Monday, 31 August 2020

MAJLIS PERTUNANGAN 02/08/2020 - AHAD

 Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, lagi 2 hari genaplah sebulan aku jadi tunangan orang. Macam tak percaya pula. 

Okay persiapan pertunangan kami actually aku nak yg low budget & simple je. Aku budget dalam bawah RM1200. Tapi ada yg sponsor dari segi goodies (Air kotak), pelamin & makanan. Alhamdulillah, Terima kasih.. Yang aku guna duit aku ialah; 

MAKEUP  x RM 180

KARIPAP 100 PCS  x  RM 40

KEK SECRET RECIPE  x  RM 100

COKLAT  x  RM 50

BUAH  x  RM 100

DODOL  100 PCS  x  RM 80

WAJIK  x  RM 40

BARANG HANTARAN & BAJU TUNANG  x (estimated RM300) 

CROWN & TUDUNG  x  RM 25

TOTAL : RM 915


Abang Sponsor Pelamin  x RM 200

Mak sponsor air kotak 5 box  x  RM 80

Abah sponsor makanan

Kak ipar tolong gubah hantaran & buat cookies yg abang kedua aku sponsor, kakak kedua aku buatkan popia cheese & kek pisang, along aku sediakan keropok ikan bagi kat tetamu makan. Abg aku yg ketiga tukang tolong2 time kenduri. 

Menu hari tu family & sedara terdekat masakkan gulai lemak daging, ayam goreng berempah, sambal ikan bilis tempoyak, sambal belacan, sayur campur goreng, sayur pucuk ubi rebus, ulam2 & buah tembikai. Air pula air sarsi. Alhamdulillah, paksu tunang kata makanan semuanya sedap. Syukur.. Hasil tangan family & sedara yg masak of course lah sedap. HAHAHA..

Nak citer lah sikit masa hari kejadian. Kakak aku kata MUA yg akan makeup kan aku tu dia datang awal dalam 10.30am mcm tu. Aku macam... Eh awalnya sampai. Majlis pun start pukul 2.00pm kot. Pastu, aku siap2 dulu mandi. Takut dia sampai nanti takde lah aku kelam kabut time tu lah nak siap2 nak mandi lah apa lah. Tepat kol 11.00am dia sampai terus setting barang & terus makeup. I thought MUA tu sebaya aku sbb sebiji macam umur 20 an. Sekali dia cakap umur dia 32 tahun & dah ada anak 2 pun. HAHAHA... okay.. Sambil makeup tu kitaorg berbual2.. Aku tanya dia kenapa awal sangat makeup. Then dia kata, pukul 1.30 pm tu dia ada nak pegi tempat lain nak makeup kan orang nikah pula. Lagipun, makeup ni ambil masa 1 jam hokayyy !!! Aku pun pernah jgk makeup utk diri sendiri tapi mindset aku tak expect pula makeup ni amik masa sampai 1 jam. Pastu MUA tu kata kalau nikah lagi lama dalam 2 jam gitu. Fuhhhh.... thats why kalau time booking tu kena inform awal2 pukul berapa event so that diorang boleh ready awal2.. hokayy aku faham. Lepas makeup, muka of course jadi lain. Sampaikan anak buah aku sorang ni pandang lain macam, Terkejut kot tgk muka Maksyu dia lain. HAHAHA.. Dhia oh Dhia..


Ni muka lepas makeup.. Cantik tu sebab makeup ja.


pelamin ni my brother yg sponsor



baju tunang ni aku yg pilih dan beli. Lace tu mak aku yg pilih. Matching dgn baju tu. 
Cumanya aku nak bagitau maybe silap aku sebab tak tanya dulu worker kedai (even worker tu mcm tak jaga kedai pun hado) lace ni berapa harga semeter. Dah bayar baru dia bagitau AND HARGA yg I UNEXPECTED semeter RM 25 hengget.. Minimum kena amik 3 meter. So korang darablah RM25 X 3 ..??? Menangis WOOO... Ini sajadah mahal. Tapi takpelah sbb aku sendiri yg pakai.


