Friday, 8 February 2019

Birthday's Celebration Opah & Dhia


Assalamualaikum

Event dah lepas pada 03-02-2019 (Ahad) tapi still nak update jugak. Bukan tak ingat nak update tapi MALAS!! 😂


Yang ni first time aku jadi 'Birthday's Planner' untuk anak buah aku yg first. Sambil tu buat sekali birthday Mak pada 02-02 yang berbeza cuma satu hari. Gigih no aku hias tau. Sampaikan boleh kena 'high blood pressure' rasanya. Dengan tali yg dh bersangkut asyik jatuh je. Belon plk dah stick kt kain lagi buat hal asyik jatuh memanjang. Tapi, nk buat guana. Sabor je hati.. 😇

Event malam tu menu simple je.
1) Kek Chocolate Walnut
2) Pizza
3) Cream Puff
4) Koktail
5) Nasi Goreng
6) Air Sirap


Aku hias sendiri..




Pizza sponsored by Along


Cream Puff sponsored by Kak Nurul


Happy birthday my love, Opah & Dhia
😘😘😘


Kek sponsored by Abg aku (Wafi) 


Ouh ye, Koktail tu (sorry takde gambar satu2) sponsored by Mak. Dan aku tukang buat je. Aku sponsor Box pizza yg ada ayam, roti cheese, nugget dlm tu. Tak tau nak panggil apa nama ntah. 

Overall, mmg kenyang kot time tu. Semua aku nak rasa. Semua aku nak bedal rasa. 

InsyaAllah, next celebration Abah & Abg aku yg first akan buat lain menu plk. Pssttt.. abg aku ni tak berapa nak suka kek coklat yg bnyk cream coklat tu sgt. Tapi, hri tu dia ada request kek black forest yg aku buat (aku ada posted kt blog b4) versi aku sendiri yg letak jem strawberry tu. 🍓 Okay, nanti aku buat. InsyaAllah..

Sekian


08-02-2019
10:55 pm

Sunday, 3 February 2019

Saguhati CNY


Assalamualaikum.

Now, February time.. So, Chinese New Year is around the corner. Tak prepare ape2 ke. kuih raya, baju raya, persiapan raya? Ehh of course la takkk..!! 😅 Aku tunggu Angpow dari boss je. (jgn cakap aku materialistik ok!) haha.. Aku gurau je. Angpow tu of course tiap2 tahun boss bagi. Bonus pun aku dah dpt hari khamis tu. Alhamdulillah, taklah banyak dan jga taklah sikit. Sebulan gaji. 

Kalau dapat bonus mesti orang kata 'KAYA'. Mana taknya duit gaji lagi, pastu bonus lagi. Guys, aku dapat tu Alhamdulillah sangat2.. Tapi, want say something. Dapat bonus tu kau kena pandai buat kira2. Jangan kau bedal habiskan semuanya. Macam aku. Ha akulah nak cter pasal sape plk.! Macam yg aku dapat ni. Aku terhadkan perbelanjaan aku sendiri. Contohnya untuk gaji aku dah siap2 tolak benda yg wajib contohnya, keperluan dapur, belanja mak ayah, hutang ptptn (mostly, part ni org akan hilang ingatan terus. tak caya kau tgk si peminjam luar sana), family saving, Asb saving, Yang ni aku nak bagitau ini adalah benda wajib aku akan tolak untuk gaji. pastu, tahun ni baru aku create sendiri iaitu simpanan sendiri. tak banyak pun dalam RM50 sebulan. And total perbelanjaan aku untuk setiap bulan aku bagitau hanya Rm200 sahaja. Ni belum masuk tolak duit minyak motor or keperluan motor lagi tau. Tapi, style aku kalau bulan ni aku dah terpakai duit untuk simpanan Asb or simpanan sendiri aku akan gantikan balik untuk bulan seterusnya. Mampu ke ??? haha
Ha, cter part bonus plk, aku tak habiskan semuanya. Aku terhadkan amount tertentu untuk aku belanja. Selebihnya aku simpan untuk kegunaan aku nanti. Lagi2 raya ni nak guna bnyk duit kan. So, disitulah kau amik utk kegunaan. Faham ke faham..?? Penat aku cter n explain panjang2. 😂 

Huishh panjang giler perenggan kedua ni. haha.. Okay, continue. Dari bonus tu juga aku mmg dah berniat nak belanja family makan kat luar. Cuma aku nak ingatkan korang. Bila ada rezeki lebih, seelok2nya share sedikit dgn family or kawan2 korang. Mudah mudahan, bertambah rezeki tu ye. Okay esok aku sambung cerita celebrate birthday Dhia & Opah ye.  Sebab, aku sekarang nak tido dah.  Jam pun lagi 1 minit nak dekat kol 12. okay bye2. 



