Sunday, 30 July 2017

Wedding's Najeha & Syarafi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Hari ni 30-07-2017 ramai pulak orang yang kawen. Open facebook ramai post pasal pergi kenduri kawen kawan dia la, sedara dia la.. Tapi, hari ni wedding kawan aku sejak dari form 4 & 5 Ehsan lagi.. Mereka la, kawan aku yg aku rapat mula2 masuk kelas dulu..

   Lama rasanya kot depaorg punya relationship. Dari form 4 (2009) kot.. Dari Syarafi yang jenis suka menyakat Najeha terus melekat korang sebagai Bf/Gf sampai la sekarang. Hinggakan satu kelas, cikgu2 semua dah tau tentang korang berdua. Tetapi, hari ni termeterailah sebuah ikatan suci antara korang. Mahu 9 tahun kot hubungan korang.. Hari ni aku happy sangat tengok korang berdua dh jadi pasangan suami isteri yang sah. Aku je yg single lagi.. huhuhuhu.. It's okay, aku tak frust ke ape ke.. Aku yakin, jodoh aku ada. Cuma belum masanya lagi. Kita yg belum lagi ni pun kena prepare diri dengan ilmu rumahtangga.

   Okayy.. ni aku attach picture kami dengan pengantin untuk hari ni..


Ni gambar aku dengan ilas dan pengantin


Ni gambar ain, fatin syafirah & pengantin

   Lagi 2 orang takde.. iaitu, afifah manan & nabilah. Ada lagi gambar kami semua kat pelamin dengan pengantin. Tapi, gambar tu kat fatin. Dia pun tak bagi lagi. So, aku letak gambar yang ada je kat sini ye.. Ouhh.. ada lagi gambar kitaorang bersama. Ha, ni dia..

Ini gambar kami bersama2.. snap kat luar rumah pengantin.

   Okayy.. ni je gambar yang aku boleh masukkn dalam blog. Apepun, aku berdoa semoga Najeha & Syarafi kekal bahagia hingga ke syurga. Cuma nak pesan pada koranv berdua yang dah bergelar suami isteri ni belajar terima kekurangan & kelemahan pasangan masing2.. kalau lihat dia punya kekurangan sama2 perbaiki, sama2 menyempurnakan. Tolongg.. pesan aku jangan pernah tinggalkan pasangan anda. Jangan pernah membenci pasangan anda.. Bertolak ansur & sabar tu kena ada. Kalau pasangan kita kuat ego. Salah sorang kena mengalah.. Mengalah bukan bererti kalah. Tapi, lebih kepada untuk menyelamatkan keadaan, taknak bagi keadaan lebih ditahap kritikal.. 

   Okayy korang.. aku sayang korang kerana Allah.. Ukhwahfillah.. Aku berharap semoga perahabatan kita hingga ke akhir hayat. Doakan aku bertemu jodoh dengan orang yang dapat terima kekurangan & kelemahan aku, orang yang dapat guide aku hingga ke syurga. Aku pun mendoakan korang yang single akan bertemu jodoh dengan orang yang baik2.. k.. Assalamualaikum.. ^_^

Thursday, 27 July 2017

Hari Raya 02-07-2017

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Woaahhh.. dah lama tak update blog. I think adalah sebelum raya hari tu aku tak pernah update. Well..

Maybe, korang akan cakap "hidayah busy".
Noo laaa... i'm not busy pun. I just malas nak type guna phone ni je.. hahaha

   Memang niat dihati nak update macam-macam.. Lagi-lagi, kisah tentang raya hari tu. Tapi, everytime aku dah niat nak update, tak jalan pun.. Niat tu biar macam tu je. Hehehe...

