghampiri saya. Kamu tidak boleh mendekati saya. Memang Allah ciptakan saya untuk kamu, dan kamu untuk saya. Tetapi, soalnya sekarang kamu belum mati syahid".

   Maka pemuda ini terkejut, lalu terjaga daripada tidurnya. Dia bercerita kepada seorang sahabat, lalu sahabat itu menjawab:

"Kamu jangan sesekali bercerita perihal mimpi kamu kepada Rasulullah, sehingga kamu benar-benar mati syahid barulah kamu ceritakan kepada baginda". (Sahabat buat lawak. Dah mati mana boleh ceritakan..?? hehehe)

   Lalu mereka pon keluar berjihad bersama-sama dengan para sahabat yang lain dan ditakdirkan pemuda ini meninggal dunia & syahid lalu sahabat kepada pemuda ini bercerita kepada Rasulullah tentang perihal mimpi pemuda ini. Kata Nabi, bahawa semua mimpi yang diceritakan kepadanya adalah benar-benar belaka. Kata Nabi lagi:

"Saksikanlah bahawa pemuda itu tadi sedang menanti hidangan-hidangan untuk berbuka puasa didalam syurga". (kisah ini dibulan puasa)

   Indah bukan cerita ni.. kalaulah kita yang merasa bidadari syurga itu terlalu cantik sangat-sangat. Dengar kata Nabi ni (kira memujuk hati kita yang wanita lah)

 "Sesungguhnya wanita syurga yang paling hebat adalah wanita dunia".

   Tetapi dengan syarat  jadilah wanita yang solehah, isteri yang solehah yang mana akan diangkatkan darjat menjadi ketua bidadari syurga. (MasyaAllah.. teringin sangat).

.... Macam mana cerita ni..? Bestkan..? Siapa yang taknak jadi cantik, siapa yang taknak jadi bidadari, siapa yang taknak jadi ketua bidadari. Semua wanita ada rasa itu semua. Tetapi, usahalah menjadi isteri, anak dan ibu yang terbaik & solehah. InsyaAllah.. semoga semua impian dimakbulkan jua. Sebelum aku nak menutup kan tirai, aku nak masukkan sekali lirik lagu Ainul Mardhiah dalam blog ni. Hayati lirik ni, lagu ni best.. my favourite song dari sekolah rendah lagi ..... okay bye2..





Monday 15 May 2017

Ketibaan Bulan Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hai.. semua apa khabar..?? Sihat..?

  Hari ni takde nak type & story panjang lebar. Cuma nak bagitahu, yang kita sedang menghampiri bulan mulia iaitu bulan Ramadhan yang akan bermula pada hari sabtu 27-May-2017. Seronok rasanya.. tak sabar nak berpuasa.

   Semoga dibulan puasa ini, menjadikan kita lebih kuat & ikhlas menjalani ibadah-Nya.. Semoga bacaan Al-quran tak lekang dibibir.

   Ouh ya.. bercakap pasal Ramadhan ni kan, teringat solat terawih di Masjid UIA, dan tak boleh lupa bila berterawih di Masjid Wilayah bersama dengan Murabbiah Kak Aisyah dan housemate. Nak cerita sedikit lah kan tentang moment berterawih di masjid UIA & Wilayah ni is UIA you know, kebanyakannya dikerumun dengan pelbagai bangsa & negara.. nama pon " University Islam Antarabangsa" of course lah penuh dengan foreigners. Lagi satu, ayat2 yang imam baca kat sini panjang tau. Aku rasa mahu 1 muka surat dia baca macam tu.. Okay, kalau masjid Wilayah pulak yang bestnyer bukannya suasana dia. Tapi, bacaan imam yang membacanya menyentuh hati aku. Macam mana ek nak cakap..? hmm.. nanti korang kena pergi sendiri terawih di masjid Wilayah ataupun korang dengar di radio ikim. Haa.. macan tu lah bunyi bacaannya. Sangat menyentuh khalbu.
 
   Lepas tu, selalunya lepas terawih 8 rakaat kami akan akan adakan usrah. Usrah kami ni, akan ada pertama, bacaan quran (seorang demi seorang), kemudian kedua, volunteer huraian bacaan & maksud ayat ape yang kita fahami. Kiranya share lah tu pengetahuan kita ttg ayat tu. Ketiga, seminggu sebelum itu salah seorang diantara kami ada tugasan yang diberikan oleh Murabbiah berkaitan tajuk tazkirah yang dia suruh sampaikan. So, dengan tajuk tu kami kena search lah point2 yang kena bentangkan depan kawan2 nanti. Kira sharing is caring.. dan keempat after habis tazkirah, akan ada perkongsian dari Murabbiah if there something she want to talk kt kitaorang. So, amik sedikit ilmu dari dia.. itu je..

   Now, aku rindu sangat that moment dengan housemate & kak aisyah.. bila lah lagi akan ada moment macam ni.. hmmm.. okay lah, aku kata nak story sedikit je, tapi ni dah panjang lebor aku story. Huhuhu...

Friday 12 May 2017

Masak-Masak

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Malam ni, baru je settle kukus kek coklat cheese lava berhantu.. Alaa.. yang tengah viral sekarang ni ha. Ini pon kali ketiga cuba. Boleh lah expert sikit daripada yang sebelum ni buat. Dari segi deco tu pon boleh lah. Nak kata aku expert pon tak jugak. Sebab, aku pon jarang2 buat kek ni dah. Aku lebih kepada membaking roti bun pizza je sekarang ni. So, ini gambar kek coklat cheese lava berhantu yang aku buat malam ni..

Kenapa bagi nama kek berhantu....???

Entah lah.. aku pon tak tau. Orang yang bagi nama ni, aku follow je lah. Tapi, dalam aku follow2 ni pon, ada gak aku lelama tengok pada kek ni pon ada macam hantu gak. Cuba tgk betul2, hasil deco aku tu rupa dia mcm hantu buat tangan kedua2 belah yang diangkatkan sikit tu. Macam rupa nak mangilai je tengokk.. hahahahha...








Ha... ni lah rupanya kek coklat cheese lava yang aku buat.. ce korang tengok betul2, ada sket2 macam hantu kan. Hahaha.. Okay lah.. ni semua ada 6 bekas besar & 4 bekas kecik je.. itu je yg dapat sebab aku buat pon 1 bancuhan je.. banyak itu je lah yang dapat.. 

Okay lah... aku nak masuk tidur ni, mengantuk dah nii.. okay.. Assaamualaikum & selamat malam.. terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.. 


Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...