Sunday, 25 February 2018

Menu Air Tangan Aku - part 1


Bismillahirrahmanirrahim


Hai, selamat petang.! hari ni cuti takde pergi mana2 lagi2 cuaca yang panas
masyaAllah.. boleh terbakar kulit kalau duk main kat luar ni. 
So, saje nak isi masa lapang sis nak citer serba sedikit menu yang sis
pernah buat. Cuma sis boleh share gambar je tau. Resepi sis tak letak disini
sebab sis malas nak type panjang2.. hehe.. 😅


Okay antara menu yang sis pernah buat seperti dibawah 
👇👇👇





Bakso

Mee Sup

Mee Goreng Basah


Cheezy Wedges


Aiskrim Vanilla Oreo

Cheese Tart

Char Kuew Tiaw

Rempeyek
(gambar ni ja ada)

Mee Kari

Spaghetti Carbonara

Nasi Ayam

Nasi Kerabu

Kuew Tiaw Goreng



Garlic Bread & Mushroom Soup

Nasi Minyak

Ayam Masak Merah

Cake Indulgence

Cake Nutella

Cake Oreo (3 bahan sahaja)

Chocolate Cake Caramel

Brownies Walnut

Brownies Strawberry


Cake Sarang Semut

Swiss Role Chocolate

Durian Crepe

Croissant Bread

Bun Pizza

Honey Bread

Pizza


Nasi Beriyani Gam

Masak Lemak Ikan Keli Salai

Cendawan Goreng


Guys, semua ni adalah menu dari air tangan sendiri. Yupp.. bukan senang nak buat.
Kadang2 menjadi, kadang2 tak menjadi. Rasa tak okay laa.. But, for sure sis nak 
makan, sis buat sendiri. Nak beli bukan tak mampu, tapi tak berapa puas nak makan.
Sebab tu, sis lebih suka beli barang sendiri, and masak sendiri.

Actually, ada lagi menu yang sis pernah buat. Cuma takda gambar yang sis boleh paparkan disini. Thanks for reading.. Luv you guys.. 😘

Sekian..

25-02-18 / 4.23 p.m



Wednesday, 21 February 2018

Story for February 2018



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. dah lama tak update blog. So, hari ni kita update laa ye.
.
.
Sebenarnya banyak yang nak dicerita kat sini. First thing first about my bestfriend's marriage. She is Nurafifah bt Abd Manan a.k.a Kana Yuki. The one yang always dengan aku masa di sekolah Menengah.. Kelas form 3 hingga form 5 sama2, jadi pengawas sama2. Setiap kali kalau ada apa2 aktiviti, project kena buat. Mesti dia akan cakap dia nak sama2 dengan aku. Rinduuu weyhhh... tapi, tu kisah lepas. 😢 Seriously, i miss that moment dengan kau and our classmates 3 Mapan (2008), 4 Ehsan (2009), 5 Ehsan (2010). Babe kalau boleh diundurkan masa aku teringin sangat nak kembali zaman persekolahan. Aku rindu kita sama2.. Pergi KL sama2, semata2 nak buat project Geografi.
.
.
Sekarang kau dah kahwin, dah ada insan tersayang yang akan jaga kau. Nak keluar macam biasa pun tak boleh dah. Sebab, your husband is priority in your life. Tak boleh nak keluar dengan kawan2 sesuka hati. Babe, i'm happy for you dear. Tanggal 17-02-2018 kau telah selamat menjadi wife orang. Tarikh tu juga sempena tarikh lahir kau. Tahniah babe.. Semoga menjadi isteri terbaik untuk suami tercinta.
.
.




Thursday, 11 January 2018

Bukan Aku


Bismillahirrahmanirrahim.. 



Dalam hidup ini, 
Seringkali aku berbicara pada 
hati dan diri. 
Jangan TERLALU MENGHARAP, 
dan
Jangan MEMBERI HARAPAN. 
kerana
Dua benda ini seiring dengan kehidupan
kita. 
Terlalu mengharap akan membuat kau
kecewa. 
Disaat sesuatu yang kau
inginkan, tidak kau temukan, tidak kau
dapatkan.. 
Akhirnya, kau menangis, kau berduka, 
kau kecewa.. 
Hati remuk melihat insan yang kau suka,
Akhirnya dia bukan pilihan kau. 
Dikala, kesedihan,  kekecewaan belum 
dapat kau terima, 
Akhirnya, ada insan yang ingin menjadikan
kau bidadari buatnya. 
Beriya-iya dia mahu memilikikan kau,
Dari dulu berhajat mahu menjadikan 
kau sebahagian dari dirinya. 
Bekerja semata-mata mahu
membelikan kau emas permata, 
Sebagai TANDA buat kau dan dirinya. 
Tetapi, 
Disaat itu kau sedang ada yang punya, 
ALLAH.. 
Bantulah hamba-Mu..
Bukan niatku untuk memiliki kamu,
Bukan niatku untuk memberikan kecewa, 
Bukan niatku, berkawan denganmu,
untuk kau merasa aku ini berlebih-lebih.. 
Bukan niatku, memberi harapan padamu. 
TIDAK SAMA SEKALI.. 
Aku terima kamu hanya untuk sebagai seorang 
kawan.. 
Aku terima kamu hanya kerana aku ingin 
berkawan.. 
Aku terima kamu kerana tidak mahu disalah
tafsir orang kerana sombong. 
FAHAMILAH AKU.. 
AKU KELIRU.. 
Aku tidak mahu terima kamu kerna simpati, 
Aku tidak mahu terima kamu kerana
usikan orang, 
Aku tidak mahu terima kamu kerana
terpaksa, 
dan.. 
Aku tidak mahu memaksa hati jika
aku tidak berkehendak padamu. 
Aku tahu niat baikmu, 
Aku tahu kau memang terbaik.. 
Tapi, itu bukan buatku. 
Mungkin kau adalah buat seseorang
yang menjadi terbaik buat dirimu. 


