Wednesday 22 November 2017

Kecantikan yang Hakiki

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Cantik..??

Semua orang inginkan kelihatan cantik. Sanggup membeli pelbagai jenis produk, berhabis-habisan duit untuk kelihatan cantik. Ada yang berjam2 lamanya makeup untuk kelihatan cantik, ada yang dikurniakan anugerah oleh Allah, diubahnya untuk kelihatan cantik..

Memang..

Aku akui..!! Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan. Wanita ini ada naluri dia yang inginkan kecantikan. Orang yang melihatnya terpesona memukau.

Kerana apa..??

Kerana ingin kelihatan cantik. Melihat perempuan diluar sana dengan keayuan, terserlah kecantikannya terasa diri ini tak setanding mereka. Umpama langit dan bumi. Takkan pernah sama.

Rasa merendah diri..? jangan kata. Semua ada.

Kadang-kadang asyik memikirkan soal kecantikan membuatkan diri ini hilang rasa bersyukur kepada-Nya.

Kerana apa..??

Kerana asyik membandingkan diri kita dengan orang lain. Kerana asyik membandingkan ciptaan Allah kepada kita amat sedikit berbanding orang lain yang lebih banyak.

Astaghfirullahala'zim..

Tersedar.. Berfikir..

Tidaklah Allah ciptakan kita dengan saja2, dengan kekurangan. Tetapi, ada kelebihan kita tersendiri sebalik kekurangan.

Jika Kita membandingkan setiap yang Allah beri kepada kita dan orang lain. Jika kita merasakan ciptaan Allah ada kekurangan dari orang lain.

Kita adalah manusia yang tak pernah mengenal erti bersyukur..!! 😭

Muhasabah diri

Adakah kita rasa kita mahu cantik ini hanya untuk memukau pandangan Adam..?

Adakah kita rasa kita mahu cantik ini hanya untuk membuat kita rasa lebih dari orang lain, kita jalan mendongak ke langit..?

Adakah kita rasa kita mahu cantik ini hanya untuk maraih pujian & disanjung tinggi..?

Nyahh segalanya dalam diri kita..!!

Allah ciptakan kita cantik bukan untuk mengukur berapa banyak kecantikan kita dari orang lain

Allah ciptakan kita cantik bukan untuk kita berjalan mendongak ke langit, sombong dengan kelebihan yang ada.

Tetapi

Allah ciptakan kita supaya kita sentiasa beringat bahawa:

"Kecantikan ini akan pudar dimamah usia".

"Kecantikan ini hanya ujian & pinjaman semata-mata"

"Kecantikan ini mendidik kita supaya bersikap "tertutup" dari pandangan Adam"

Bahawasanya,

"Kecantikan yang sebenar, adalah tulus lahir dari HATI yang SUCI, dan Akhlak yang BAIK"


















Sekian.. Ikhlas dari HJ

10.05 p.m






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...