   Okayy.. ni kisah tentang kawan baik aku kat IIC datang beraya last 2 week.. Well.. nama dia Safwan Malik. Korang nak kenal boleh pm..! Hahahaha.. takde lah aku gurau je. Last year 2016, ada dia datang beraya kat rumah & that is the first time dia datang you alls.. Dan.. this year is second time dia datang and dia bukan berseorangan k.. dia ajak kawan dia ex-student IIC jugak. The same place kitaorg study juga. Cuma dia lain kos dengan kami.. Fadhli namanya.. pun nak kenal boleh pm tepi. (sis joke k..).

   Ini je gambar yg kami snap.. kenangan aku dgn korang Raya 2017 ni..


 

   Let me introduce themselves ye.. yg kat belakang tu Fadhli.. dan yang kat depan tu Safwan. segak2 noh depaorang.. tapi, cantik lagi aku..!! hahaha.. sis gurau je.. sis kan suka syok sendiri. Muahahaha..


Disebabkan gambar ni, si Debab ni panggil aku Jembalang, hantu kain hijau. (Kuajaqqqq).. Tapi, sekarang melekat panggilan Langsuir. (Lagi kuajaqqq). Cili nak..??? hahaha.. Haishh.. Disebabkan dia gelarkan aku macam tu, aku pun nak jadi jahat gelarkan dia "Si Debab". Jahatkan aku.. (sekali sekala jadi jahat). Hehehe..

   By the way, thanks korang datang beraya rumah aku.. Ada rezeki ke sana, aku datang pulak beraya rumah korang.. InsyaAllah.. ^_^ 
Okayy.. penat dah aku menaip panjang2 ni. Aku mengundur diri dulu ye.. Kalau rajin aku update cter yang terbaru pulak. Bye2.. ^^


 

Saturday, 15 July 2017

Atas Nama Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

   Sekarang jam menunjukkan pukul 12.55 a.m .. Wahhhh... gigih ape pulak aku update blog pepagi ni..!! HAHAHAHA...

   Entahlahh tetiba baru terjaga dari tidur terasa nak update. Takde benda merepek pun aku nk update, just one song lyric only yg dari dulu aku suka lagu ni.. tajuk dia yang kat atas tu.. "Atas Nama Cinta by UNIC".. you know what..? Macam mana aku blh terminat lagu ni..! Semuanya ketika zaman study dulu. Dulu kat hostel (rumah kami 34-2-2 je) ada buat Usrah.. So, kak Aisyah (a.k.a Murabbiah) kalau ape2 aktiviti luar mesti dia ajak pergi.

   Kebetulan ada program (aku dh tak berapa ingat). But, most to ke arah perkahwinan lah tajuknya gittew. Dan.. dibuat di dlm UKM. So, macam biasalah kan, bila ada ceramah mesti ada persembahan lagu dari peserta. So, bila depaorg menyanyi lagu ni. Aku pun dh mula terminat. Dalam hati aku tika tu "woahhh.. lagu best, orang yg buat persembahan pun best. Tak mengecewakan.."

   Cinta tu maksud dia luas.. Cinta yg aku ingin perkatakan disini bukan cinta menjurus kepada manusia, tapi cinta yg menjurus kepada Cinta Ilahi.. Yang kadang2 kita terlupa, kita terlalai dengan semua ni.. Malas nk explain panjang2.. korang hayati bait2 kata lagu ni ye.. Rajinkan diri dengan membaca ye.. okay, bye.. <3

               




 

Friday, 16 June 2017

Yang Terindah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog. Tetiba malam ni terasa nak update. Tapi, tak ada mood nak type panjang2..

Korang, pernah rasa sedih & kecewa..?

Of course pernah..! Jadi, apa yang korang buat untuk hilangkan perasaan tu..? Apa ubat & penyelesaiannya..? Tell me..! Kita sharing together.

