Wednesday 10 July 2019

Cerita Santai

Assalamualaikum..


Setiap orang kalau buat sesuatu benda mesti ada target to be achieve right?? Same goes with me. Almost 2 weeks aku duduk kat belakang tempat Purchasing (Shirley) semata2 nak siapkan kerja Kastam untuk Exemption SST. Awal dapat kerja ni disebabkan Boss minta aku tolong Mr Tee buat.

Aku pun okaylah. Maybe kerja biasa2 lah kot. Starting before Raya pengakhiran Ramadhan baru start buat. Serious aku okay je. Kerja tu macam kerja Account. Pengiraan stock mesti ada 'Opening Stock', 'Out of Stock', 'Closing Stock'. Tapi bagi aku yang susahnya, bila melibatkan every 'Raw Material Code Stock'. Guess what, aku ni bukannya Purchasing. Tapi aku kena amik tau sebab aku kena buat kerja tu semua.

Setiap stock berbeza unit price every month. So, kena tengok system lah jawabnya. Tapi, aku kadang-kadang termissed jugak benda tu. Malas nak perfect sangat buat. Sebab, Mr Tee ada kata. Benda ni tak semuanya everthing is perfect. Macam kitalah study dulu buat Account. Balance dah balance dah. Tapi, isi kandungan yang kita masukkan belum tentu betul right? Macam tu lah kerja aku.

Berbalik cerita aku tadi pasal 'target'. Before raya buat kerja ni until after raya dah settle yang bulan Sept - Nov. Sebabnya SST kan start berkuasa bulan 9 kan. So, berehat sekejap, aku duduklah tempat sendiri. Then,  last week. Mr Tee kata kalau aku free dah boleh buat benda tu dah. Aku pun okaylah. Lagi 4 bulan je lagi nak settle kan. Siap bagitau Manager semua dia kata okay. Aku pun berpindah kebelakang balik bawak laptop office aku.

Terkadang tu aku rasa aku ni macam 'bandaraya'.  Faham tak apa maksud bandaraya tu??  Maksudnya kerja kau tak setempat. Terkadang kehulu terkadang  kehilir. Frust gila rasa. Stressss!!! Aku tak suka kerja macam ni. Dah duduk kebelakang tu satu kira. Pastu, nak kena angkut bawak laptop, peralatan tulis tu rasa annoying gila. Entahlah aku nak cerita lebih pun orang lain tak dapat rasa. Aku je rasa sendiri.

Ha berbalik pasal 'target' tadi. (Psstttt..aku ni tak habis2 ulang ayat yang sama. Tapi tak masuk point pun lagi). Hahahahaha..  Rileks2.. Bawak bertenang. Nak baca ni perlukan kasabaronnn.. 😂😆 Okay continue. Aku start last week continue untuk bulan Dec-Mac. Then, minggu ni aku target nak settle kan kerja. Memang betul hari ni aku dah settle kan semuanya. Happy weyyyy rasaaaa... Aku dah boleh balik tempat aku sendiri. Syukur Alhamdulillah.. Dannn... sangkaan aku meleset sama sekali. Dahhhh pulak, Mr Tee & Shirley suruh aku continue untuk bulan April & May pulak. Padahal ka TV report sampai bulan 3 je. Dan aku punya Manager pun dah bertanya dah time lunch tadi.

"Dayah, dah siap dah kerja"

Aku menggeleng je. Tapi, memang aku nekad hari ni 10/07/2019 (Rabu), aku boleh settle kan semuanya. Tapi, inilah hakikat yang aku harus terima. Sakit hati + stress + rasa kerja part aku ni macam bandaraya tak macam orang lain. Duduk setempat je..

Orang lain pun ada bagitau aku, yang kerja ni sepatutnya bukan kerja yang perlu aku buat. Sebab, aku walaupun taklah sebusy mana. Tapi, aku banyak buat kerja Manager. Buat Quotation. Layan customer kalau call office. Pastu ganti Sales yang kat depan tu kalau salah sorang tak masuk. Semua kerja aku. Then nak buat kerja kat belakang tu pulak.!!! Padahal kerja tu Purchasing punya kerja.

Aku cuma terfikir. If one day, aku tak lagi bekerja kat situ. Aku rasa mesti kelam kabut jadinya. Dengan kerja Kastam tu aku kena buat. Dengan Manager, yang mengharapkan aku tolong dia buat kerja jika ada customer minta quotekan harga. Lagikan pulak, Salesman yang kerja kat luar selalu minta tolong aku buatkan quotation, check itu ini dalam system, Sampaikan si Rachel kata kat aku. "Dayah bila kerja you nak siap. Saya sudah rindu sama you tau. You tak ada saya susah hati dengan Quotation banyak nak kena buat". itu ayat dia haritu cakap dengan aku. Pastu nak ganti pulak Sales yang salah sorang tak datang. For sure, mesti kelam kabut punya.

Hmmm.. ada staff yang dah lama bekerja pun langsung tak diberi tunjuk ajar menggunakan system. telefon tak boleh diangkat. Entahlah... bagi akulah kan jujur aku cakap. Company sebesar mana pun, jika management low rating tak kemana aku rasa. Dengan sekarang ni Sales dah berkurang. Entahlahh.... Aku just doakan untuk diri aku sendiri semoga ada sinar baru untuk mendapat pekerjaan yang baru ditempat yang baru one day, InsyaAllah.. Dan aku bersyukur bila peluang diberikan disini benda yang aku tak tau serta merta banyak yang aku dah belajar dan aku tau. Even time mula masuk kerja dulu aku sering dipandang rendah oleh orang yang dah lama bekerja dari aku. Ayat2 sinis pun dah pernah kena. Dimalukan pun sudah. Apa lagi?? Semua kerana aku budak baru dan tak tau apa2.. But, itu semua dulu not now.

Hmmm.. okaylah dah macam panjang lebar pulak karangan ni. Entahlah, just tetiba je rasa nak bercerita kat blog. Cerita santai2 je..

Sekian...

10/07/2019 - 10.35 pm

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...