Friday 15 February 2019

Angpow CNY


Assalamualaikum






Minggu ni sempena Chinese New Year memang musim orang bagi Angpow. Terkadang tu rasa macam malu pun ada. Yelah, dah besar pun dapat Angpow. Bagi aku sebagai seorang Malay memang agak malu lah, sebab perayaan kita pun yang dah besar dan sudah bekerja ni bukan lagi boleh dikategorikan boleh dapat duit raya dah melainkan Boss yang bagi pada semua staff tu yelah.


Tapi, bagi Chinese memang diorang punya adat or style akan beri pada sesiapa sahaja. Tak kira pada yang kecik masih bersekolah atau yang besar dah bekerja. Melainkan, mereka itu 'single' lagi. I means mereka2 yang 'belum berkahwin'. Yess... itu adalah adat diorang. That's why lah aku dapat. 😅


Whatever it is aku ucapkan berbanyak terima kasih pada Boss, Charmaine (HR), Mr Tee (Purchasing Manager), Chen (Sales Executive), Jolene (Account), Darren (Sales Executive), Rachel (Sales Executive), Shirley (Purchasing), Sk Tan (Sales Manager).


Ehhh guess what, hari ni aku tak sangka dapat Angpow dari aku punya Manager seyhh.. 😂  Citer dia macam ni. Tadi, aku tengah print out email enquiry dari customer. Ya Allah, giler lembab paper tu nak keluar. Aku menunggu macam apa dah kat Machine Printer tu. Pastu, si SK Tan ni panggil lah aku. "Dayah mari sini kejap". Aku yang dengar sambil menunggu beberapa helai kertas print out ni keluar pun buat pekak dulu. Tak berganjak lagi. Pastu dia datang tgk kiri kanan pass Angpow kat aku. Kah.. aku pun macam 'krik3'.. Serius lah SK bagi aku Angpow. Mana pernah lagi kot. Yup, kau tanyalah staff kat situ yang Manager aku ni macam mana. Diorang akan kata sejenis yang 'kedekut'. But please aku tak kata dia tak bagi Angpow sebelum2 ni dia orang yang kedekut. Takkk sama sekali !! Aku pun tak kisah nak bagi or tak. Tapi, still rasa tak percaya tengok SK tu pun ada. Tetiba je baik bagi kan. huhuhu.. Btw, thanks to All. Terasa diri macam budak kecik pulak dapat Angpow.


Wishing to All of you Happy Chinese New Year, Gong Xi Fa Chai and Xin Nian Kuaile.
xiexie ni..! 😘


Sekian..
15-02-2019
11:57 pm

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...