Sunday 14 July 2019

Idol

Assalamualaikum..


Aku tak tau kenapa sejak kebelakangan ni buka facebook, bila nampak cerita tentang kewangan, hartanah dan takaful aku eksited nak baca. Bagi sesetengah orang diorang tak care pasal benda ni dan agak kurang gemar membaca jika cerita ni keluar. Tapi, bagi aku satu keseronokan dan menjadi inspirasi aku tentang kejayaan mereka dalam bidang ini.

Yang aku selalu baca kisah ni semuanya dari anak muda yang sudah menjadi hebat dan berjaya semua.  Antaranya, Nur Aliah, Khairul Ezuwan, Harith Faisal, Azizul Azli Ahmad, dan Fikri Shazani.




Fikri ni adik kepada Harith Faisal dan dia pun masih baru nak up dalam bidang kewangan ni. Dia pun berbakat dalam sharing tentang ASB Financing. 



Lia Omey ni stokis minyak wangi Dexandra yang berjaya tau. Sebab umur dia baru 27 tahun tapi Asset dia ada sudah mencecah jutaan dinggit. Dah ada buka kedai sendiri pun. Paling aku suka story dia sharing pasal kewangan more to cara nak saving duit. 



Khairul Ezuwan ni pulak aku follow dia sejak kisah dia habis-habisan membanteras "Scammer" hartanah. Suara dia padu bila bersuara. Memang dia bagi kaw2 kalau orang yang terasa tu. Story dia banyak sharing pasal kewangan dan juga hartanah. Cara nak beli rumah.. Ada jugaklah input yang aku dapat setakat ni. 




Harith Faisal ni pun macam Khairul Ezuwan jugak. Kalau menulis, boleh buat orang sentap. Tapi aku baca pun wat lek wat peace setakat ni. haha.. Aku suka perkongsian dia juga pasal kewangan dan hartanah. 



Azizul Azli ni aku baru follow dia. So, bagi aku perkongsian dia pun macam yang mereka di atas tu jugak. Padu dan terbaik.. 



Aku suka baca pasal ASB Financing ni. Sebab, pembacaan aku setakat ni mengatakan menyimpan di Asb Financing ni lebih menguntungkan dari Asb biasa.. Menjadi perbezaan dia is Asb Financing ni lebih kepada saving secara paksa. Sebab apa??  Sebab kau pinjam dengan bank maximum yang aku baca dalam Rm200k. dan minimum dalam rm50k macam tu. Tapi kau boleh decide berapa kau nak pinjam follow kemampuan dan kelulusan pinjaman lah. Yang ni maximum kau boleh join pun only 3 years. After that, if lets say, kau nak terminate pun boleh. Dan sijil Asbf tu kau nak jual pun boleh. So kau akan dapat bayaran lebih lah. Berapa tu aku pun tak sure. Tapi Asbf ni kau dapat pulangan dividen yang menguntungkan. Seperti Asb biasa ni kau boleh simpan setiap bulan ikut suka hati kau. Kau taknak pun tak apa. Sebab kau takde komitmen perjanjian atau hutang dengan bank. So, ikut suka hati kau lah nak menyimpan atau tak. At the end of the day, kau sendiri yang rugi. Betul tak ???
Dan dividen yang dapat every year sedikit.


Pasal hartanah ni pulak, aku suka part beli rumah. Nak cerita lebih pun aku tak berapa pandai sangat.. Tapi, aku seronok baca. Sebab aku pun berkeinginan nak beli rumah sebenarnya. Tapi, bila aku tengok gaji aku yang tak seberapa mampu tu aku jadi down.. Aku tertanya pada diri sendiri. Boleh ke aku beli rumah sedangkan gaji bulanan aku sendiri pun tak seberapa. Tapi, tak mustahil pun kan at least kau menyimpan dulu. Bercakap pasal rumah ni, aku lebih prefer beli dari menyewa. Sebab, harga rumah setiap tahun akan naik. Takkanlah asyik menyewa dan menguntungkan orang lain je. Diri sendiri pulak yang rugi. Dengan gaji kau tak seberapa ni better aku rasa cari rumah lelong lah dulu. Ada pun bawah rm100k macam tu. Pokok pangkalnya kena pandai cari. Serious seronok baca tentang beli rumah ni. I hope one day jika dimurahkan rezeki aku dapat memiliki rumah sendiri. Aamiin...

Sekian..

Ahad 14/07/2019 - 9.57 pm

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...