Thursday 19 March 2020

Bermacam Jenis Manusia



Bismillahirrahmanirrahim



Hari ni hari ketiga bersamaan 20-03-2020/Jumaat "Kawalan Pergerakan" dijalankan.


So far tak boleh nak ke mana, just "Stay At Home". Boring yang teramat.!!


Pagi ni mood tak berapa nak ada. Lagi2 hadap dengan orang yg budget bagus.


Ini adalah senarai perangai orang yang aku nyatakan.



1) SUKA MENASIHATI ORANG UNTUK KEBAIKAN, TETAPI LUPA UNTUK 
     MENASIHATI DIRINYA SENDIRI

Contoh pertama, Jemah menasihati Senah supaya jangan mengata belakang or memburukkan Gayah. Kerana perbuatan itu tidak baik umpama seperti "makan dagingnya sendiri". Dia juga memberitahu supaya memaafkan sahaja supaya hati sentiasa tenang. Suatu hari, Jemah bergaduh dengan Senah atas sebab2 tertentu dan Jemah menceritakan kepada Gayah tentang keburukan Senah sehinggakan dia lupa akan kata2 nya sebelum itu.

Contoh kedua, Jemah berpesan kepada adiknya supaya rajin menolong ibu & melakukan kerja rumah. Tetapi, Jemah lupa mengingatkan dirinya sendiri. Hari cutinya hanya dibilik tanpa melakukan apa2 kerja. Hanya makan & tido. Bilamana ada orang datang kerumah ataupun dia berada dirumah orang lain, sikap rajin nya cukup terserlah. Sehinggakan ada yang memuji Jemah seorang yang rajin. 







2) BERASA DIRI BAGUS / BANYAK BERKATA2 TAPI TIADA TINDAKAN

Okay yang ni lain sikit. Orang macam ni suka potpet memanjang nak buat itu, nak buat ini. Tapi, habuk tak ada. Hanya suka bising & bercerita kepada orang sambil bermegah untuk diri sendiri. Sambil berkata jika dia tidak membantu pasti tidak berjalan/terurus sesuatu kerja. Tetapi, kalau tengokj kerja yang dilakukan pun seperti ajak2 ayam. 





3) IKHLAS TAPI MENGUNGKIT

Penyakit yang ini kalau tak ada kat dunia ni maybe golongan yang ini dah pupus. Orang yang macam ni kau kena hati2 sikit. Mula2 memang dia akan bagi apa barang yg kau nak pinjam. Tapi, bila kau bergaduh. Kau siap sedia dengan ayat "UNGKIT" dia tu yg sampai kiamat belum tentu habis.. Tapi, bila dia nak pinjam barang kau. Dia akan mempersoalkan apa yang dia dah tolong kt kau. Even, pertolongan dia dah lapuk pun. Sekarang pun kau boleh kira dengan jari berapa kali je dia tolong kau. HAHA.. Lepas tu dia mempersoalkan tentang "IKHLAS". Yg ni aku gelak dululah ye, sebab kelakar. HAHAHAHAHAHAH !!!!! Katanya bagi tu kena ikhlas. Tapi aku tengok kalau aku tak bagi pun, kau main bedal je. Serupa orang muka tak tau malu. BEGOK AMAT SIH. Kau yg memberi sambil esok lusa mengungkit balik IKHLAS KE TEWWWW ???? By the way, what i want to say is IKHLAS tu rahsia engkau dengan Tuhan. Engkau takkan tau apakah pemberian kau tu ikhlas diterima Tuhan atau pun tidak. Kalau kau rasa betul2 confirm ikhlas. Jawapan aku, MATI DULU BARU TAU..(Ayat kasar noh). But that is reality. So, jangan memandai2 nak sebut dan mempersoalkan IKHLAS SESEORANG.









4) SUKA MENYEBOK HAL ORANG  

Yang ni pun ada je. Aku dah jumpa orang macam ni. 1 2 kali bersabar berdiam je dulu. Kali ketiga memang mendapat lah. Memang sound habis lah jawabnya. Lagi2 org tu mood tak bagus, lagi mendapat. Dari jadi kucing terus ke Singa.






5) HIDUP BERPURA-PURA

Kalau yang ni, aku panggil HIPOKRIT. Contoh, depan orang baik, belakang orang, pijak semut tak mati. Lagi satu yg macam drama melayu. Depan orang rajin kemain. Belakang orang Mak sendiri minta tolong pun berkira. Yelah, kata pujian manusia tu lebih penting kot eh !!! puihhh...







Next point I will updated soon.



Sekian..




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...