For me, kalau aku sedih & kecewa atas sesuatu yang berlaku, pertama yang aku fikir is "aku diuji". Yes.. kita semua diuji dengan pelbagai bentuk. Ada orang yang diuji dengan kemewahan, ada orang diuji dengan kemiskinan, sakit, kecewa, sedih. Happy pon adakalanya ia suatu ujian. Why..? Sebab, orang mudah lupa Tuhan bila datangnya pada dia sikap terlalu gembira sampai lupa Dia. Sebab itu Allah datangkan kesedihan pada diri kita agar kita sentiasa mengharap & meminta pertolongannya.

Kemudian, bila aku sedih & kecewa aku akan katakan pada diriku, "seandainya ini yang KAU datangkan kepadaku, aku redha. kerana aku tahu KAU akan memberi sesuatu yang terbaik untuk diriku."






Sunday, 28 May 2017

Menu Puasa 28-05-17

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t ....

   Petang tadi aku kata nak buat nasi kerabu kan..?? Okay.. ini lah hasilnya..






   Rupa tak cantik.. tapi, rasa boleh lah masuk dengan tekak aku.. adalah rasa dia sama dengan yang beli even not 100% .. hehehe.. Aku puas hati mencuba resepi dari "Azie Kitchen". Terima kasih kepada empunya blog.. At least, aku mencuba & aku tau bila aku rasa nak makan aku dah boleh buat sendiri, air tangan aku sendiri..

TERIMA KASIH YANG EMPUNYA RESEPI, TERIMA KASIH YANG MERASAI NASI KERABU AIR TANGAN AKU..

Saturday, 27 May 2017

Menu for Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t ..

   Apa khabar anda semua..? Bagaimana dengan puasa untuk hari yang kedua ini..? Baik ataupun Lebih Baik..? Alhamdulillah.. semoga puasa ini menjadikn kita lebih baik insyaAllah..

   Baiklah, puasa ni kadang-kadang takde idea nak masak & nak makan apa kan..? Patut lah orang kata soalan sebegini is complicated question.. hehehe.. Tapi, hari ini aku nak try buat nasi kerabu lah pulak.. Maybe, sebab aku search tengok bahan-bahannya is simple. So, i decide to make this menu for today. Tetapi, i need to inform my mother first. Okay ke tak menu untuk berbuka ni..? Karang aku buat, depa kata takdak org makan lah, dah ada menu lain lah. Ceq mana nak tau kan..! huhu..

   Okay, actually this recipe for nasi kerabu aku amik dari "Azie Kitchen". Aku suka bab search resepi ni tengok pada her blog. Sebab, cara kak azie ni share recipe dari blog dia, dia show step by step tau. Siap ada gambar masakan yang dia buat lagi. (Terliur ceq tengok) and that's why lah aku cepat faham..

   Aku selalu dengar orang kata budu..budu..budu.. Tapi, aku tak tahu apa rasa budu..? Aku pernah je beli & makan nasi kerabu yang orang kelantan buat. Tapi, aku makan takde rasa lain pon.. Biasa je.. Siap aku tanya kak faizah lagi (staff in my office) macam mana rupa budu. Katanya, yang warna coklat2 tu, itu lah budu. Ouhh.. but, i don't really know it. So, hari ni nasi kerabu aku try buat letak budu (kalau ada dalam peti sejuk lagi).

   So, korang yang tak tahu menu berbuka apa nak buat boleh la search tengok menu yang simple & sedap2 yang boleh korang buat ok..!! Tak salah mencuba something news. But make sure, if you're first time buat resepi baru. Elakkan buat terlampau banyak. Karang tak pasal2 membuang ke dalam tong sampah.. Jangan Membazir yee...!! Amalkan hidup bersederhana, jangan tamak.. Okay, akhir kata ... Selamat Berpuasa..

Wednesday, 24 May 2017

Wanita Dambaan Syurga

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Hai.! Dah lama tak update blog (lama lah sangat). hehehe.. okay, korang tau kan aku nak citer pasal ape ni..? Tu tajuk kat atas tu ade. "Bidadari Syurga". 