Goodies untuk tetamu. Air Kotak, Cookies (kak ipar yg buat), Dodol (order kat mak kak ipar)



Majlis start pukul 2.00 pm hingga petang. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.. Jemputan untuk orang kampung tak ramai pun. Sebabnya as you know musim Covid ni kan tak boleh jemput ramai orang. Lagi2 aku memang klu boleh bertunang ni taknak lah panggil ramai orang macam nak kahwin je. Sedikit orang sudah memadai kan ??


Ni hantaran dari belah aku.. Semua aku yg beli dan kak ipar tolong gubahkan.


Kek hantaran dari belah lelaki


Pulut Kuning dari belah lelaki


Cincin Tunang 


3 Hantaran dari belah lelaki berbalas 5 Hantaran dari belah perempuan







Kedua-dua belah tengah berbincang. 

Amik gambar bersama belah lelaki sebelum semua bersurai balik


So far kt office aku selain kawan yg aku ajak ada lah beberapa org yg tau terutamanya Nancy. Dia ingat aku bertunang dengan Lan a.k.a kawan 1 kerja. Haishhh.. tak habis2 diorang ni. Dari aku start kerja hinggalah sebelum aku bertunang diorang selalu match kan aku dengan dia tu. Aku kawan je kot (tepuk dahi).. Takpelah, aku doakan dia pun akan bertemu jodoh juga suatu hari nanti. InsyaAllah.. 😊

Okay next tajuk aku cerita macam mana aku boleh jumpa tunang & berapa lama relationship kitaorang.
Ewahh, dah macam apa dah aku ni. Syok sendiri je ni. HAHAHA.. Takpe, cerita untuk kenangan aku suatu hari nanti ja ni. 


Sekian..   

31/08/2020 / Isnin / 3:54 PM



Monday, 8 June 2020

Berita Tergempar Untuk Aku

Bismillahirrahmanirrahim.. 


Assalamualaikum.. 


   Hari ni aku masih terfikir akan sesuatu. Benda yang aku tak pernah sangka2. Jika selama ini aku hanya melihat bahagia orang meraikan nya. Tak mustahil benda tu akan terjadi pada aku. 

   Tanggal 07/06/2020 (Ahad), seseorang yang aku rapat telah menyatakan hasrat hatinya untuk merisik & meminang aku. (kenapa aku rasa macam jiwang je dengan penulisan aku ni. haha). Tapi, serious talk bila dapat massage dari dia. Aku pun macam terkejut + berdebar hati. Dan aku pun terus cerita kat mak & abah. 

   Dalam ayat dia tu kata nak datang meminang. So, dia suruh set masa yang sesuai bila aku dah betul2 bersedia. Guess what, aku fikir dia nak terus buat majlis. Dan aku pun cakap lah pada mak & abah. Last2, dia kata nak datang jumpa mak abah untuk nyatakan hasrat tu. Aku pun fikir time tu kalau buat majlis terus better bulan 7 cuma aku tak bagitau details tarikh sepatutnya la. Yelah, semalam baru bagitau takkan aku nak tergesa2 pulak. At least bagilah aku masa. 😅 Tetiba dia kata nak dtg untuk jumpa mak abah, aku punnn.. hmm.. kan bagus ayat tu bagi terang terangan. janganlah kata nak masuk meminang. Katalah nak datang rumah nak jumpa mak abah. Haishhh lah dia ni..  Confuse aku tau.  😌 Hmmm.. aku pun dah terlepas bagitau dia. aku cakaplah buat bulan 7. So, bulan 7 tu nantilah datang ye. 😂 majlisnya pun buat bulan 7 jugak. 

