Monday, 13 November 2017

Be Strong

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum



Kadang-kadang terasa terlalu 'down',
Seperti mahu jatuh rebah, menyembah bumi,
Melihat diri yang serba kekurangan,
Jauh untuk berasa hebat seperti orang kebanyakan,
Terasa jika dibanding,
Umpama langit bertemu dengan bumi.
Jauh untuk menjadi seperti mereka.

Kadang-kadang diri ini terasa hina,
Melihat diri seakan-akan diperguna,
Oleh manusia yang merasa hebat,
Dengan segala pengetahuan yang dimiliki
Dengan ilmu yang penuh di dada,
Tapi, lupa Akhlak yang harus ada bersama.

Kadang-kadang terasa diri keseorangan,
Ujian yang sering datang dan mendatang,
Sehingga diri berasa tidak bertahan,
Airmata mata datang menjadi peneman,
Seperti hujan yang berselindung 
disebalik awan mendung,
Akhirnya tumpah ke bumi.

Pada siapa hendak di luahkan..?
Pada siapa yang mahu mendengari.?
Pada siapa yang mahu mengerti?
Pada siapa yang mampu memberi kata2 semangat?
Pada siapa..??

Ya.. Baru ku tahu,
Yang aku ada Allah bersama,
Sentiasa menjadi tempat luahan,
Yang sentiasa mendengar permasalahanku,
Yang sentiasa mengerti diri ini tidak kuat,
Walau pun dipandang seakan kuat,
Yang sentiasa memberi aku ketenangan, 
Kedamaian jiwa, dan kata2 semangat.
Hanya dengan bacaan & makna 
Ayat suci Al-Quran..

Surah At Taubah (09) : Ayat 40
 : لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا
La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana 
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati.
Sesungguhnya Allah ada bersama kita”

Allahu..!!





P/s : wahai diri, wahai kawan kuatlah kerana Allah.. Yakinlah dengan kata2 Allah,
Tidak diuji oleh sekalian kamu, hanya dengan kemampuan yang ada pada diri kamu sendiri.
Bersangka baiklah dengan Allah.. Allah uji kerana Allah sayang. Allah uji kerana tak mahu kita perbanyakkan bergembira sehingga lupa pada DIA. Allah uji, kerana DIA mahu kita minta pada DIA, berharap pada DIA. Bukankah Allah itu menciptakan perasaan, bukankah Allah itu menciptakan DERITA, KECEWA. Maka Allah juga yang menciptakan BAHAGIA.
Mintalah & Berharaplah padanya.. Put Allah number one in our heart.

Ya Allah, jangan pesongkan hati kami.. Masukkanlah iman kedalam hati kami..

Aamiin..

8.33 p.m


Sunday, 12 November 2017

Hang Out With My Beatiful Sister (12/11/2017)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Alright, ini cerita semalam..!!

Hang out with my 2 sister at Bukit Bintang.


At MRT Sri Raya



In MRT



Lunch with KFC



Smile..



Spend my salary this month to Optical Shop


Taraaaa...

Nak buat specs mata baru. Coz, mata dah rabun balik. Guess what..?
Worker tu mata sis belah kiri dah naik power..!!
OMG.. 😥 dari 150 up to 250. Huhu.. Sis tabah..!

Pssttt.. Sis nak pesan ni, jaga mata baik2.. 


01.00 p.m

Tuesday, 7 November 2017

KITA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Kita bermula dari kawan..
Dari tidak mengenali secara dekat,
Hari ke hari.. Kita kekal menjadi sahabat..

Tanggal 2014, kita terpisah,
Bukan berpisah roh & jasad,
Tetapi, terpisah kerana kita membawa hala tuju,
Kau disana dan aku disini.

Hanya berbekalkan teknologi 'fb' yang
itu satu2nya ada miliki,
Hanya disitu kita ber'chat',
Aku tidak menyangka, tanggal 10/2014
ingatan kau masih segar mengingati 
tarikh kelahiranku, 

Dengan ucapan dan kiriman doa,
Sungguh, membuat aku terharu.
Terima kasih sahabat..

