Saturday 21 October 2017

Hanya KAU Lebih Mengerti



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Pernah tak rasa kecewa bila seseorang cakap dengan kita
tentang jodoh seperti ini..?

" Jodoh kau lambat, sebab kau terlalu memilih sangat"

Dann.. Hasil pembacaan buku ini,
Inilah jawapan yang sering ingin diluahkan.


" Tuhanku, biar manusia mengatakan aku terlalu memilih
sedangkan Engkau Maha Tahu aku memilih kerana-Mu. Sedang
Engkau Maha Tahu, aku memilih masih dalam batasan-Mu.

Ya Allah, salahkah aku memilih lelaki yang benar-benar soleh 
untuk menjadi pendamping hidupku? Yang benar-benar ku yakini
agamanya dan akhlaknya untuk memimpin tanganku hingga
selamat sampai ke syurga?

Tuhanku, aku inginkan lelaki yang setia, yang dirinya merasa
'cukup' dan bersyukur dengan memiliki diriku. Akan aku berusaha
sedaya upayaku membahagiakan dia dari segenap sudut. Menjafi
isteri yang paling terbaik buat dirinya semampu kudratku.

Sepertimana Sayyidatina Khadijah yang memberikan segenap
jiwanya dan berkorban harta serta apa jua yang ada pada dirinya
kepada Rasulullah s.a.w. Untuk dakwah dan islam, semata kerana-Mu
begitu juga Baginda begitu setia menyayangi Khadijah di sepanjang
hidupnya, 25 tahun lamanya.

Ya Allah, aku memilih seorang lelaki yang akan menjadi ayah 
kepada anak-anakku. Apakah salah, untuk aku memilih bakal ayah
yang paling terbaik untuk mendidik anakku kelak? Seorang lelaki yang
benar-benar bertanggungjawab, dan dapat mendidik anakku mengenal-Mu.

Ya Allah, aku memilih seorang lelaki yang dengannya dapat membuatkan
daku merasa tenang dan damai hati. Biarlah rupa paras yang sederhana,
namun kaya iman yang dapat membuatkanku melihatnya jadi segera
mengingati-Mu, bukan semakin lalai dengan keasyikan dunia.

Ya Allah, aku inginkan seorang lelaki, yang benar-benar mencintaiku
setulusnya, yang dapat menghargai diriku srpenuhnya, yang ikhlas
menyayangiku kerana agama yang ada padaku bukan kerana
hawa nafsu semata.

Ya Allah, manusia tidak akan pernah memahami tapi aku tahu
Engkau memahami setiap apa yang bergulir dijiwaku. Setiap apa
yang terlintas dihatiku, sungguh Engkau Maha Mengerti.
Cukuplah Engkau untukku, cukuplah Engkau yang akan
mencukupkan untukku, bukan manusia...."



10.57 p.m

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...