   Perasaan aku time tu bila orang kata nak meminang, first of course lah terkejut beruk. Kedua happy + gementar. And the last aku rasa sedih pulak. Yelah, dalam fasa bertunang tu orang kata jangan ikat lama sangat. Tapi, aku rasa 6 bulan (standard bagi orang lain) tu mcm awal kot. Ko boleh rasa tak yang life ko dah lain. Sebelum ni ko single. Duduk dengan mak ayah. Bermanja2 dengan diorang. Aktiviti harian ko semua dengan diorang. Then, bila kau terpaksa lalui satu kehidupan yang berbeza, status ko dah berubah, ko pun dah jadi milik orang lain. Cuba ko ghasee??  Sedih kott... Lagi2 berjauhan dengan family. 😢 Ya Allah.. aku tak boleh nak fikir dah. Sebak je aku rasa. 

   Cuma aku harapkan semoga urusan kami dipermudahkan dengan izin-Nya.. InsyaAllah, Aamiin.. 


Sekian..  08/06/2020 - 08:18pm


Thursday, 19 March 2020

Bermacam Jenis Manusia



Bismillahirrahmanirrahim



Hari ni hari ketiga bersamaan 20-03-2020/Jumaat "Kawalan Pergerakan" dijalankan.


So far tak boleh nak ke mana, just "Stay At Home". Boring yang teramat.!!


Pagi ni mood tak berapa nak ada. Lagi2 hadap dengan orang yg budget bagus.


Ini adalah senarai perangai orang yang aku nyatakan.



1) SUKA MENASIHATI ORANG UNTUK KEBAIKAN, TETAPI LUPA UNTUK 
     MENASIHATI DIRINYA SENDIRI

Contoh pertama, Jemah menasihati Senah supaya jangan mengata belakang or memburukkan Gayah. Kerana perbuatan itu tidak baik umpama seperti "makan dagingnya sendiri". Dia juga memberitahu supaya memaafkan sahaja supaya hati sentiasa tenang. Suatu hari, Jemah bergaduh dengan Senah atas sebab2 tertentu dan Jemah menceritakan kepada Gayah tentang keburukan Senah sehinggakan dia lupa akan kata2 nya sebelum itu.

Contoh kedua, Jemah berpesan kepada adiknya supaya rajin menolong ibu & melakukan kerja rumah. Tetapi, Jemah lupa mengingatkan dirinya sendiri. Hari cutinya hanya dibilik tanpa melakukan apa2 kerja. Hanya makan & tido. Bilamana ada orang datang kerumah ataupun dia berada dirumah orang lain, sikap rajin nya cukup terserlah. Sehinggakan ada yang memuji Jemah seorang yang rajin. 







2) BERASA DIRI BAGUS / BANYAK BERKATA2 TAPI TIADA TINDAKAN

Okay yang ni lain sikit. Orang macam ni suka potpet memanjang nak buat itu, nak buat ini. Tapi, habuk tak ada. Hanya suka bising & bercerita kepada orang sambil bermegah untuk diri sendiri. Sambil berkata jika dia tidak membantu pasti tidak berjalan/terurus sesuatu kerja. Tetapi, kalau tengokj kerja yang dilakukan pun seperti ajak2 ayam. 





