Thursday 20 April 2017

Dugaan & Ujian..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum... 

Hari ni hati manyak senang.. masalah semalam & punya semalam dh settle.(hancur bahasa..lantaklah, asal faham sudah). Lega weyhh..!! Dah lah ia datang sekali gus. Rasa tak senang hati tau. Buat kerja pon tak boleh nak focus. Kesian partner aku terpaksa terima hakikat yang aku takde mood nak cakap & gelak ketawa mcm biasa. Mana taknya, first aku dah la tersalah amik order customer, pastu bila delivery to customer depaorang tak boleh nak terima. Ape lagi bising la customer tu. Dah la customer urgent nak.. Padahal barang sama je. Cuma 'warna' barang tu je yg lain. Hmm.. entah lah. Nak buat guana..? Salah aku pon.. Aku redha..
Pastu, dengan 'Temporary Delivery Order (TDO)' iaitu DO yang kita hantar customer aku boleh bagi hilang plak.!!. So, bila takde benda tu tak boleh la nak proceed Invoice kn..? Bila tak proceed Invoice macam mana customer nak bayar payment..?? Carelessnye aku..!! Sampaikan kat rumah aku asyik terfikir benda tu je. Kat mana nak cari..? Sampaikan aku berdoa 'semoga hari esok (19/04/17) sesuatu keajaiban berlaku'. Esoknya, pagi tu sampai la ke petang aku mmg takde mood nak cakap dgn orang lain even partner sebelah aku sekalipun. Aku teruskan pencarian kat setiap fail2.. Aku tau, DO tu ada terclip kat mana2. Aku yakin benda tu ada, sebab aku sendiri yang semak Delivery Record time driver bawak balik semua Invoice & DO. Then, sampai ke petang aku mencari & terus mencari tapi langsung tak ade terclip kat mana2.. Nak nangis weyy mencari benda ni. Apa nak jawab pada boss nanti..? So, aku dah takde pilihan melainkan aku call East Orient Transport (EOT) suruh depaorang fax balik
Copy DO yang kami hantar barang tu. Tetapi..... bertapa kecewanya aku bila aku call, jawapan yang aku terima "number yang anda dial tiada dalam perkhidmatan". Kau rasa2 macam mana...?? Dah lah itu je jalan terakhir utk kau dapatkan balik Copy DO tu..! huh.. (tabah je lah duhai hati..) Then, aku cari alternatif lain dengan bertanya pada staff kat sini yg aku gelar kan dia dengan nama 'K' kot2 dia tau number telefon EOT..? Then, K tanya aku, "sape suruh you call EOT". Aku cakap baik2 dengan dia, "DO tu saya dah cari dalam setiap fail, tapi xde. Dah hilang.. That's why saya nak minta number telefon EOT yg lain kot2 you ada. Boleh saya suruh diorang fax balik kat kita". Then, dia kata "Tak payah you call dia, you call Mr.C (a.k.a salesman kat sini) minta tolong dia call EOT". So, tanpa membuang masa, aku terus dial num Mr.C ni. Bila dia pick up, aku ckp dengan dia masalah semua & minta dia tolong call EOT. Then, dia cakap pada aku "macam mana DO tu boleh hilang". Aku cter la semuanya dari A-Z. Rasa bersalah sangat tau..!! disebabkan aku careless, orang lain turut terkena sama. Tapi, yang membuat aku rasa macam nak nangis pon ada bila Mr.C ni bagitahu aku yg DO tu ada pada dia. Aku terclip pada DO customer yang lain.. weyyyy.. rasa sebak sangat pon ada. Tak tau nak cakap macam mana dah. Kalau la aku sorang2 kat office tu, aku nak je nangis berhabis-habisan.. Nangis bukan sahaja disebabkan kesal pada diri yang careless ni je, tapi doa aku termakbul juga "sesuatu keajaiban berlaku pada hari ini". Ya Allahhh... kau perkenankan doa aku..! Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar.. bersyukur tersangat2.. akhirnya settle juga dengan ending yang mengharukan aku..

~ So, aku berfikir sejenak.. dengan masalah yang menimpa aku ni adalah ujian Allah pada aku.. Ya ujian Allah..!! Dia nak tengok aku sabar atau tidak, sebanyak mana & apa  effort aku untuk menyelesaikan masalah ni. Apakah aku terus give up dan mengharapkan semua masalah selesai begitu sahaja..? NO..!! Never..!! Aku yang kena usaha lebih..!! sambil berusaha, kena berdoa. Mengharapkan pertolongan dari dia Satu2 nya Tuhan yang dapat menyelesaikan setiap masalah2 hambanya.. Dalam Al-Quran (surah apa aku tak ingat) yang aku baca baru2 ni, lebih kurang katanyaseperti ini  "Allah menjadikan setiap Permasalahan & dia menjadikan Penyelesaian" . Kenapa tidak meminta pertolongan dari dia..? Kenapa perlu sombong..?? WHY..??? So, akhir kata aku teringat dengan kata2 ni, "orang yang berusaha tanpa berdoa adalah orang2 yang sombong". Yupp.. hayati lah ayat ini.. 


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...