Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Baru tadi terima 1 whatsapp dari kak sophie (officemates). Dia siap bagi gambar surat aduan lagi kt police kerana wallet dia dicuri orang.
Ya Allah.. Siapa la yg cuba2 buat kegiatan mencuri tu.
Kalau terdesak pun, bukan dengan cara macam tu sekali. Dapat duit pun, duit haram. Makan pun beli dari duit yang haram. Macam mana nak berkat hidup..?? Macam mana jiwa nak tenang..??
Sedih tengok kak sophie. Kad Atm dia hilang, duit rm800 hilang. Itu je lah duit dia nak bank in kt anak dia yg sedang belajar kt sana.
Hishhhh.. Geram betul dengan orang2 macam ni..!! Harap2 cepat2 la insaf dari terus menerus buat perbuatan yang terkutuk macam tu.
Buat diri aku & korang lelaki & perempuan. Tolong berhati-hati ketika bershopping, atau jalan ditengah2 orang ramai ke. Takut sangat if benda macam ni terjadi.. Kadang2 benda nak jadi sekejap & tanpa kita sedar. Terutama sekali kita perempuan yang bawak beg sandang tu.
Seriously, aku cakap.. memang benda macam ni aku sangat berhati2.. Kalau kata nak 'bergaya' macam orang lain. I mostly, care about my safety first.. Kadang2 jalan tu pegang betul2 beg tu. Sebab, takut orang ragut atau curi barang berharga dalam beg kita.
Satu lagi cara aku kalau jalan shopping ni. Aku akan masukkan kad2 bank, ic, lesen or money to another purse. And purse tu aku masuk dalam kocek baju or seluar. Purse yang besar2 yg berisi sedikit duit ni aku masuk pada beg sandang. So, if orang yang berjaya mencuri purse yg besar tu. At least kita ada barang penting dalam purse kita pegang lagi satu ni. Kan..??
Apepun, aku berdoa supaya tak terjadi benda macam ni pada diri aku, pada keluarga aku & pada orang lain...
So, hanya mampu kata berhati-hati..
Sekian.
12.09
DESTINASI CINTA - MESTICA
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?