3) IKHLAS TAPI MENGUNGKIT

Penyakit yang ini kalau tak ada kat dunia ni maybe golongan yang ini dah pupus. Orang yang macam ni kau kena hati2 sikit. Mula2 memang dia akan bagi apa barang yg kau nak pinjam. Tapi, bila kau bergaduh. Kau siap sedia dengan ayat "UNGKIT" dia tu yg sampai kiamat belum tentu habis.. Tapi, bila dia nak pinjam barang kau. Dia akan mempersoalkan apa yang dia dah tolong kt kau. Even, pertolongan dia dah lapuk pun. Sekarang pun kau boleh kira dengan jari berapa kali je dia tolong kau. HAHA.. Lepas tu dia mempersoalkan tentang "IKHLAS". Yg ni aku gelak dululah ye, sebab kelakar. HAHAHAHAHAHAH !!!!! Katanya bagi tu kena ikhlas. Tapi aku tengok kalau aku tak bagi pun, kau main bedal je. Serupa orang muka tak tau malu. BEGOK AMAT SIH. Kau yg memberi sambil esok lusa mengungkit balik IKHLAS KE TEWWWW ???? By the way, what i want to say is IKHLAS tu rahsia engkau dengan Tuhan. Engkau takkan tau apakah pemberian kau tu ikhlas diterima Tuhan atau pun tidak. Kalau kau rasa betul2 confirm ikhlas. Jawapan aku, MATI DULU BARU TAU..(Ayat kasar noh). But that is reality. So, jangan memandai2 nak sebut dan mempersoalkan IKHLAS SESEORANG.









4) SUKA MENYEBOK HAL ORANG  

Yang ni pun ada je. Aku dah jumpa orang macam ni. 1 2 kali bersabar berdiam je dulu. Kali ketiga memang mendapat lah. Memang sound habis lah jawabnya. Lagi2 org tu mood tak bagus, lagi mendapat. Dari jadi kucing terus ke Singa.






5) HIDUP BERPURA-PURA

Kalau yang ni, aku panggil HIPOKRIT. Contoh, depan orang baik, belakang orang, pijak semut tak mati. Lagi satu yg macam drama melayu. Depan orang rajin kemain. Belakang orang Mak sendiri minta tolong pun berkira. Yelah, kata pujian manusia tu lebih penting kot eh !!! puihhh...







Next point I will updated soon.



Sekian..




Friday, 6 March 2020

Celebrate Birthday Abah (03-03-2020)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Assalamualaikum..



Hari selasa (03-03-2020) celebrate birthday abah yang k-66 tahun. Lewat sehari je raikan birthday abah yg bertarikh pada 02-03-1954 (isnin). Malam tu dinner sponsored by my sister (Nurul). Dari makanan hingga kek, totally dia belanja.


Tempat dinner kitaorg takdelah jauh mana pun. 20 minit jgklah dari rumah. Sebab esoknya kan nak keje. So, that's why lah pilih tempat yg dekat2 je.




"Restoran Wan Mat Seafood Ikan Bakar & Western Food"
Restoran Makanan Melayu-Thai di Hulu Langat, dekat2 dengan
Traffic Light.





Okay, time ni kitaorg sampai dah 90/100 dah siap terhidang. Kakak aku yg booking siap2. Yelah kan senang sampai2 terus makan je. Tak payah dah nak tunggu diorg masak lagi kan. Yang ni, sementara tunggu abg & kakak aku pgi amik kek kat secret recipe.





Sementara makan, ada sesi potong2 kek dulu. Actually, bukan makan pun. Just buat syarat je. Kalau makan kek nanti habislah makanan yg terhidang tu tak termakan. hehe..





Kek Indulgence sempena Birthday Abah yg ke-66 tahun.




















Selepas sesi memotong kek, barulah makan. Serious aku kenyang dengan 2 kali tambah nasi. HAHAHA.. (jangan tak cayo eh). Lagi satu of course lah aku lapar time tu, sebab lunch aku makan salad + anggur + cheese mayonis je kot. Ko rasa ??? 😂


Aku listkan makanan yg kakak aku order dinner tu ialah:-

Nasi putih
Telur Dadar
Sotong Goreng Tepung
Cendawan Goreng Tepung
Kailan Ikan Masin
Sup Ayam (utk Dhia)
Tomyam Seafood
Tomyam Ayam
Siakap Stim
Siakap 3 Rasa
Ikan Bawal Bakar
Rojak Buah
Pulut Mangga
Air Kosong
Air Tembikai



To be honest, overall aku rasa makanan semua perfect & sedap. Cuma ikan bakar tu kalau ada air asam lagi perfect.. Pastu pulut mangga aku first time makan selama hidup 27 tahun ni tak pernah rasa pun cmne rasa dia. Bagi tekak aku, aku boleh cakap bolehlah 30/100 rasa dia. Maybe sebab agak pelik bagi aku combination mangga & pulut tu kot. Tapi, boleh je telan. Sedap cuma santan dia tu je manis. Makanan semua habis, cuma Tomyam je kitaorg tapau sebab banyak sangat lebih. Sayang plk buang. Membazir! 