Luahan rasa

11.06 p. m







Saturday, 6 January 2018

Happy New Year 2018


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. sudah masuk ke tahun 2018 kita semua. Cepatnya masa berlalu kan..??
Tahun ni sudah menjangkau usia 25 tahun (tak muda dah)  😂
.
Nak fikir soal ape..?
.
Soal Kahwin?? (ada jodoh, ada lah)
.
Sekarang ni nak fikir kerjaya aku, nak habiskan bayar PTPTN, nak fikir ape yang aku perlu dapatkan untuk hidup aku. like orang lain. Dapat beli Asset masing-masing, travel sana sini. (bestkan)
.
Aku pun teringin nak merasa semua tu...
.
Teringat masa aku belajar dulu. Ape yang aku nak is aku ada kerjaya, gaji yang aku dapat bgi kat mak abah sebagai belanja mereka, duit untuk dapur.
.
Tapi, yang aku ingat apa yang aku dah dapat sekarang ni is aku dah penuhi impian aku untuk belanja mak abah aku makan. even takdelah tempat mewah kan. Itu pun dah berpuas hati.. Alhamdulillah.. 💗
.
Dan tahun ni.. yang paling aku tunggu2 kan is ketibaan my junior a. k. a anak buah.
Then,  i become Maksu to be..yeayyyy.. happy wehhhh..
.
Tak sabar nak dakap dia. Jadikan dia as my adik,  anak (pon boleh). kahkahkah.. 😂
.
As you know, aku takde adik sebab aku yang last, bongsu. So, tak pernah merasa ada adik, bermain dengan adik. Nak jugaklah macam kakak2 sikit perangai kan. Tapi,  aku ni dah jadi "makcik" ok for my junior.. huhu.. 😏
.
Dijangka end of this month my sister in law bersalin. InsyaAllah, doakan yang baik2.. Semoga ibu dan baby sihat2 sahaja. Luv both of you.
.
hmmm.. itu je nak citer untuk tahun baru ni. first story for 2018.
.
Sekian..      
.
4.31 pma

Friday, 5 January 2018

Quote "Hati"

Bismillahirrahmanirrahim..


Kalau hati ada berkata "elehh"
itu tandanya anda mula beraksi RIAK
.
Kalau hati ada berkata "biarlah"
itu tandanya anda mula beraksi TIDAK MEMPEDULI
.
kalau hati ada berkata "menyampah aku"
itu tandanya anda mula beraksi CEMBURU
.
Kalau hati ada berkata "lantaklah"
itu tandanya anda mula beraksi SOMBONG
.
Kalau hati ada berkata "malas campurlah"
itu tandanya anda mula beraksi MEMULAU
.
Kalau hati ada berkata "aku kaya"
itu tandanya anda mula beraksi BONGKAK
.
Kalau hati ada berkata "aku lebih hebat"
itu tandanya anda mula beraksi EGOIS
.
Kalau hati ada berkata "aku sayang kepada semuanya"
itu tandanya anda mula kembali kepada FITRAH yang mengatasi segala aksi di atas
.
.
.
Tanyalah diri .. Siapa aku sebenarnya..?
.
.
.
Siapa kata USTAZ tak pernah buat DOSA
.
Siapa kata PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH
.
Siapa kata CHEF tak pernah masak NASI MENTAH
.
Siapa kata DOKTOR tak pernah SAKIT
.
Siapa kata PROFESOR tak pernah KENA TIPU (walaupun dia serba tahu)
.
INGATLAH bahawa semua Manusia yang hidup di dunia ini
.
.
.
Allah berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing-masing
.
Allah berikan Kelebihan,  Bukanlah 100%
.
Diberinya semua Pengetahuan
.
Allah berikan Kekurangan,  Bukanlah sehingga ia Menghinakan
.
Terkadang sengaja Allah menyulitkan perkara yang kita PAKAR
agar kita tidak perlu SOMBONG
 .
Agar kita sentiasa menjadi HAMBA yang BERSYUKUR kepada-NYA
.
Jika SEDIH, Jangan pendam dalam hati,  Ada Allah tempat BERBAGI
.
Jika MARAH, Jaga fikiran & hati, Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI
.
Jika SUSAH, Jangan merasa pilu, Ada Allah tempat MENGADU
.
Jika GAGAL, Jangan berputus asa, Ada Allah tempat MEMINTA
.
.
.
Moga 2018 bermakna untuk aku, kau,  dan kita semua..
.
(C&P)


