Friday 24 November 2017

Tersimpan Satu Impian

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Impian bukan satu yang mudah untuk dicapai. Semuanya perlukan
usaha keras untuk mendapat apa yang dihajati.
Bukan semudah melafazkannya tanpa melakukan apa-apa..
Kerana ia hanyalah perkara sia-sia. 

Umpama seperti kita mahukan sesuatu seperti memiliki sebuah rumah.
Tapi, mana mungkin hanya mengucapkannya tanpa usaha/bertindak.
Nak memiliki sebuah rumah perlu ada pekerjaan. Rajin saving duit. 
Tidak boros.. Kiranya kena pandai handle urusan kewangan.
Barulah boleh dapat apa yang dihajati.

Ini hanya Mukaddimah sahaja..!! 

Tiada kaitan cerita aku yang ingin diceritakan pun.. hehehe..

Sebenarnya, tadi terbaca kat fb seseorang tentang cara-cara mahu turun berat
badan 10 kg dalam masa 2 bulan. Can you imagine, 2 bulan kot nak turun berat.
So, that means aku kena struggle betul-betul lah ni nak kurus. 🤔
MasyaAllah.... 

Yup, memang dari dulu aku simpan impian nak turunkan berat badan.
Nak ramping supaya dapat pakai baju cantik-cantik.
Bak kata mak aku,
 "sementara anak dara ni lah kena jaga badan"
Betul kata mak..! Tapi, dah mak masak sedap2 guana nak jaga badan.😅
Huhuhu..

Aku akui dulu masa belajar sekolah menengah & kolej aku sedikit berisi.
Berat sekitar 58-60 kg. MasyaAllah..  Tapi okay lah ye dengan
tinggi atas 160 . Kalau BMI tu aku dikira sederhana.
So, bila aku dah mula kerja, berat aku susut turun kepada 53 kg.. 
Kawan2 sekolah nampak perubahan aku. Bila jumpa, siap kata lagi
"Hidayah, kau dah kurus lah"
Bukan seorang dua cakap macam tu tapi, lebih 5 orang cakap soalan yang 
sama. Tapi, time tu aku tak rasa aku kurus. Sebab, yelahkan diri sendiri
mana nak boleh nampak sangat diri tu kurus ke. Sebab, bagi aku
perubahan saiz badan aku still sama macam study college dulu.

Tapi, dah lama.. baru dapat rasa diri dah kurang makan nasi. I mean, bukan
tak makan nasi langsung. Tapi, aku sedar yang aku makan dalam 
kuantiti yang sedikit. Sebab, memang tak rasa nak makan nasi lebih even
makanan yang dimasak sedap2 semuanya. Dari situ lah berat aku surut.

But, 53 kg tu bagi aku biasa2 lah.. Tu yang bertekad nak turun sampai 50 kg.
Bila hari minggu pergi gym dengan kawan (if depa ajak). Tak pun, Lake valley
bersenam dipetang hari. 
Malangnya, berat still tak turun.. Alahaai... 😑

Sekarang berat dah naik balik 2 kg.. Sebabnya, pengambilan nasi yang banyak,
selera makan bertambah, & kurang bersenam macam dulu.. 😭
Nampak tak disitu effect pada berat. 

So, tadi aku scroll fb. Terbaca kisah saudara ni yang turun berat 10 kg dalam
masa 2 bulan. Aku tekad kot.. aku nak turun berat badan. Terasa dalam
badan ni banyak lemak2 tepu tersisa kat dalam badan. Tu, yang rasa 
badan berat semacam ja.

Tapi, macam mana..?? 

Aku seringkali terliur tengok orang post makanan sedap2, tambah2 
dugaan bila mak masak sedap2.. 😋 Ya Allah.. Tolong lah hamba-Mu ini..! 😞

Tak boleh jadi ni, aku mesti kuat melawan nafsu makan..

Waaaaa... Tolong lah aku...!!

Berat sekarang dah naik 2-3 kg kottt....

Sabar je lahhh.. 

Tak kira aku betul2 tekad.. Selain, nak turunkan berat. Aku juga nak jaga 
kesihatan diri juga. Kawal permakanan, lagi2 makanan yang banyak lemak,
minyak, garam, gula.. huhuhu..

InsyaAllah.. Aku akan laksanakan one day, InsyaAllah..

Sekian

10.17 p.m













No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...