03-02-2019
11.59 pm

Saturday, 26 January 2019

Story 2019 / Nasi Kak Wook dan Black Forest Cake



Assalamualaikum..

Before i story or say something, i want to wish Happy New Year to all of you. Selamat Tahun Baru 2019. Wuuuuuu i dah besau dah. Dah makin berseri2 pada usia ____ teeeeeettttttt .. haha. 😂 

Okay, dah masuk Chinese New Year aku baru nak update blog. hahaha.. 😅


Pagi tadi after solat subuh, mengantuk gila sampaikan pukul 10 am aku jaga. Then tido balik. 10.30 am baru lah bangun.. Ntahlah, mengantuk gila padahal malam tadi tidur awal kot kol 10 pm. 😅 Nampak tak aku penat gila.!! hehehe

So,  jaga tdi terus gi dapur buka peti ais fikir nak masak apa lunch ni. Mak aku kat luar tengah sapu sampah. Hmm terfikir nak masak Nasi Kak Wook pulak. Pastu, keluar ayam dari freezer nk bagi lembutkan isi dulu. Untuk abah aku, aku buatkan ikan merah masak sup. 

Settle siap berperang semua.  Dalam kul 1 pm barulah tamat semuanya. So inilah hasil Nasi Kak Wook untuk family aku makan. 

Tadaaaaa.. !!

 Kuah kari pekat


 Ayam goreng daun kari

Sambal Belacan


Okay.. ketiga2 ni lah combination Nasi Kak Wook.. Terliur takk..??

Pastu, petang pulak aku try buat the one kek yang dari tahun lepas aku nak try buat tapi tak berbuat2 atas sebab bahan tak mencukupi.

 Kek Black Forest


Seee!! menggugat iman tak bila tengok? Bahan ni dlm 2 weeks ago aku dah beli. Lagi2 strawberry 🍓 tu. Mana boleh simpan lama2. Nanti dia rosak and busuk. That's why aku buat kek.

Ouh yee, strawberry ni kalau korang nak tau. Aku buat bukan sekadar hiasan je tau. Dekat lapisan setiap kek tu aku letak jam strawberry yang aku buat sendiri. (hasil tunjuk ajarku sifu by Emak aku).

So, jam ni manis2 masam gitu. Tapi, sangat kena dengan taste aku. Dan aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja aku hari ni. Even tak setanding kek diluar sana. Tapi, aku mampu buat! Hasilnya gitu lah..
Syukur Alhamdulillah..

So,  next kek tengah mencari dan meninjau resepi yang mudah and marvelous untuk buat. Walaupun makan waktu gak lah. Btw,  tunggu one day aku update lagi ok. bye..


Saturday (26/01/19)
9:38 PM

Friday, 12 October 2018

Celoteh tengah malam


Bismillahirrahmanirrahim..

Sekarang waktu pagi 12:52 a.m . Mak jemah tak tido lagi.! Keboringan, tak boleh nak tido plus rasa lapo tengah2 malam ni. Padahal petang tadi kak faizah dah ajak g melantak nasi lemak.

Haishhh.. habislah jemah. Kalau melantak waktu gini mahu naik berat aku nanti. Pesan diri tu, jaga kesihatan ye jemah.

Dah2.. aku tak tau ape yg aku bebel tgh2 malam ni.!

Btw, aku rasa blog aku ni aku nak buat kelainan sikit laa. Yelah, nak story mcm2 takde idea perah otak nak story macam2..

So, aku rasa blog ni aku nak update story pasal resepi menu yang aku pernah buat laa.. Yelah, serba sedikit aku simpan kt blog aku boleh revise balik resepi yg aku jarang2 buat. Mana tau ko org yg baca ni boleh la follow resepi aku ni. Ada gak saham pahala utk aku. huahuahua... ko rasa cmne?

Okaylah.. nanti2 aku senang aku update sikit demi sikit.. aku skrg ni tak rajin nak update guna hp dh ni. Leceh sikit.

Okaylah.. dadadididudu...


13-10-2018 / 01:04 a.m

Saturday, 14 July 2018

Sikap Anak Bongsu

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Buka facebook, asyik jumpa benda ni je. So, i update di blog.

