Wednesday 24 May 2017

Wanita Dambaan Syurga

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Hai.! Dah lama tak update blog (lama lah sangat). hehehe.. okay, korang tau kan aku nak citer pasal ape ni..? Tu tajuk kat atas tu ade. "Bidadari Syurga". 

   Baiklah, siapakah bidadari syurga yang aku maksudkan ni ialah Ainul Mardhiah yang bermaksud "Mata yang Diredhai". Bilamana dikatakan dengan word of 'bidadari'. Akan ada yang terfikir, 'kecantikan'. Am i right..?? Ye.. sebab wanita dan kecantikan berpisah tiada. Wanita bila nak nampak cantik, akan ada yang bermake up, pergi salon buat rambut bagi nampak cantik. Kerana apa..? Kerana ia adalah FITRAH bagi insan yang bergelar wanita. Tetap, bagi kisah Ainul Mardhiah ini dia bukan cantik kerana bermake-up, atau pergi salon bagi nampak cantik.. Tidak sama sekali..!! Kecantikan yang dia perolehi adalah kecantikan natural. Dan kecantikan dia melebihi kecantikan Neelofa, Siti Nurhaliza. (mereka pon cantik juga)

   Bidadari syurga ini bukan sebarang-barang orang boleh dapat. Tetapi, Nabi kata "sesiapa yang keluar dijalan Allah, tiba-tiba dia mati syahid akan dianugerahkan dengan bidadari yang cantik daripada dikalangan bidadari syurga". Indah bukan..?? (Aku pulak yang rasa teringin). hehehe..
Jadi apabila, ada seorang pemuda yang mendengar kata-kata Nabi, dia berasa teringin nak tahu macam mana lah kecantikan bidadari syurga yang Nabi perkatakan ini. Tetapi, pemuda ini berasa malu nak bertanya pada Nabi & sahabat-sahabat yang lain. Biarpun malu, dia tetap mendaftar dirinya keluar berjihad di jalan Allah bersama-sama Nabi & para sahabatnya.

   Baiklah seperti kita tahu, tidur sebelum Zuhur itu Sunnah.. Jadi, cara Nabi sebelum zuhur, baginda akan tidur sekejap didalam masjid. Dan.. sahabat dan pemuda tadi pun bersama-sama tidur juga didalam masjid. Didalam tidur tadi, pemuda ini bermimpi bertemu dengan seorang bidadari yang kecantikannya lebih cantik daripada dikalangan bidadari syurga. Dan.. itulah Ainul Mrdhiah.. Berbalik kepada pemuda tadi, dia bermimpi berada di sebuah tempat yang indah dan bertemu dengan seseorang yang pakaiannya cantik, bersih dan mukanya berseri-seri. Dan pemuda ini bertanya kepada lelaki itu.

"dimanakah aku sekarang".?

Lelaki itu menjawab..
"kamu sekarang berada didalam syurga".

Dan kerana dia berasa ini adalah peluang yang bagus, dia bertanya kepada lelaki itu:

"Tuan, saya berhasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah, bidadari yang paling cantik dan yang paling jelita seperti yang Nabi katakan tadi".

Jawab lelaki itu:
"kamu pergilah dipohon sana. Bidadari yang kamu ingin jumpa ada disana".

   Maka, berjalanlah pemuda itu tadi menghampiri pohon yang lelaki itu katakan tadi. MasyaAllah, SubhanAllah.. bertapa terkejutnya pemuda itu apabila melihat seorang wanita yang cantik jelita yang mana kecantikannya yang belum pernah dia lihat didunia ini dan kecantikannya berkali-kali ganda daripada wanita dunia. Kemudian, pemuda ini merapati dan memberi salam serta bertanya.

 "Adakah kamu ini Ainul Mardhiah..?"

Jawab wanita itu:
"Ohh.. tidak.. saya bukan Ainul Mardhiah. Saya adalah Khadam diluar singgahsana Ainul Mardhiah".

Pemuda itu bertanya keinginannya untuk bertemu Ainul Mardhiah.

