Monday 13 November 2017

Be Strong

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum



Kadang-kadang terasa terlalu 'down',
Seperti mahu jatuh rebah, menyembah bumi,
Melihat diri yang serba kekurangan,
Jauh untuk berasa hebat seperti orang kebanyakan,
Terasa jika dibanding,
Umpama langit bertemu dengan bumi.
Jauh untuk menjadi seperti mereka.

Kadang-kadang diri ini terasa hina,
Melihat diri seakan-akan diperguna,
Oleh manusia yang merasa hebat,
Dengan segala pengetahuan yang dimiliki
Dengan ilmu yang penuh di dada,
Tapi, lupa Akhlak yang harus ada bersama.

Kadang-kadang terasa diri keseorangan,
Ujian yang sering datang dan mendatang,
Sehingga diri berasa tidak bertahan,
Airmata mata datang menjadi peneman,
Seperti hujan yang berselindung 
disebalik awan mendung,
Akhirnya tumpah ke bumi.

Pada siapa hendak di luahkan..?
Pada siapa yang mahu mendengari.?
Pada siapa yang mahu mengerti?
Pada siapa yang mampu memberi kata2 semangat?
Pada siapa..??

Ya.. Baru ku tahu,
Yang aku ada Allah bersama,
Sentiasa menjadi tempat luahan,
Yang sentiasa mendengar permasalahanku,
Yang sentiasa mengerti diri ini tidak kuat,
Walau pun dipandang seakan kuat,
Yang sentiasa memberi aku ketenangan, 
Kedamaian jiwa, dan kata2 semangat.
Hanya dengan bacaan & makna 
Ayat suci Al-Quran..

Surah At Taubah (09) : Ayat 40
 : لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا
La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana 
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati.
Sesungguhnya Allah ada bersama kita”

Allahu..!!





P/s : wahai diri, wahai kawan kuatlah kerana Allah.. Yakinlah dengan kata2 Allah,
Tidak diuji oleh sekalian kamu, hanya dengan kemampuan yang ada pada diri kamu sendiri.
Bersangka baiklah dengan Allah.. Allah uji kerana Allah sayang. Allah uji kerana tak mahu kita perbanyakkan bergembira sehingga lupa pada DIA. Allah uji, kerana DIA mahu kita minta pada DIA, berharap pada DIA. Bukankah Allah itu menciptakan perasaan, bukankah Allah itu menciptakan DERITA, KECEWA. Maka Allah juga yang menciptakan BAHAGIA.
Mintalah & Berharaplah padanya.. Put Allah number one in our heart.

Ya Allah, jangan pesongkan hati kami.. Masukkanlah iman kedalam hati kami..

Aamiin..

8.33 p.m


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...