Baik, sikap anak bongsu yang perlu ketahui is :-

1) Agak Susah Nak Faham Diri

    I : Sometime laa.. Kadang2 rasa keliru dengan diri sendiri. Lagi2 bila mood yang berubah-ubah..

2) Bila Rasa Kecewa Suka Pendam Sendiri

    I : Yes.. mostly mmg suka pendam. Tapi, kalau rasa nak bercerita atau luahkan, me lebih senang dgn my mom.

3) Suka Korbankan Diri Sendiri

    Me : HAHA.. takde apelah nak dikorbankan.
    
4) Suka Ketawa & Ceria Selalu

    Me : Ketawa tu ye bila ada something yang kelakar. Kadang2 gelak tu tak blh nak kawal. HAHA.. Hmmm.. Ceria selalu tu tak kot. tapi, tgk pada situation laa.

5) Sangat Manja & Suka Dimanjakan

    Me : Me tak tau why anak yg last ni people selalu kaitkan dengan anak manja. why ?? For me,even me anak yg last but me nak kata anak manja tu takdelah sangat. Biasa je mcm anak yg first, second, third and so on..

6) Jenis Cepat Merajuk & Cepat Sejuk

    Me : Merajuk tu biasalah mcm org lain. tapi, merajuk tu kadang2 sekejap je. Nak rawat tu tak perlu pun org pujuk bagai, nak kena bagi bunga and whatsoever lah kan. Cuma, diri sendiri yg kena rawat dgn 'think positive'.

7) Kadang-kadang Suka Buat Andaian Sendiri

    Me : Yup. sometime. HAHA.. sebabnya mcm yg Number 1 tu lah.

8) Lemah Dengan Pengurusan Duit

    Me : Sedikitlah bab ni. Tapi, kena fikir jgk. Kalau boros sangat sampai tak save tu parah lah diri nanti. Lagi2 time saat kita memerlukan duit. So, kena fikiran jauh sikit.

9) Tidak Suka Mengeluh, Terima Seadaanya

    Me : Tak jugaklah. kadang2 mengeluh jugak. (Nauzubillah.. doakan aku hindar sikap mcm ni). Maybe sebab penat kn. So, itu yg rasa berat sangat nak tanggung. Tapi, perlu kikis dalam diri.

10) Boros Tapi Suka Belanja Orang

    Me : Yeah.. that's me.. Mostly, banyak spend duit pada makanan bagi family makan. Seriuosly, kalau shopping pun tak beli ape2 sangat. Ckplah nak shopping brg berjenama ke. Me tak pandang semua tu. Yang me pandang makanan je. HAHA..

11) Tak Suka Kena Compare (Banding)

    Me : Macam kebanyakn orang tak suka diri kena compare.

12) Jenis Berani Buat Berani Tanggung

    Me : No comment..

13) Walaupun Kurang Matang, Pandai Berdikari Sendiri

    Me : Sikit lah..



Sekian.. 10.11 pm


Thursday, 21 June 2018

Terbaik untuk kita

Bismillahirrahmanirrahim

Mungkin pertemuan kita takdir-Nya

Mungkin perkenalan kita izin-Nya

dan

Mungkin perpisahan kita tertulis atas kehendak-Nya

Mungkin hari ini kita bersama

dan

Mungkin esok kita akan terpisah

Jika tidak berpisah diri dan jiwa, mungkin juga roh dan jasad

Kita tidak tahu..

Kerana kita bukan DIA, yang mengetahui segala isi dan langit

Aku milik DIA

Kau milik DIA

Kita adalah milik DIA

Cuma satu yang kita harus pegang

"Bila ada didepan mata, HARGAI. Jadi yang terbaik walaupun kau tidak. Mana tahu, ini adalah yang terakhir antara kau dan dia".

"Bila kau MEMILIH, pilih yang terbaik. Bila kau TERPILIH, jadi yang terbaik".

Secret is Happiness

Bismillahirrahmanirrahim

Terkadang menyembunyikan itu lebih baik dari memberitahu.

Bila bahagia & berduka, hanya kau dan DIA sahaja yang tahu

Bahagia tidak perlu dicanang satu dunia

Bila berduka tidak perlu disampaikan berjuta orang

Kita punya maruah, kita punya malu

Tidakkah kau tahu, bahagia dan berduka itu datangnya dari DIA,

Jika tiada 'kun fa ya kun' mana mungkin akan terjadi

Jika tidak diizinkan oleh-Nya, mana mungkin ia berlaku

Simpan ia menjadi kenangan yang terindah buat diri kamu.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...