   Baiklah, siapakah bidadari syurga yang aku maksudkan ni ialah Ainul Mardhiah yang bermaksud "Mata yang Diredhai". Bilamana dikatakan dengan word of 'bidadari'. Akan ada yang terfikir, 'kecantikan'. Am i right..?? Ye.. sebab wanita dan kecantikan berpisah tiada. Wanita bila nak nampak cantik, akan ada yang bermake up, pergi salon buat rambut bagi nampak cantik. Kerana apa..? Kerana ia adalah FITRAH bagi insan yang bergelar wanita. Tetap, bagi kisah Ainul Mardhiah ini dia bukan cantik kerana bermake-up, atau pergi salon bagi nampak cantik.. Tidak sama sekali..!! Kecantikan yang dia perolehi adalah kecantikan natural. Dan kecantikan dia melebihi kecantikan Neelofa, Siti Nurhaliza. (mereka pon cantik juga)

   Bidadari syurga ini bukan sebarang-barang orang boleh dapat. Tetapi, Nabi kata "sesiapa yang keluar dijalan Allah, tiba-tiba dia mati syahid akan dianugerahkan dengan bidadari yang cantik daripada dikalangan bidadari syurga". Indah bukan..?? (Aku pulak yang rasa teringin). hehehe..
Jadi apabila, ada seorang pemuda yang mendengar kata-kata Nabi, dia berasa teringin nak tahu macam mana lah kecantikan bidadari syurga yang Nabi perkatakan ini. Tetapi, pemuda ini berasa malu nak bertanya pada Nabi & sahabat-sahabat yang lain. Biarpun malu, dia tetap mendaftar dirinya keluar berjihad di jalan Allah bersama-sama Nabi & para sahabatnya.

   Baiklah seperti kita tahu, tidur sebelum Zuhur itu Sunnah.. Jadi, cara Nabi sebelum zuhur, baginda akan tidur sekejap didalam masjid. Dan.. sahabat dan pemuda tadi pun bersama-sama tidur juga didalam masjid. Didalam tidur tadi, pemuda ini bermimpi bertemu dengan seorang bidadari yang kecantikannya lebih cantik daripada dikalangan bidadari syurga. Dan.. itulah Ainul Mrdhiah.. Berbalik kepada pemuda tadi, dia bermimpi berada di sebuah tempat yang indah dan bertemu dengan seseorang yang pakaiannya cantik, bersih dan mukanya berseri-seri. Dan pemuda ini bertanya kepada lelaki itu.

"dimanakah aku sekarang".?

Lelaki itu menjawab..
"kamu sekarang berada didalam syurga".

Dan kerana dia berasa ini adalah peluang yang bagus, dia bertanya kepada lelaki itu:

"Tuan, saya berhasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah, bidadari yang paling cantik dan yang paling jelita seperti yang Nabi katakan tadi".

Jawab lelaki itu:
"kamu pergilah dipohon sana. Bidadari yang kamu ingin jumpa ada disana".

   Maka, berjalanlah pemuda itu tadi menghampiri pohon yang lelaki itu katakan tadi. MasyaAllah, SubhanAllah.. bertapa terkejutnya pemuda itu apabila melihat seorang wanita yang cantik jelita yang mana kecantikannya yang belum pernah dia lihat didunia ini dan kecantikannya berkali-kali ganda daripada wanita dunia. Kemudian, pemuda ini merapati dan memberi salam serta bertanya.

 "Adakah kamu ini Ainul Mardhiah..?"

Jawab wanita itu:
"Ohh.. tidak.. saya bukan Ainul Mardhiah. Saya adalah Khadam diluar singgahsana Ainul Mardhiah".

Pemuda itu bertanya keinginannya untuk bertemu Ainul Mardhiah.

Jawab khadam itu tadi:
" Ainul Mardhiah ada didalam singgahsana ini".