Sekian
06-03-2020 / 11.53pm

Thursday, 6 February 2020

Makan di Restoran Terrapong

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.


Hai,
Dah tahun 2020 baru nak update kan. Tahun ni genaplah usia aku 27 tahun. Even usia dah meningkat, tapi rupa masih budak2 lagi. Ha gitteww.. 😁 Bukan aku yg cakap, customer chinese guy yang dtg office pun panggil aku "adik". Ko rasa?? hahaha...

C.N.Y baru je beberapa minggu yang lepas berlalu. Alhamdulillah, rezeki macam biasa tiap2 tahun dpt limau sekotak & bonus sebulan gaji & dpt cuti 6 hari. Btw, mcm biasa limau sekotak tu klu kat rumah aku ni tak pernah bertahun2 nak habis lambat. Paling2 pun hari tu 1 minggu dah lesap. huhu.. kuat naw org rumah makan termasuk aku. 😅

Bonus ni macam biasa aku berkongsi rezeki dengan family. Ape dia?? Aku punya kongsi rezeki ni takdelah nak bwk family travel jauh2.. Sekadar ikut kemampuan belanja family makan besar kt luar. Sambil tu celebrate birthday mak (Radziah) & anak buah (Dhia Irdina).

Pemilihan tempat nak makan dimana ni pilihan oleh abg aku yg first. Dia request nak makan kt Restoran Terapong. Dekat je dengan rumah aku. 10 minit dah sampai.

So, pemilihan menu ni aku dengan abg yg pilih. First dia yg mula ckp dgn aku nak booking tempat so that senang tempat ada. lagi2 tau jelah bila makan dalam kuantiti yg ramai ni kekadang tempat takde. So, bila booking ni okaylah sikit tempat dh tersedia.

Balik pada menu tadi, abg aku nak amik yg promotion punya dalam 8 orang makan around Rm 200 something. Makanan banyak jugaklah sedia. Murah memang murah cuma tak tau kuantiti dia bnyk mana. That's why mcm aku lebih suka pilih sendiri. Sebab, at least aku tau banyak mana kuantiti nak makan untuk family aku seramai 10 org dewasa & 1 org kanak2.. Mahal takpe, at least kita puas hati. So,  macam biasa abang aku yg tolong booking kan.



Ni semua total makanan yg kitaorg order


yg ni abg aku kata promotion yg dia nak amik. tapi, aku kata biar kita pilih sendiri lagi bagus. 


Sampai2 je, ada sesetengah menu dah terhidang atas meja. 









Birthday Opah (02/02/2020) & Dhia (16/01/2020)





Thank you Pak Ngah Dhia sponsor kek Chocolate Cake Walnut from Secret Recipe

Restoran Terrapong



Overall bagi aku semua perfect. Makanan sedap, services okay, and tempat yg dibooking pun luas and cantik. Abah aku pun sempat request birthday dia bulan 3 nanti nak makan kt sini lagi. (tu kena tanya next yg akak belanja lah kan). 😂 Then, dari segi harga bagi aku tu number 2. Yang penting sedap and semua org puas hati tu yg first. 

Ouh ye, yg celebrate birthday sambil bawak kek tu first time kot aku buat kt restoran. Actually, kitaorg bukan makan pun. Just saja2 potong2 kek gitu. Pastu, tak sangka orang yg restoran tu buka lagu "Allah selamatkan kamu". Fuhh kemain anak buah aku menari tangan dia tu. Kek sponsor by abg aku yg first. Dia yg request nak sponsor. Alhamdulillah.. 


