Wednesday 29 November 2017

Malu oh Malu

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Waaaaaa... Hari ni kejadian yang memalukan untuk aku..

Tau tak kat office tadi, lepas solat asar kat tingkat atas. Mr Ong boleh pulak ada kat atas.. Then, bila aku nak masuk toilet, dia berlalu masuk kat bilik Gym..

Time aku nak keluar dari toilet, Mr Ong pun keluar. Tapi, yang memilukan hati aku is bila tiba je nak keluar kat pintu toilet tu tetiba 'pheeewwwwww'..  Tergelincir weyyy kat depan Mr Ong.. Dia punya jatuh tu tak dapat aku nak cerita kan.. Yang aku tau, Maluuunyerrr.. 😭😭😭  Drama sangat kan..! Isskk3.. 😢

Pastu, Mr Ong tanya "you okay ke".?

Aku jawab okayy.. (tak pandang muka dia, sbb segan punya pasal)

Aku bangun, then terus blah turun.

Dalam hati hanya Allah yang tahu...! Kalau lah muka ni putih, memang dah nampak muka kemerahan menahan malu korang tau..!!

Turun je bawah, aku citer kat kak sophia & kak faizah tentang peristiwa jatuh depan Mr Ong..

Kak faizah boleh pulak gelak.. Ishhhh ape daa... 😠

Pastu, lagi beberapa minit je nak balik. Dalam hati aku harapkan supaya takdelah selisih dengan Mr Ong. Malu punya pasal kot.. Tup2 jumpa plak dia. Aku tunjuk kat dia jari telunjuk dekat mulut aku kat dia (minta dia jangan bocorkan rahsia aku tadi) .

Pastu, boleh plak si Ah Wai (peminat) ni nampak aku buat tangan dekat Mr Ong. Dia pun mulalah tak puas hati.. HAHAHA.. kononnyaaa..!! Then, siap persoalkan lagi kenapa aku buat tangan macam tu kat Mr Ong. Menyebokk je si Ah Wai ni..

Boleh pulak cakap depan aku, dia dah tak suka Mr Ong dah.. Pergghhh.. Jujur betul dia ni.. HAHAHA.. Tapi, aku tau dia gurau2 je.. Bukan serius pun.. Kami memang macam ni. Gelak2, kacau mengacau.. 😅😅

Haisshhhh.. Entah macam mana lah esok ni..! Still masih malu lagi dengan hal tadi.. Malu nak selisih dengan Mr Ong. Mesti, dia tadi gelak dalam hati kan..?? Yelah, kelakar kot aku jatuhh...

Orang kalau jatuh, muka nak nangis. Tapi, aku jatuh muka minta gelak dulu.. 😅😂

Huh... Okaylah. Setakat disini je citer aku.

Dah2 Solat Maghrib dulu ye..!!

Sekian

7.15 p.m





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...