Alhamdulillah, dgn pekerjaan pertama buatku,
Reward handphone yang kubeli
hasil dari gaji yang ku dapat,
Dan.. Aku mula berjinak dengan segala
yang mereka ada. 
Whatsapp, wechat..

Dari situ kita mula chat bersama,
Status yg aku ungkap, berbalas dgn comment,
Comment yang penuh dengam gurauan senda.

Orang menyangka kita 'sweet',
Seperti orang yang bercouple.
Tapi, bagi aku kita hanya sahabat.
Kerana mana mungkin, aku ada hati 
pada sahabat baik aku sendiri.
Kau yang aku kenali dari zaman college,
satu course, dan kau adalah satu2nya,
sahabat boy dari sem 1 lagi.
Mana mungkin aku boleh......!!!

Tapi, dari hari ke hari,
Minggu ke minggu,
Dan.. tahun ke tahun
Aku akur, aku akui..
Betul kata orang. "Kalau kau berkawan dengan 
kawan yang berbeza jantina dengan kau,
Suatu hari kau akan rasa satu perasaan 
aneh yang hinggap dihati kau".

Alhamdulillah, sedar tak sedar 6 tahun
perkenalan kita,
Jaga sebaik mungkin..
Kerana kita masih baru kearah itu,
Semoga 6 tahun ini bersulam dua hati menjadi satu.
Aku + Kau = Kita 1 Hati


For You  Mr.WW  (Ig Name)
Orang jauh nun disana.
😘

Sekian..

9.43 p.m





Sunday, 5 November 2017

Berhujung Minggu 05-11-2017

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Okayy.. semalam tak dapat nak update cter.. So, hari ni sis update k..!!

Sesi memotong kek..


Actually, birthday sis is 28-10 . Lewat seminggu for celebrate.. 
So, this week celebrate sekali dengan my Along. Coz, kitaorg punya birthday
beza cuma 2 hari je. Along 30-10. That's why kami celebrate sekali..



Kek sponsor by my brother & sis in law..



Okay.. This is our menu.. Nasi ayam (sis masak), burger (along sponsor), and 
sate ikan & cake sponsor by my brother..

Nasi Ayam



Sate Ikan



Burger Double Ayam Daging



Pelbagai Menu


Alhamdulillah.. makanan yang simple.. Tapi, boleh membuatkan berat
sis naik.. 2 kg naik k..!!!! 😓 You all rasa2..?? 

Okayy.. Malam sat lagi sis update cter lain k..!!
Sekarang lunch time dh habis.. 😅



##################################################################


Then, My mum got 1 miss call drpd makcik jerini. Katanya, pukul 3 p.m ada buat
program belajar masak nasi arab. Then, mom ask,
 "adik pukul 3 ni nak pgi rumah acik jerini ada belajar masak nasi arab?" 
sis rasa macam nak pegi,
tapi malas nk keluar.. hahaha.. Then, okay lah.. Sis ikut pegi. Coz, last year
pun ada jugak orang kampung buat program macam ni. Tapi, sis tak sempat nak
follow.. Tau2 je time sampai, makcik2 dah habis memasak.. 😂
So, I think this is my opportunity to joint them. Take the knowledge from them.

Then, okay lahhh.. pukul 3.10 p.m datang2 orang tengah prepare peralatan memasak.
Kalau korang nak tau.. Makcik2 yang buat program ni, bukan semata2 nak
ajar memasak je tau. Tapi, mereka nak promote sekali barang dari 'AMWAY' .
Kalau korang nak tau, ape yang Amway jual korang boleh search kat google. 
Yang sis boleh cerita tentang Amway ni termasuk macam periuk nasi ajaib, sabun ajaib 
(sabun membasuh pinggan, baju, deodorant e.t.c).

Nanti, sis akan cerita sekejap lagi okay..!!



