Thursday 11 January 2018

Bukan Aku


Bismillahirrahmanirrahim.. 



Dalam hidup ini, 
Seringkali aku berbicara pada 
hati dan diri. 
Jangan TERLALU MENGHARAP, 
dan
Jangan MEMBERI HARAPAN. 
kerana
Dua benda ini seiring dengan kehidupan
kita. 
Terlalu mengharap akan membuat kau
kecewa. 
Disaat sesuatu yang kau
inginkan, tidak kau temukan, tidak kau
dapatkan.. 
Akhirnya, kau menangis, kau berduka, 
kau kecewa.. 
Hati remuk melihat insan yang kau suka,
Akhirnya dia bukan pilihan kau. 
Dikala, kesedihan,  kekecewaan belum 
dapat kau terima, 
Akhirnya, ada insan yang ingin menjadikan
kau bidadari buatnya. 
Beriya-iya dia mahu memilikikan kau,
Dari dulu berhajat mahu menjadikan 
kau sebahagian dari dirinya. 
Bekerja semata-mata mahu
membelikan kau emas permata, 
Sebagai TANDA buat kau dan dirinya. 
Tetapi, 
Disaat itu kau sedang ada yang punya, 
ALLAH.. 
Bantulah hamba-Mu..
Bukan niatku untuk memiliki kamu,
Bukan niatku untuk memberikan kecewa, 
Bukan niatku, berkawan denganmu,
untuk kau merasa aku ini berlebih-lebih.. 
Bukan niatku, memberi harapan padamu. 
TIDAK SAMA SEKALI.. 
Aku terima kamu hanya untuk sebagai seorang 
kawan.. 
Aku terima kamu hanya kerana aku ingin 
berkawan.. 
Aku terima kamu kerana tidak mahu disalah
tafsir orang kerana sombong. 
FAHAMILAH AKU.. 
AKU KELIRU.. 
Aku tidak mahu terima kamu kerna simpati, 
Aku tidak mahu terima kamu kerana
usikan orang, 
Aku tidak mahu terima kamu kerana
terpaksa, 
dan.. 
Aku tidak mahu memaksa hati jika
aku tidak berkehendak padamu. 
Aku tahu niat baikmu, 
Aku tahu kau memang terbaik.. 
Tapi, itu bukan buatku. 
Mungkin kau adalah buat seseorang
yang menjadi terbaik buat dirimu. 


Luahan rasa

11.06 p. m







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...