Saturday 22 April 2017

Kisah Ape-Ape Aje..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. 

   Korang buat ape petang2 macam ni..?? Aku tak tahu nak buat ape. Tiada aktiviti nak buat. Bosaannnyaaa...!! Kebiasaannya, petang2 macam ni aku buat kuih @ roti bun pizza kalau aku rasa boring. Tapi, my problem is.... bahan2 nya tiada kat rumah ni..!! 

   Almost 3 days ni, aku kena jadi suri rumah nampak gayanya. Bangun pagi, after sembahyang subuh dah kena ke dapur, sediakan sarapan pagi untuk abah & abang aku 2 orang. Sebabnya mak & kakak aku tiada kat rumah 3 days ni.. Kucing kat rumah ni pon kena sediakan sarapan dia jugak tau..!! Ape, ingat manusia je rasa lapar..? Haiwan pon lapar jugak tau..! Hahaha.. Pastu, sambil siapkan sarapan kena basuh kain yang mana kotor.  Kemas rumah.. huhuhu.. takpe.. dah biasa dah.. Dah diajar dari kecik pon buat keje rumah. 

         menu pagi tadi, lempeng kelapa & keropok lekor

   Pastu, dah settle urusan pagi. Tengah hari dlm kol 11 keatas dah kena siapkan makanan tengah hari pulak. Hari ni simple je menu aku masak iaitu ikan keli goreng berlada & sayur kubis goreng.. dua menu je weyyy.. tak tahu nak masak apa dah ni. Alhamdulillah.. nikmat rezeki pemberian Allah..! Belajar untuk bersyukur. Dah settle memasak untuk tengah hari, baru lah boleh berehat.. Sambil berehat ni, aku dok terfikir menu ape nak masak untuk malam ni..? Korang rasa-rasa..? hmmm.. Ini lah kesukaran orang perempuan dalam menyediakan makanan. Mesti kes ni berlaku "nak masak ape ye", "karang aku masak menu ni, depaorang tak makan". Hmm.. nampak tak kat sini.? Orang senang je cakap "masak je lah ape-ape".. padahal, nanti org masak ape-ape, kau sendiri tak makan..! Huh.. tak boleh pakai gak dalam minta pendapat orang ni. hahaha.. (takde lah, aku gurau je).

   Hmm... okay lah. Sampai disini sahaja coretan aku. Esok, ada makan kenduri kat Meru sana.. Yummy... okay, nak out dah.. Happy Holiday.. ^_^

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...