Saturday 9 February 2019

Event Sempena Chinese New Year 2019


Assalamualaikum


05-02-2019 bersamaan dengan hari Selasa hari tu Abg aku yg kedua (Wafi) ada whatsapp aku untuk joint dia, Kak Ifa and Dhia g suatu tempat ni. Then, aku tanya nk g mana. Dia kata 'adalah'. Hmm.. i guess mesti nak g shopping mall ke atau g kuala selangor tgk monyet ke kan. Takpelah aku pun kata yg aku on. Pastu suruh bersiap2 dulu. 


Tibanya, pusing kemain pusing jalan rupanya pgi Zoo kat area Seri Kembangan. 'Farm in the City'. My god, you know what. Aku tgk harga masuk kt kaunter mcm mau patah balik taknak masuk je. Mahal kot..!! Normal price pun dah rm58. Inikan pulak discount Rm39. Boleh kenyang makan KFC 2 box. Haishh.. bagi aku sgt mahal. Tapi, disebabkan abg aku sponsor bayarkan. Kita pun masuk jelah. 😂



Mahal kan? 


Itik yg aku sgt terkejut coz muka dia mcm hantu jepun mcm cter p.ramlee.😂












Aku suka gmbar ni. Apa nama ntah pakcik ni. Serius kalau pgg bulu dia mcm pgg baju panas tu versi bulu kambing. lembut mcm tulah dia. 


And the last trip, aku hanya mampu belanja Ice Cream Magnum. Teringin nk mkn kot. First & Last aku makan. Rasa dia takdelah mengagumkan mana pun. Lagi sedap ice cream yg aku mkn perisa kacang vanilla mcm cornetto tu. Lagi sedap. Tapi, okaylah nak try kan. 


Pastu, nak dekat kol 4.30 pm baru sampai rumah untuk rehat2 dulu sebab malam tu ada makan besar kat luar. (sekali sekala belanja family. rezeki cny) 😁


First plan nak g 'Ana Ikan Bakar Petai'. Sebab aku mmg request dgn abg aku ptg tu nak mkn kt kedai yg ada ikan bakar. Itu yg dia google cari tempat ni. So, sampai2 tgk tmpt full glerr.. (penangan petai maybe) 😂. Terpaksa lah beralih plan seterusnya g 'Restoran Tasik Idaman'. Jauh sikit la area nya. Nak dkt kol 10 mcm tu bru sampai kot. 


Menu mcm biasa, tak lain tak bukan :-
 1) Ikan Siakap 3 Rasa
2) Ikan Bawal & Tilapia Bakar
3) Tom Yam Seafood & Ayam
4) Telur Dadar
5) Kailan Ikan Masin (yg ni sayur dh habis katanya) 
6) Jus Tembikai & Air Kosong
7) Nasi Kosong


Restoran Tasik Idaman


Our Menu

Otak-otak sebelum tunggu menu sampai


Okay, ni aku tgh pilih ikan & menu apa yg nak buat. So, korang yg baru sampai pintu masuk terus pilih ikan dulu ye. Takut habis plk nanti and apa menu korg nak masak. Kat sini banyak jenis ikan & seafood. Selebihnya order selain dri ikan ni korg boleh order kt meja tmpt korang duduk tu. Nanti waiter dtg meja & akan serve korang.


Permandangan kt Tasik Idaman. Tak dpt mkn situ coz sudah full. 




Amik gambar dulu buat kenangan dgn family. 😘😘😘


Overall aku sgt berpuas hati bila tgk emak, abah n yg lain kenyang. siap bertambah bnyk kali lgi. especially my abah. nak tau makanan tu sedap or tak tgk pada berkali dia makan. kalau tambah bnyk kali tu kiranya sedaplah tu. haha 😂 . Harga sangat berpatutan n murah3 sgt. Aku sgt suggest kalau nak g makan tmpt murah2 boleh dtg kt sini. Serius lebih murah dari yg aku makan kt Restoran Terapong tu. Aku budget dlm Rm300 sahaja. Tapi, kira2 bwh Rm300. So murahlah kan. Alhamdulillah, berkongsi rezeki. Next year, kalau dpt bonus lgi. Belanja tmpt lain plk ye.  😉


Sekian.. 


09-02-2019
10:06 pm


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...