Jawab khadam itu tadi:
" Ainul Mardhiah ada didalam singgahsana ini".

   Pemuda ini, berjalan masuk kedalam singgahsana ini dan alangkah terkejut & terpesonanya dia apabila singgahsana ini dihiasi dengan permata-permata yang bersinar. SubhanAllah.. inilah istana didalam syurga yang tersangat indah. Lalu pemuda ini masuk dimahligai itu lalu alangkah terkejutnya dia apabila melihat wanita kedua yang mana kecantikannya berkali-kali ganda cantik daripada wanita yang dia jumpa di pohon itu tadi.

Lalu pemuda ini mendekati, beri salam & bertanya wanita itu:
"Adakah kamu ini Ainul Mardhiah..?"

Wanita itu menjawab:
"Tidak.. saya bukan Ainul Mardhiah. Jika kamu mahu berjumpa dengannya, dia ada di atas singgahsana".

   Dalam tidak sabar untuk bertemu dengan bidadari syurga, pemuda ini berjalan ditangga yang dihiasi dengan permata, lalu berjumpa dengan wanita yang mana kecantikannya ini jauh berkali kali kali ganda daripada yang dia jumpa dipohon & diluar singgahsana itu tadi. (boleh bayangkan bertapa cantiknya Ainul Mardhiah ni). Maka dengan tidak sabar, pemuda ini merapati, beri salam, & bertanya :

"Adakah kamu ini Ainul Mardhiyah..?"

Jawab wanita itu:
"Ya.. saya adalah Ainul Mardhiah".

   Apabila terdengar jawapan wanita itu lalu pemuda ini cuba mendekatinya. Lalu kata Ainul Mardhiah:

"Kamu tidak boleh menghampiri saya. Kamu tidak boleh mendekati saya. Memang Allah ciptakan saya untuk kamu, dan kamu untuk saya. Tetapi, soalnya sekarang kamu belum mati syahid".

   Maka pemuda ini terkejut, lalu terjaga daripada tidurnya. Dia bercerita kepada seorang sahabat, lalu sahabat itu menjawab:

"Kamu jangan sesekali bercerita perihal mimpi kamu kepada Rasulullah, sehingga kamu benar-benar mati syahid barulah kamu ceritakan kepada baginda". (Sahabat buat lawak. Dah mati mana boleh ceritakan..?? hehehe)

   Lalu mereka pon keluar berjihad bersama-sama dengan para sahabat yang lain dan ditakdirkan pemuda ini meninggal dunia & syahid lalu sahabat kepada pemuda ini bercerita kepada Rasulullah tentang perihal mimpi pemuda ini. Kata Nabi, bahawa semua mimpi yang diceritakan kepadanya adalah benar-benar belaka. Kata Nabi lagi:

"Saksikanlah bahawa pemuda itu tadi sedang menanti hidangan-hidangan untuk berbuka puasa didalam syurga". (kisah ini dibulan puasa)

   Indah bukan cerita ni.. kalaulah kita yang merasa bidadari syurga itu terlalu cantik sangat-sangat. Dengar kata Nabi ni (kira memujuk hati kita yang wanita lah)

 "Sesungguhnya wanita syurga yang paling hebat adalah wanita dunia".

   Tetapi dengan syarat  jadilah wanita yang solehah, isteri yang solehah yang mana akan diangkatkan darjat menjadi ketua bidadari syurga. (MasyaAllah.. teringin sangat).

.... Macam mana cerita ni..? Bestkan..? Siapa yang taknak jadi cantik, siapa yang taknak jadi bidadari, siapa yang taknak jadi ketua bidadari. Semua wanita ada rasa itu semua. Tetapi, usahalah menjadi isteri, anak dan ibu yang terbaik & solehah. InsyaAllah.. semoga semua impian dimakbulkan jua. Sebelum aku nak menutup kan tirai, aku nak masukkan sekali lirik lagu Ainul Mardhiah dalam blog ni. Hayati lirik ni, lagu ni best.. my favourite song dari sekolah rendah lagi ..... okay bye2..





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...