   Pemuda ini, berjalan masuk kedalam singgahsana ini dan alangkah terkejut & terpesonanya dia apabila singgahsana ini dihiasi dengan permata-permata yang bersinar. SubhanAllah.. inilah istana didalam syurga yang tersangat indah. Lalu pemuda ini masuk dimahligai itu lalu alangkah terkejutnya dia apabila melihat wanita kedua yang mana kecantikannya berkali-kali ganda cantik daripada wanita yang dia jumpa di pohon itu tadi.

Lalu pemuda ini mendekati, beri salam & bertanya wanita itu:
"Adakah kamu ini Ainul Mardhiah..?"

Wanita itu menjawab:
"Tidak.. saya bukan Ainul Mardhiah. Jika kamu mahu berjumpa dengannya, dia ada di atas singgahsana".

   Dalam tidak sabar untuk bertemu dengan bidadari syurga, pemuda ini berjalan ditangga yang dihiasi dengan permata, lalu berjumpa dengan wanita yang mana kecantikannya ini jauh berkali kali kali ganda daripada yang dia jumpa dipohon & diluar singgahsana itu tadi. (boleh bayangkan bertapa cantiknya Ainul Mardhiah ni). Maka dengan tidak sabar, pemuda ini merapati, beri salam, & bertanya :

"Adakah kamu ini Ainul Mardhiyah..?"

Jawab wanita itu:
"Ya.. saya adalah Ainul Mardhiah".

   Apabila terdengar jawapan wanita itu lalu pemuda ini cuba mendekatinya. Lalu kata Ainul Mardhiah:

"Kamu tidak boleh menghampiri saya. Kamu tidak boleh mendekati saya. Memang Allah ciptakan saya untuk kamu, dan kamu untuk saya. Tetapi, soalnya sekarang kamu belum mati syahid".

   Maka pemuda ini terkejut, lalu terjaga daripada tidurnya. Dia bercerita kepada seorang sahabat, lalu sahabat itu menjawab:

"Kamu jangan sesekali bercerita perihal mimpi kamu kepada Rasulullah, sehingga kamu benar-benar mati syahid barulah kamu ceritakan kepada baginda". (Sahabat buat lawak. Dah mati mana boleh ceritakan..?? hehehe)

   Lalu mereka pon keluar berjihad bersama-sama dengan para sahabat yang lain dan ditakdirkan pemuda ini meninggal dunia & syahid lalu sahabat kepada pemuda ini bercerita kepada Rasulullah tentang perihal mimpi pemuda ini. Kata Nabi, bahawa semua mimpi yang diceritakan kepadanya adalah benar-benar belaka. Kata Nabi lagi:

"Saksikanlah bahawa pemuda itu tadi sedang menanti hidangan-hidangan untuk berbuka puasa didalam syurga". (kisah ini dibulan puasa)

   Indah bukan cerita ni.. kalaulah kita yang merasa bidadari syurga itu terlalu cantik sangat-sangat. Dengar kata Nabi ni (kira memujuk hati kita yang wanita lah)

 "Sesungguhnya wanita syurga yang paling hebat adalah wanita dunia".

   Tetapi dengan syarat  jadilah wanita yang solehah, isteri yang solehah yang mana akan diangkatkan darjat menjadi ketua bidadari syurga. (MasyaAllah.. teringin sangat).

.... Macam mana cerita ni..? Bestkan..? Siapa yang taknak jadi cantik, siapa yang taknak jadi bidadari, siapa yang taknak jadi ketua bidadari. Semua wanita ada rasa itu semua. Tetapi, usahalah menjadi isteri, anak dan ibu yang terbaik & solehah. InsyaAllah.. semoga semua impian dimakbulkan jua. Sebelum aku nak menutup kan tirai, aku nak masukkan sekali lirik lagu Ainul Mardhiah dalam blog ni. Hayati lirik ni, lagu ni best.. my favourite song dari sekolah rendah lagi ..... okay bye2..





Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...