Sekian.. 
07-02-2020 / 11:03 pm


Monday, 30 September 2019

Resepi Nasi Ayam


Bismillahirrahmanirrahim..


   Semalam, 29-09-2019 celebrate birthday abang yg ketiga. Plan menu tak tau nak buat apa. Mak tanya, nak masak apa. Kalau boleh buat untuk makan malam sekali. Aku nak buat nasi ayam penyet. Tapi, mak suruh buat nasi ayam. Sebabnya, anak buah sorang tu dah pandai makan nasi berlauk. Hmmm.. kuturuti jualah.

   Pastu, aku plan nak buat cocktail buah. Kuih keria tu on the spot dapat idea time beli barang dapur kat pasaraya CS. So, menu petang tu is Nasi ayam,  Kuih keria, Cocktail buah, Buah, & Chocolate cake walnut.

 
Chocolate Cake Walnut (sponsor by mak) 


Cocktail Buah (sponsor by aku) 


Nasi Ayam


Kuih keria & Buah-buahan







   Ni resepi nasi ayam style aku yang aku rasa paling mudah lah ni aku buat. Ni, kalau orang yang malas pun boleh jadi rajin. 


Resepi Nasi Ayam 

Bahan-bahan untuk ayam:

- 1 ekor ayam potong 4 (direbus air banyak) 
- 5 ulas bawang putih (tumbuk) 
- 3 hiris halia (tumbuk) 
- Sos tiram
- Madu

--> Ayam yang telah direbus sekejap, marinate dengan bahan tumbuk tadi, pastu masukkan sos tiram and madu.  Marinate dalam 1/2 jam or lebih pun okay. 
--> Pastu, bakar dalam pembakar yang dialaskan dengan Aluminium foil selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius. 


Bahan-bahan untuk Nasi:

- 4 pot beras (untuk 10 org makan) 
- 2 ulas bawang putih (tumbuk) 
- 2 hiris halia (tumbuk) 
- 1 sudu kecil butter or margarine
- 1 sudu kecil minyak masak
- pewarna kuning
- Air stok ayam
- 1 helai daun pandan
- 1 kiub ayam
- Garam

--> Panaskan minyak and butter/margarine. Kemudian masukkan bahan tumbuk. Dah kuning baru masukkan air stok ayam, pewarna kuning, kiub ayam, dan sedikit garam. (garam jangan letak banyak sebab kiub tadi pun dah rasa masin). Dah menggelegak tu baru masukkan dalam periuk yg berisi beras. Dan masukkan daun pandan untuk mewangikan. Dah masak, boleh hias dengan taburan bawang goreng, bagi menyedapkan lagi rasa nasi ayam tu. 

Bahan untuk Sos cili

- 8 biji cili merah (blend) 
- 5 biji cili api (blend) 
- 4 ulas bawang putih (blend) 
- Cuka
- Garam / gula
- Sos cili

--> Masakkan bahan yang diblend. Masukkan cuka,  garam,  gula n sos cili. Pastu pandai2 adjustlah rasa tu so that ada rasa masam, manis, n masin.. 

Bahan untuk kicap :

- Kicap kipas udang (manis) 
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 
- 2 hiris halia (ditumbuk) 
- air stok ayam
- tepung jagung (untuk memekatkan kuah) 

--> Masakkan air stok ayam, kicap, bahan yang ditumbuk, dan sedikit air tepung jagung. Kacau sehingga kuah kicap pekat. (make sure jangan terlalu pekatlah. Agak2 cair sikit okay dah) 

Bahan untuk sup :

- 2 ulas bawang putih (tumbuk) 
- 2 hiris halia (tumbuk) 
- Daun sup
- bawang goreng
- 1 kiub ayam
- garam

--> Masukkan air stok ayam tadi dan campurkan dengan bahan tumbuk,  kiub ayam, garam. Kalau rasa air stok ayam tu sikit. boleh campur dengan air biasa. Biar menggelegak. Last sekali dah masak, baru letak daun bawang n bawang goreng. (aku buat sup ni tak tumis n tak letak minyak pun. Sebab air ayam tadi dah berminyak lemak dah pun).

