Saturday 16 December 2017

La Tahzan, La Takhaf



  1. Bismillahirrahmanirrahim..


(gambar sekadar hiasan)



Allah tahu kau penat,
Allah tahu kau letih,
Allah tahu kau dah tak mampu,
Allah tahu kau mahu 'give up'.

Sabarlah duhai hati,
Hidup ini bukan seindah yang diimpi,
Jalannya penuh berliku,
Jalannya penuh berduri,
Dicucuk sakit tiada siapa tahu,
Hanya kau dan DIA yang tahu.

Hidup ini takkan pernah padam
dengan ujian,
Ia datang tanpa kita menduga,
Ia datang saat kita lelah menerima,
Ia datang saat kita tidak bersedia,

Bersabarlah...

Kuasa sabar itu indah,
Kau takkan nampak indahnya sekarang,
Jika kau tidak merasai nikmatnya
ujian.

Teguhkan hati,
Kuatkan diri,
Bersandarlah pada DIA,
Bukannya Manusia,
Kerana manusia tidak mampu berbuat
apa-apa,
Kerana manusia tidak sehebat DIA.

Kuatlah..

Bersabarlah..

Dunia ini hanya tempat persinggahan,
Kau sakit, 
Kau terluka,
Kau diuji,

Hanya Disini..!!

Yang Indah, Yang hakiki,
Nun disana,
Di Syurga yang menanti..


Hasil Nukilan HJ
11.29 p.m


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...