Nasi Arab

Ayam Digoreng tanpa minyak



Kek Sarang Semut

Salad Sayur

Rempah Cili


Taraaa.... Ini lah resepi yang dimasak semalam.. Terliur tak tengok..?? 
😘

Ouhh.. Sis nak bagitau ni, yang kek sarang semut ni cara masak dia menggunakan periuk
ajaib, brand Noxxa, dari Amway.. ni guna periuk nasi tau..!!
Kalau korang nak tau, periuk ajaib ni, boleh digunakan untuk masak nasi goreng, bakar ayam (muat untuk seekor ayam). Dan.. Masa memasak hanya mengambil masa sekejap sahaja. 
Macam nasi arab hari tu hanya ambil masa 8 minit sahaja. Dan ayam yang dibakar pula hanya ambil masa 25 minit sahaja.. Cepatkan.. Jimat masa. 👍

Periuk Noxxa ni, kalau beli korang boleh beli sebiji handphone tau..!!
Harga dia is RM 860 ringgit..  Korang akan cakap mahal. Tapi, bila ikut pada kualiti, penjimatan masa korang akan pilih memasak mengunakan periuk ajaib ni daripada menggunakan gas.. Seriuosly sis talk..

Sis, pun dalam plan untuk membeli periuk ajaib ni. Tapi, membayar secara ansuran..



Periuk Ajaib Brand Noxxa

Korang yang nak try, boleh lah beli satu.. hehe..

Sekian..

9.32 p.m



Friday, 3 November 2017

Khas Untuk Wanita

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..




Gambar Sekadar Hiasan


Wanita - Dehearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


P/s : lagu ni sangat memukau bagi sesiapa yang mendengar.
Ya.. Tajuk lagi ni berkaitan dengan wanita. Tetapi, 
disebaliknya banyak yang ditujukan buat lelaki yang
bergelar suami.. Lelaki, didiklah wanita dengan iman. 
Bukan dia pinta pujian meninggi langit, mahupun
harta menimbun-nimbun. Tapi, didiklah dengan didikan
iman, kasih sayang. Semoga perhubungan itu dihiasi
ketenangan, sakinah, mawaddah & rahmat Allah S.W.T.


9.08 p.m

Wednesday, 1 November 2017

Lunch Hour with Shin Cup Noodle Soup

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Lamanya tak update blog. Baru hari ni berkesempatan
nak update.. 

Well.. As usual this time is lunch hour.

You know what..? Lunch ni i makan ape..?

Yeahhh.. I share okayy..

Taraaaaa............







Shin Cup Noodle Soup..

Let me tell you. This noodle from Korea.

I bought it from Eco-Forest City, Broga Hills..

That time, ada buat event for Japan Affairs..

Then, i take this opportunity to buy one.

Seriously, sedap.. Kena dengan cita rasa aku.

Ouhh.. Ya.. Kalau nak tau, Noodle ni Halal.

 Sebab, ada cop logo halal disitu..

So, jangan ragu-ragu untuk mencuba. :-)

Disamping tu, rasa soup dia pedas tau..!!

Serious sedapp.. 

Selamat Mencuba. 


12.57 p.m

Sunday, 22 October 2017

Sakit Penghapus Dosa


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..



“Tidaklah seorang muslim yang tertimpa gangguan berupa penyakit atau semacamnya, kecuali Allah akan menggugurkan bersama dengannya dosa-dosanya, sebagaimana pohon yang menggugurkan dedaunannya.”

(HR. Bukhari dan Muslim)


Alhamdulillah.. 

Hari ni mendapat penyakit selesema.. 

Dari Selsema membawa kepada sakit kepala. Dari sakit kepala
membawa kepada rasa nak demam..

Allahu...!!!

Sabar & Bersyukur..!

Pesan pada diri, Allah dah beri kita nikmat sihat berapa lamanya,
Takkan hari ni sakit dah bersungut. (Astaghfirullahhala'zim)

Bukankah sakit itu penghapus dosa-dosa kita..
Bukankah hadirnya sakit itu membawa sedikit demi sedikit dosa kita.

Tidakkah kita berfikir..??

Ayuh, muhasabah diri. Bersangka baik dengan Allah.
Bukankah Dia yang mendatangkan penyakit, dan Dia jualah
yang menyembuhnya.

9.27 p.m

Bercucuk Tanam

 Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku terajin nak update blog. HUHU.. So, aku nak share hobi baru aku bercucuk tanam dan bagaimana aku bol...