   Okay,  pastu hias lah dengan salad, timun,  n tomato.. Pastu, sedia untuk dihidangkan. Kalau korang tengok nasi ayam aku ni setiap bahan masakan tu aku masukkan bawang putih n halia.. itulah, rahdia penyedap rasa nasi ayam.. Simple dan mudah.. Boleh try and error okay. 
Bye.. 


Sekian 

30-09-2019 / 9.26 pm

Saturday, 14 September 2019

Resepi Kek Marble


Bismillahirrahmanirrahim..


   Malam ni, ter extra rajin nak masak itu ini. Extra rajin tu sampai nak buat dua resepi kuih dan kek. Mula2 cakap dengan mak nak buat rempeyek. Tapi, bila fikir balik rempeyek ni lambat nau siapnya. So, aku decide untuk buat kek marble. For your information, aku tak pernah buat kek ni selama aku hidup 26 tahun ni. Chewah.. haha.. Tapi, disebabkan dulu pernah kak Siti (kakak kat tempat kerja aku), dia bagi kek marble ni. Terusss fuhhhhh satu bekas tu habis.😂 Serius aku cakap memang rasa dia sedap sangat. Btw, aku bukan peminat kek kering ni sangat. Sebab aku punya cita rasa adalah kek yang ada cream. Tak kisahlah kek coklat ke kek cheese ke, make sure mesti ada topping kat atas kek tu.

   Then, salah satu aku buat kek ni pun sebab dari facebook Azlina Ina Bakery. Aku suka part dia buat kek and tak lokek ilmu  share resepi kat orang ramai. That's why banyak yang dia post aku like. Sampai dapat anugerah "top fans" ko...!! hahahhaha.. ko hadooo ??? 😜

   Okaylah, resepi dan gambar dekat bawah ni ha.

Macam ni selang selikan adunan A and B


Pastu lorekkan buat corak supaya dekat kek dalam tu kelihatan cantik.


Dah siap bakar pun


Tadaaaaaa.... 


Cantik tak kejadiannya.. Macam versi baju Harimau Malaya kan??? hahahahaha... 



Resepi Kek Marble

- 220 gram Margerin 
- 180 gram Gula Aising
- 1 penutup Esen Vanilla
- 6 biji telur gred B
- 200 gram Tepung Gandum
- 20 gram Susu Tepung
- 1 sudu Baking Powder
- 1/4 Susu Pekat Manis
- 3/4 Serbuk Koko/Emulco Coklat
- Esen Pewarna (colour ape2 pun boleh) 


Cara Membuat:

- Mix kan Margerin dan gula aising
- Masukkan esen vanila dan telur satu persatu serta susu pekat manis. 
- Kemudian masukkan tepung, susu tepung, dan baking powder. Putar sehingga sebati. 
- Adunan yang telah sebati asingkan kepada 2 bahagian. 
- 1 bahagian masukkan serbuk koko. Kalau nak guna emulco coklat pun okay. Cuma aku takde benda alah tu so ganti dengan serbuk koko jah.
- 1 bahagian masukkan Esen pewarna. Ape2 warna yang ko rasa menarik tertarik kau memang da bomb pun boleh. Macam aku letak pewarna oren. 
- Dah settle this part, barulah sediakan loyang yang dilapik dengan kertas kek. 
- 1 layer adunan masukkan warna koko, kemudian atas adunan koko tadi letakkan adunan pewarna lain. Bergilir2 lah buat sampai kedua2 adunan habis. 
- So, boleh bakar selama 45 minit dengan suhu 170 or 180 darjah celcius.. 

Selamat Mencuba



15/09/2019
12.20 a.m

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...