Saturday 18 November 2017

Annual Dinner Company 18-11-2017

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, settle sudah Annual Dinner tadi. Bersyukur segalanya dipermudahkan. Happy, even Annual Dinner kami tidak dibuat ditempat2 yang mahal, but for me. I happy & very satisfied with it. Sebab, jenis aku susah sikit nak pergi dinner2 ni. If lets say, staff buat kat tempat jauh sekitar KL, i don't think so nak follow kot. Even makan kat tempat mewah mahal2 sekali pun. Coz, that is me..!! Jangan kata orang tak faham aku. Aku sendiri pun tak boleh nak faham diri aku sendiri.. Hahahahha.. Tapi, seriously itu adalah aku.

Ouh ya, majlis dari 6 p.m-11 p.m.. Kononnya lah start event kol 6. Padahal kol 6 lebih pun orang baru sampai. Haishh.. So, event start kol 7 dan diikuti dengan 'talk' by our Managing Director a.k.a Boss Mr Yong. Actually, ape yang membuat aku focus mendengar talk dari boss is cerita kisah dia dalam business.. Kisah dia jatuh bangun dalam business. Mengalami masalah bancrupt, kewangan. Sehingga masa yang dia ada tak ada masa untuk berseronok, berehat seperti orang lain. Waktunya hanya kerja kerja n kerja.. Hidupnya memikirkan masalah & penyelesaian. How to solve it..?? Sehingga sekarang Alhamdulillah comp. Writebest mendapat tempat kedua untuk anugerah yang terbaik untuk Syarikat. MasyaAllah, bila aku sendiri dgr kisah dia terasa hiba, sebak, sedih. Because of what..?? Because of looking on myself now.. 

Aku suka mendengar kisah2 kegagalan seseorang berbanding kisah kejayaan. Sebab ape..?? Sebab kisah kegagalan menjadi inspirasi untuk aku melihat how they are solve it by theirself.. Tak ada kenal putus asa. That's important thing.. Tapi, my boss kata dalam pekerjaan yang perlu ada untuk berjaya is sikap "JUJUR". That's is the key how he become succesful businessman. MasyaAllah.. Betul2 memberi aku inspirasi & semangat untuk berjaya dalam hidup. :-)


Ini aku sertakan gambar Dinner tadi.. But, sorry.. No picture for any meal ye. 

Officemates, Kak Sophie


      
Kak Sophie & Kak Faizah



 
Kak Sophia, Kak Siti, & Lan




 




Actually, kami berempat ni memang kena ada bersama. And kalau nak tau, kak Sophia ni bukan Muslim. Dia Kristian.. Tapi, memang rapat dengan kami. Disebabkan itulah kami ni dah jadi geng.. "Geng Nasi Lemak". Sebab..?? Sebab balik keje selalu melepak makan nasi lemak. Cuma disini sorang geng nasi lemak je yg takde. Iaitu Abang Joe. Coz, dia bawak anak dia g interview kemasukan Asrama di Kedah. So, tak cukup lah geng nasi lemak ni. Hahahaha..


Yang lelaki sebelah tu is Lan.. Lan ni driver kat comp. Tetiba je dia sorang yang menyebok disitu. haishhh.. FYI, satu office, production & driver suka kaitkan aku dengan dia. Sebabnya, dia ada hati kat aku dari dulu kemasukan aku masuk kerja kat comp.ni lagi. Diorang suka sangat nak sama2 kan kitaorang. Bila nak kahwin la, bila nak masuk meminang la.. haishh bencinyerr.. Tapi, nak tak nak kena hadap jugak kn. So, aku anggap itu hanya gurauan semata2.. Taknak amik serious.. Tapi, tadi Kak Siti & Kak Faizah sempat mengusik. Katanya Lan ada pesaing dah.. Iaitu, Ah Wai.. Ah Wai pun driver comp. tapi, dia ni chinese.. Dah kahwin pun.. Tapi, sejak kebelakangan ni suka pulak dia mengusik aku. That's why Kakak2 ni kata Ah Wai pesaing untuk Lan. Haishhh.. layan jelah diorang ni. Then, boleh pulak kakak2 ni nak suruh Lan ni hantar aku balik ke rumah. Hellooooo..!! Sorry okay..! Drama sangat..!! huh

Tapi, walaupun orang ada hati kat aku.. Cuma kita setia pada seorang je. Dari dulu dan sekarang.. huhuhu.. Tak lain tak bukan is Mr WW (ig name) a.k.a Debab, korean.. Jujur & Setia tu penting dalam relationship kn..?? InsyaAllah, doakan lah yang baik2 antara kami berdua.. One more thing, jika ada orang minat kat korang dan korang hanya anggap dia kawan. Seelok2nya, jangan putus kawan. Still berkawan. Tapi..tapi.. "JANGAN PERNAH MEMBERI HARAPAN" pada orang tu. Ingat..!! Memberi harapan akan membuatkan orang itu sentiasa berharap pada kita. Jadi, berkawan lah cuma jangan terlalu rapat sangat. Berkawan biar beribu, kasih pada yang satu.  

Over pulak cerita aku ni..! Hahaha :-D


1.20 a.m



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...