Monday 15 May 2017

Ketibaan Bulan Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hai.. semua apa khabar..?? Sihat..?

  Hari ni takde nak type & story panjang lebar. Cuma nak bagitahu, yang kita sedang menghampiri bulan mulia iaitu bulan Ramadhan yang akan bermula pada hari sabtu 27-May-2017. Seronok rasanya.. tak sabar nak berpuasa.

   Semoga dibulan puasa ini, menjadikan kita lebih kuat & ikhlas menjalani ibadah-Nya.. Semoga bacaan Al-quran tak lekang dibibir.

   Ouh ya.. bercakap pasal Ramadhan ni kan, teringat solat terawih di Masjid UIA, dan tak boleh lupa bila berterawih di Masjid Wilayah bersama dengan Murabbiah Kak Aisyah dan housemate. Nak cerita sedikit lah kan tentang moment berterawih di masjid UIA & Wilayah ni is UIA you know, kebanyakannya dikerumun dengan pelbagai bangsa & negara.. nama pon " University Islam Antarabangsa" of course lah penuh dengan foreigners. Lagi satu, ayat2 yang imam baca kat sini panjang tau. Aku rasa mahu 1 muka surat dia baca macam tu.. Okay, kalau masjid Wilayah pulak yang bestnyer bukannya suasana dia. Tapi, bacaan imam yang membacanya menyentuh hati aku. Macam mana ek nak cakap..? hmm.. nanti korang kena pergi sendiri terawih di masjid Wilayah ataupun korang dengar di radio ikim. Haa.. macan tu lah bunyi bacaannya. Sangat menyentuh khalbu.
 
   Lepas tu, selalunya lepas terawih 8 rakaat kami akan akan adakan usrah. Usrah kami ni, akan ada pertama, bacaan quran (seorang demi seorang), kemudian kedua, volunteer huraian bacaan & maksud ayat ape yang kita fahami. Kiranya share lah tu pengetahuan kita ttg ayat tu. Ketiga, seminggu sebelum itu salah seorang diantara kami ada tugasan yang diberikan oleh Murabbiah berkaitan tajuk tazkirah yang dia suruh sampaikan. So, dengan tajuk tu kami kena search lah point2 yang kena bentangkan depan kawan2 nanti. Kira sharing is caring.. dan keempat after habis tazkirah, akan ada perkongsian dari Murabbiah if there something she want to talk kt kitaorang. So, amik sedikit ilmu dari dia.. itu je..

   Now, aku rindu sangat that moment dengan housemate & kak aisyah.. bila lah lagi akan ada moment macam ni.. hmmm.. okay lah, aku kata nak story sedikit je, tapi ni dah panjang lebor aku story. Huhuhu...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...