Sekian...        3.56 pm

Saturday, 16 December 2017

La Tahzan, La Takhaf



  1. Bismillahirrahmanirrahim..


(gambar sekadar hiasan)



Allah tahu kau penat,
Allah tahu kau letih,
Allah tahu kau dah tak mampu,
Allah tahu kau mahu 'give up'.

Sabarlah duhai hati,
Hidup ini bukan seindah yang diimpi,
Jalannya penuh berliku,
Jalannya penuh berduri,
Dicucuk sakit tiada siapa tahu,
Hanya kau dan DIA yang tahu.

Hidup ini takkan pernah padam
dengan ujian,
Ia datang tanpa kita menduga,
Ia datang saat kita lelah menerima,
Ia datang saat kita tidak bersedia,

Bersabarlah...

Kuasa sabar itu indah,
Kau takkan nampak indahnya sekarang,
Jika kau tidak merasai nikmatnya
ujian.

Teguhkan hati,
Kuatkan diri,
Bersandarlah pada DIA,
Bukannya Manusia,
Kerana manusia tidak mampu berbuat
apa-apa,
Kerana manusia tidak sehebat DIA.

Kuatlah..

Bersabarlah..

Dunia ini hanya tempat persinggahan,
Kau sakit, 
Kau terluka,
Kau diuji,

Hanya Disini..!!

Yang Indah, Yang hakiki,
Nun disana,
Di Syurga yang menanti..


Hasil Nukilan HJ
11.29 p.m


Wednesday, 29 November 2017

Malu oh Malu

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Waaaaaa... Hari ni kejadian yang memalukan untuk aku..

Tau tak kat office tadi, lepas solat asar kat tingkat atas. Mr Ong boleh pulak ada kat atas.. Then, bila aku nak masuk toilet, dia berlalu masuk kat bilik Gym..

Time aku nak keluar dari toilet, Mr Ong pun keluar. Tapi, yang memilukan hati aku is bila tiba je nak keluar kat pintu toilet tu tetiba 'pheeewwwwww'..  Tergelincir weyyy kat depan Mr Ong.. Dia punya jatuh tu tak dapat aku nak cerita kan.. Yang aku tau, Maluuunyerrr.. 😭😭😭  Drama sangat kan..! Isskk3.. 😢

Pastu, Mr Ong tanya "you okay ke".?

Aku jawab okayy.. (tak pandang muka dia, sbb segan punya pasal)

Aku bangun, then terus blah turun.

Dalam hati hanya Allah yang tahu...! Kalau lah muka ni putih, memang dah nampak muka kemerahan menahan malu korang tau..!!

Turun je bawah, aku citer kat kak sophia & kak faizah tentang peristiwa jatuh depan Mr Ong..

Kak faizah boleh pulak gelak.. Ishhhh ape daa... 😠

Pastu, lagi beberapa minit je nak balik. Dalam hati aku harapkan supaya takdelah selisih dengan Mr Ong. Malu punya pasal kot.. Tup2 jumpa plak dia. Aku tunjuk kat dia jari telunjuk dekat mulut aku kat dia (minta dia jangan bocorkan rahsia aku tadi) .

Pastu, boleh plak si Ah Wai (peminat) ni nampak aku buat tangan dekat Mr Ong. Dia pun mulalah tak puas hati.. HAHAHA.. kononnyaaa..!! Then, siap persoalkan lagi kenapa aku buat tangan macam tu kat Mr Ong. Menyebokk je si Ah Wai ni..

Boleh pulak cakap depan aku, dia dah tak suka Mr Ong dah.. Pergghhh.. Jujur betul dia ni.. HAHAHA.. Tapi, aku tau dia gurau2 je.. Bukan serius pun.. Kami memang macam ni. Gelak2, kacau mengacau.. 😅😅

Haisshhhh.. Entah macam mana lah esok ni..! Still masih malu lagi dengan hal tadi.. Malu nak selisih dengan Mr Ong. Mesti, dia tadi gelak dalam hati kan..?? Yelah, kelakar kot aku jatuhh...

Orang kalau jatuh, muka nak nangis. Tapi, aku jatuh muka minta gelak dulu.. 😅😂

Huh... Okaylah. Setakat disini je citer aku.

Dah2 Solat Maghrib dulu ye..!!

Sekian

7.15 p.m





Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...